Pages

BICARA UMUM: Jom Kita Kenali Orang Jawa

Di negeri Johor terdiri bukan sahaja dari kalangan orang Melayu tetapi juga suku kaum yang berasal daripada masyarakat seberang seperti Bugis, Kerinci, Boyan dan Jawa. Masyarakat Jawa telah meneroka tanah di negari Johor ini berabad-abad yang lalu sehinggakan banyak nama perkampungan di negeri Johor ini adalah nama orang-orang Jawa.

Kehidupan
Tipologi rumah atau tempat tinggal yang sering disebut “omah”, dimaksudkan adalah tempat bernaung bagi masyarakat di pulau jawa. Kehidupan orang jawa mencakupi 3 syarat sebagai ungkapan pengertian hidup iaitu mencukupi keperluan sandang (pakaian yang wajar), Pangan ( minum dan makan ) dan Papan (tempat tinggal). Untuk syarat yang ketiga iaitu keperluan tempat tinggal haruslah dipenuhi sebab ia merupakan syarat untuk mencapai kehidupan yang sejahtera. Jika sudah memiliki tempat tinggal sendiri maka mereka tidak akan menyewa tempat bernaung atau sering disebut sebagai “ngindhung”

Asal usul
Di Malaysia suku Jawa adalah suku minoriti tetapi mereka adalah suku bangsa yang terbesar di Indonesia, dengan jumlahnya di sekitar 90 juta. Mereka berasal dari pulau Jawadan menghuni khususnya di provinsi Jawa Tengah serta Jawa Timur tetapi di provinsi Jawa Barat, Banten dan tentu sahaja di Jakarta, mereka juga banyak ditemukan.

Bahasa
Di Indonesia sebahagian besar suku bangsa Jawa menuturkan bahasa Jawa sebagai bahasa percakapan harian. Sebuah tinjauan pendapat yang dijalankan oleh Majalah Tempo pada awal dekad 1990-an menunjukkan bahawa hanya sekitar 12% daripada orang-orang Jawa di Indonesia menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa pertuturan harian. Sekitar 18% menggunakan campuran bahasa Jawa dan bahasa Indonesia, dengan yang lain menuturkan bahasa Jawa sebagai bahasa utama mereka. Keturunan-keturunan masyarakat Jawa berpendapat bahawa bahasa Jawa adalah bahasa yang sangat sopan dan mereka, khususnya orang-orang yang lebih tua, menghargai orang-orang yang menuturkan bahasa mereka. Bahasa Jawa juga sangat mempunyai erti yang luas.

Kepercayaan
Walaupun di Malaysia hampir semua masyarakat Jawa mengganut dan mengamalkan ajaran agama Islam sebenar namun sebahagian besar orang Jawa di Indonesia pula menganuti agama Islam pada nama sahaja. Ada di kalangan mereka di sana yang menganuti agama Kristian, Protestan dan Katolik juga banyak di kawasan luar bandar di kalangan mereka menganut agama Buddha dan Hindu. Terdapat juga agama kepercayaan suku Jawa yang disebut sebagai agama Kejawen. Kepercayaan ini pada dasarnya berdasarkan kepercayaan animisme dengan pengaruh agama Hindu-Buddha yang kuat. Masyarakat Jawa terkenal kerana sifat asimilasi kepercayaannya, dengan semua budaya luar diserap dan ditafsirkan mengikut nilai-nilai Jawa sehingga kepercayaan seseorang kadang kalanya menjadi kabur.

Pekerjaan
Di Indonesia, orang Jawa biasanya ditemukan dalam semua bidang, khususnya dalam perkhidmatan awam dan tentera. Secara tradisi, kebanyakan orang Jawa adalah petani. Ini adalah sebabkan oleh tanah gunung berapi yang subur di Jawa. Walaupun terdapat juga banyak usahawan Indonesia yang berjaya yang berasal daripada suku Jawa orang Jawa tidak begitu menonjol dalam bidang perniagaan dan perindustrian.

Rupa orang jawa
Orang-orang Jawa mempunyai warna kulit sawo matang sama seperti melayu, seringkali ketinggiannya terhad (pendek la tu), lelaki mempunyai struktur otot yang agak sasa (mungkin kerana faktor pekerjaan mereka), tetapi yang perempuan mempunyai bentuk badan yang cantik dan tulang pipi agak tinggi. Tetapi hasil daripada perkahwinan campur maka stereotaip wajah ini sudah tidak ketara malah kini lebih ramai yang kacak dan cantik.

Susun lapis sosial
Masyarakat Jawa juga terkenal kerana pembahagian golongan sosialnya. Pada dekad 1960-an, Clifford Geertz, pakar antropologiAmerika Syarikat yang ternama, membahagikan masyarakat Jawa kepada tiga buah kelompok:
  • kaum santri
  • kaum abangan
  • kaum priyayi.
Menurut beliau, kaum santri adalah penganut agama Islam yang warak, manakala kaum abangan adalah penganut Islam pada nama sahaja atau penganut Kejawen, dengan kaum priyayi merupakan kaum bangsawan. Tetapi kesimpulan Geertz ini banyak ditentang kerana ia mencampurkan golongan sosial dengan golongan kepercayaan. Pengelasan sosialnya juga dicemari oleh penggolongan kaum-kaum lain, misalnya orang-orang Indonesia yang lain serta juga suku-suku bangsa bukan pribumi seperti keturunan-keturunan Arab, Tionghoa dan India.

Kesenian
Orang Jawa terkenal kerana kebudayaan seni yang sebahagian besarnya dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha, iaitu pementasan wayang. Repertoir cerita wayang atau lakonansebahagian besarnya berdasarkan roman kesateriaan Ramayana dan Mahabharata. Walaupun demikian, terdapat juga pengaruh Islam serta Dunia Barat.

Stereotaip orang Jawa
Orang Jawa terkenal sebagai suku bangsa yang sopan dan halus, tetapi mereka juga terkenal sebagai suatu suku bangsa yang tertutup dan tidak mahu terus terang. Sifat ini konon berdasarkan sifat orang Jawa yang ingin memeliharakan keharmonian atau keserasian dan menghindari pertikaian. Oleh itu, mereka cenderung diam sahaja dan tidak membantah apabila tertimbulnya percanggahan pendapat.

1 comment:

  1. Ingin Cari Kaos Dakwah Terbaik, Disini tempatnya:
    Tshirt Dakwah Online

    Mau Cari Bacaan Cinta Generasi Milenia Indonesia mengasikkan, disini tempatnya:
    Buktikan Cintamu dengan Menikah

    ReplyDelete