Pages

04 October 2025

Sumud Nusantara Flotila 2025

 


GENOSID di Negara Palestin telah menghampiri 2 tahun, dapat dilihat kehancuran negara Palestin dan kematian orang awam yang tinggi. Oleh kerana laluan sempadan darat telah ditutup dan gagal menghantar bantuan kemanusiaan masuk ke Palestin, Hal ini telah membuatkan beberapa NGO masyarakat  dunia menyertai Global Sumud Flotila yang ditubuhkan pada tahun 2010 bertujuan untuk menghantar bantuan makanan dan perubatan kepada mangsa menggunakan laluan perairan antarabangsa.

Tahun 2025, Malaysia telah menggerakkan Sumud Nusantara Flotila untuk menyertai misi Global Sumud Flotila bagi menghantar bantuan kemanusiaan ke Palestin menggunakan laluan laut antarabangsa. Sukarelawan dari Malaysia telah disertai seramai 23 orang dan 4 orang pemerhati. Jumlah keseluruhan sukarelawan dari 44 buah negara yang menyertai misi Global Flotila ini seramai 495 orang dan lebih 200 buah kapal.

Pelayaran bermula dibeberapa buah negara seperti Itali, Spanyol dan Grece yang memakan masa belasan hari untuk tiba di Palestin.

Pada 02 Oktober 2025 jam sekitar 0100 pagi waktu Malaysia, sebuah bot dinaiki sekumpulan bersenjata telah membuat pintasan keatas bot sukarelawan yang pertama, kumpulan bersenjata itu perkenalkan diri sebagai tentera Israel. Kemudia bot tersebut didakwa telah ditahan dan diminta untuk mengubah laluan ke satu tempat yang dinamakan Perlabuhan Ashdod.

Pada jam sekitar 0500 pagi sebanyak tiga buah kapal telah dipintas oleh kumpulan tersebut. Kelihatan di cctv bot bot kumpulan bersenjata tersebut menyiram air dari water canon ke arah bot aktivis.

Pada 03 Oktober 2025 disahkan kesemua 495 orang aktivis tersebut telah ditahan dan dibawa ke satu tempat Pelabuhan Ashdod oleh kumpulan bersenjata tersebut. Kemudian para aktivis telah dibawa ke penjara kumpulan bersenjata tersebut.

Pada 04 Oktober 2025 Malaysia dan negara-negara yang terlibat telah menuntut rakyat mereka dan sekitar jam 6.00 petang semua aktivis Malaysia telah dibebaskan oleh kumpulan bersenjata tersebut. Dengan bantuan kerajaan Turki kesemua sukarelawan telah diterbangkan ke Istanbul, Turki bersama sukarelawan Turki yang lain. Para sukarelawan negara yang lain juga dituntut oleh negara masing-masing.

Sukarelawan Sumud Nusantara Flotila 2025 tiba di Istanbul, Turkey


No comments:

Post a Comment