Pages

Cara Buat Tempe

File:Sliced tempeh.jpg

Bahan-bahan ( 8 keping -250gram )
1kilogram kacang soya
2gram ragi tempe
8 keping beg plastik sandwich

Cara-Cara

1. Rendam kacang soya semalam. Setelah kembang, pecah-pecahkan kacang soya supaya kulitnya tanggal. Basuh sehingga bersih sambil cuba tapiskan kulitnya sebanyak yang mungkin

2. Rebus selama 45minit ke 1 jam. Sambil tu cuba buangkan kulit kacang yang timbul, tapi jangan gusar kalu masih ada yang tinggal. Ada sesetengah pihak mencampurkan cuka tapi tak perlu pun sebenarnya.

3. Tos kacang soya dan keringkan. Samada biarkan kering sendiri atau goreng seketika atau cara yang saya guna, gunakanlah kipas angin.

4. Campurkan kacang yang sudah kering dengan ragi tempe. Di UK/Europe kami boleh dapati dari kedaiperantau.blogspot.com atau di tempe.info.com Jika di KL, banyak ragi tempe boleh di dapati di Chow Kit.

5. Macam-macam cara untuk membungkus tempe, tetapi oleh kerana daun pisang dan daun rambai (rasanya lebih enak dan lazat) amat sukar didapati di sini maka saya menggunakan plastik sandwich yang dicucuk 1-2cm secara tegak dan melintang. Ketebalan bergantung kepada citarasa masing-masing. Tetapi keluarga saya suka ketebalan +/-10mm, lebih kurang 250g sebungkus

6. Tekan-tekan dan mampat-mampatkan kacang didalam plastik sehingga rata. oo tak perlu gunakan rolling pin ni, anak saya menolong masa ni.

7. Letak di tempat yang panas- jika di UK di tepi heater sehingga dia berpeluh.. jika di Malaysia letak saja di dapur dan tutup dengan kain, selama 36-48jam. Anda akan lihat kulat putih memenuhi kacang anda.

Tahniah, anda telah berjaya membuat tempe anda sendiri.

( Sumber : http://www.myresipi.com )

No comments:

Post a Comment