Pages

Adat TOL Kahwin Dengan Orang Johor



Kalau orang lelaki berkahwin dengan wanita Johor pasti mereka akan kena TOL untuk memasuki rumah pengantin perempuan itu. Kadang-kadang boleh goyang lutut kalau tak biasa berhadapan dengan situasi ni. Kat sini saya nak bagi tips bagi mereka yang bertemu jodoh dengan wanita dari Johor ni.

Adat TOL ini sebenarnya bukanlah sesuatu perkara yang wajib tetapi hanya sekadar untuk memeriahkan majlis sahaja yang boleh dianggap kenangan manis waktu perkahwinan. Cuma pengantin lelaki perlulah membuat persediaan sebarang kemungkinan takut-takut tak lepas nak bayar TOL nanti (He..he..).



Dalam permainan TOL ni orang yang kena main peranan ialah pengapit anda. Sebab tu kena cari pengapit yang pandai mengawal situasi terutama kanak-kanak barisan paling hadapan pintu masuk tu sebab kanak-kanak ni hyper aktif sikit.. hihihi.. Sebenar tidak perlu TOL yang tinggi. 20sen hingga RM1 sudah mencukupi untuk bayar TOL setiap seorang, mengikut kepada kemempuan pengantin lelaki.

Petua dia sebelum bersanding tu anda tanyalah pada pengantin perempuan bagaimana dengan kehadiran saudara mara dia diwaktu hari persandingan nanti. Kalau dia kata ramai maknanya ramailah yang akan berada di kawasan TOL nanti, kalau tak ramai maknanya anda selamat sikit.

Selepas itu tanya pada pengantin perempuan samada Mak Andam kenakan TOL atau tidak. Kebiasaannya Mak Andam akan beritahu awal-awal kepada pengantin perempuan jika dia hendakkan TOL. Kerana TOL Mak Andam ni adalah TOL terakhir ( Atas Pelamin ). Selalunya kalau dapat Mak Andam yang materialistik ni dia akan tengok dulu berapa wang TOL yang dia dapat, kalau dia tak berpuas hati dia akan minta lagi. hihi.. mau keluar peluh jantan pengantin lelaki. Macam saya dulu sediakan dua sampul untuk Mak Andam tapi bernasib baik sebab Mak Andam tu puas hati dengan TOLnya. TOL Mak Andam ni kena up sikit, tak boleh sama dengan TOL pintu.

Kebiasaannya ada 3 lapisan TOL :
  1. TOL pintu masuk ( majoriti kanak-kanak atau pemuda-pemuda yang rewang kadar TOL 50sen hingga RM1 ).
  2. TOL nak naik pelamin ( majoriti gadis-gadis, rakan atau saudara pengantin perempuan kadar TOL  RM1 ).
  3. TOL Mak Andam ( Big Bos kadar TOL RM10 hingga RM50  ikut kemampuan).
*Tak semua tempat buat sampai 3 TOL, ada yang buat 1 TOL je.. tak boleh nak dijangka.

Haa.. macamne ada berani ? hihi.. boleh keluar peluh jantan macamni. Sebenarnya adat TOL ni sekadar memeriahkan majlis je. Bukan untuk menyusahkan pengantin lelaki, sebab tu pengapit lelaki kena pandai main peranan mengawal situasi. Dan pengantin lelaki pula dapatkan maklumat dulu dari pengantin perempuan sebelum bersanding esok.

Sediakanlah dalam 10 keping hingga 20 keping sampul untuk TOL pintu masuk dan 2 keping sampul untuk Mak Andam. Kalau pengapit pandai mengawal situasi boleh menjimatkan kadar TOL anda dan kalau pengapit anda lurus alamat habislah semua TOL keluar. Kalau ada lebih itu kira rezeki pengapit.

Ada pernah berlaku satu cerita kelakar duit tol pengantin lelaki dah habis tapi orang tol masih tak nak bukak lagi.. Hmm.. pengantin lelaki cakap takpe la kami balik dulu.. Mengelabah pihak perempuan terus mereka buka TOL bagi pengantin naik pelamin, kikikiki.. 

Apa-apapun adat kena TOL ni pasti akan menjadi kenangan manis bagi pasangan pengantin tersebut dan akan menjadi ingatan sampai bila-bila. Semoga dapatlah sedikit sebanyak membantu anda yang akan mengahwini pasangan anda dari Johor. Ucapan selamat pengantin baru kepada mereka yang akan berkahwin nanti.




1 comment:

  1. Terima kasih boss memang kena blajar adat2 perkahwinan ngan org johor ni dorang suruh search siap2 takut gelabah nt 😂😂ap2 info ni amat berguna tq boss 🌹🌹

    ReplyDelete