Pages

Cara Didik Anak Masyarakat Jawa


DALAM masyarakat Jawa, sejak dari kecil,anak- anak lelaki dan perempuan di layan secara berbeza-beza. Kanak-kanak dapat mengenal pasti diri sendiri sebagai lelaki atau perempuan dan secara terbuka mencari dan menerima maklumat tentang sifat kelelakian atau kewanitaan. Anak lelaki disuruh jangan menjadi ‘pondan’ dan anak perempuan pula disuruh bersopan. Anak lelaki juga tidak digalakkan menunjukkan emosi dan anak perempuan dihalang menjadi agresif. Ini terbukti mengenai pendedahan keluarga masyarakat Jawa dalam kehidupan. Anak-anak lelaki akan diajak bertani oleh bapa manakala anak-anak perempuan akan diajar menguruskan kerja rumah oleh ibu. Kaum lelaki turut menjadi pelindung seluruh anggota keluarga. Mereka menjaga keselamatan isteri dan anak-anak mereka. Sifat lelaki Jawa yang tegas dari luar namun lembut dari dalam. Lelaki Jawa seperti juga lelaki Melayu tidak memarahi anak-anak secara terbuka tetapi disampaikan melalui isteri. Malah pandangan dan jelingan mata mereka juga mampu menyampaikan mesej tertentu kepada anak-anak. Boleh dikatakan juga bahawa bapa adalah pelindung keluarga dalam diam. 

Berbanding dengan perempuan Jawa, mereka lebih dicirikan sebagai seorang wanita yang penuh dengan nilai-nilai kelembutan. Terdapat istilah Jawa yang menyebut bahawa isteri sebagai “Kanca Wingking” yang bermaksud isteri adalah tulang belakang suami dalam mengelolakan bahtera rumah tangga. Bertepatan dengan sikap dan sifat mereka yang feminin, halus, lemah-lembut dan manis, adalah bersesuaian tugas mereka untuk membuat kerja-kerja di rumah sementara menunggu pulangnya suami dari mencari rezeki. Wanita Jawa juga disifatkan sebagai pembantu kepada suami. Wanita yang lembut menjaga kebajikan suami. Setelah suami pulang dari mencari rezeki, wanita Jawa akan menyambut kepulangan suami dengan wajah yang berseri-seri dengan selitan melur di di atas sanggul sambil menunggu lauk dipanaskan, mereka akan memicit dan mengurut badan suami untuk menghilangkan rasa penat selepas seharian bekerja.

No comments:

Post a Comment