Pages

BAJU PERISAI MELAYU KUNO



Baju Zirah Melayu di Muzium British

Gambar baju zirah dan set keris ini saya ambil di British Museum. Tak ada penerangan lanjut, tetapi ada nombor pameran. Disebabkan saya tak langgan audiobook dengan pihak muzium, saya tak tahu maklumat berkenaan baju zirah ini pada waktu tersebut.


Berdasarkan carian saya di laman web British Museum, bahan yang bernombor As1939,04.81 ini dianggarkan bertarikh 1750-1824M. Ia dijumpai di Pulau Jawa. Baju ini diperolehi oleh pihak muzium dari Mrs J H Drake dan dikumpulkan oleh Sir Thomas Stamford Raffles. Mrs J H Drake adalah cucu kepada Rev. Raffles Flint iaitu anak sudara kepada Sir Stamford.

Artifak ini di diterima pada tahun 1859 dan didaftarkan oleh muzium pada tahun 1939.

1 comment: