Pages

Aktiviti Memukau Warga Emas


SENGKANG- Aktiviti memukau atau penipuan disekitar Sengkang selalunya berlaku mengikut musim. Mangsa selalunya terdiri daripada orang-orang tua yang tinggal berseorangan dirumah. Aktiviti ini dilakukan oleh individu lelaki yang tidak dikenali dengan menyamar sebagai jurujual ataupun saudara kepada mangsa.

Modus operandi atau sasaran mereka ialah ibu tunggal yang tinggal berseorangan. Kumpulan ini selalunya dianggotai seramai dua atau tiga orang dimana seorang diantara mereka akan berlakon sebagai jurujual dan mempromosikan produk jualan mereka. Setelah beberapa minit perbualan dan mangsa mula percaya akan urusan jual beli ini, lelaki itu akan meminta sejumlah bayaran.

Ketika urusan pembayaran inilah lelaki ini akan mainkan peranannya sebagai pemukau. Mereka akan meminta izin kepada tuan rumah untuk masuk kedalam rumah dan menemani mangsa ketempat simpanan wang. Mereka akan meminta mangsa memberitahu dimana wang yang disimpan, oleh kerana percaya akan mereka, mangsa menunjukkan tempat simpanan wang.

Bila berada disitu mereka akan mengambil kesemua wang yang ada termasuk barangan berharga seperti rantai emas. Oleh kerana mangsa dalam keadaan separa sedar mangsa memberikan kesemua wang dan juga emas yang ada. 

Setelah penjenayah itu berpuas hati kebas kesemua wang yang ada dan mereka akan memberitahu kepada mangsa bahawa barang itu akan dihantar pada hari berikutnya dan penjenayahpun beredar dengan hati yang gembira.

Apa yang peliknya sasaran mereka tetap pada rumah yang sama walaupun rumah tersebut pernah dimasuki oleh penjenayah seperti ini. Tidak pasti samada penjenayah yang sama atau berlainan. Yang pasti sasaran mereka ialah orang-orang tua yang tinggal berseorangan.

Ada juga yang menyamar sebagai saudara yang datang dari jauh untuk memperdayakan mangsa, apalah sangat daya orang-orang tua ini. Dengan keramahan dan kata-kata manis penjenayah ini pasti membuatkan mangsa percaya akan kebaikan penjenayah ini.

Berapalah sangat wang yang ada pada mereka selain wang yang diberi oleh anak-anak mereka tiap-tiap bulan. Apabila dikebas oleh penyamun apa lagi yang ada untuk mereka untuk makan. Oleh itu jika ada terlihat orang luar yang dalam keadaan mencurigakan janganlah dilayan. Jika tidak kenal dan rasa lain macam je tidak perlu buka pintu. 




1 comment:

  1. Ingin Cari Kaos Dakwah Terbaik, Disini tempatnya:
    Tshirt Dakwah Online

    Mau Cari Bacaan Cinta Generasi Milenia Indonesia mengasikkan, disini tempatnya:
    Buktikan Cintamu dengan Menikah

    ReplyDelete