PERTANIAN dan orang jawa memang tidak dapat dipisahkan. Bercucuk tanam adalah hobi dan merupakan sumber pendapatan bagi orang jawa. Lihat saja dimana-mana perkampungan orang jawa, pasti ada ladang samada ladang sawit, getah, sawah atau buah-buahan.
Bagi orang jawa mereka bukanlah tidak mahu mengecap kesenangan di bandar-bandar yang pesat, tapi bagi orang jawa pertanian juga memberi pendapatan yang lumayan dan tidak perlu untuk ke bandar besar untuk mencuba nasib. Disamping itu pertanian juga memberi ketenangan dan kesihatan bagi setiap petaninya. Bagi setiap orang jawa perasaan ingin menjadikan ladangnya lebih maju dan besar adalah perkara wajib, pasti ada saja idea di dalam kepala untuk memajukan ladangnya.
Orang jawa sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai teknologi pertanian daripada baja hinggalah jentera. Mereka pasti akan sentiasa mengubah strategi untuk pastikan ladang mereka itu menjadi ladang yang terbaik.
Bagi mereka yang memberi tanggapan orang jawa ini ketinggalan agak kekampungan bermakna anda silap, Orang jawa lebih gemar hidup gaya kampung walaupun di bandar kerana jati diri mereka yang kuat. Bukan kerana mereka ketinggalan zaman atau kekampungan. Gaya hidup sederhana / Gaya hidup kampung adalah pilihan orang jawa.
Dari kecil mereka telah diajar hidup susah dan didisplinkan dengan tanggungjawab dikebun, bagi orang jawa jika lihat anak-anak kecil kekebun ikut mak ayahnya adalah perkara biasa. Bukan berniat untuk menjadikan mereka buruh paksa (Gurau Je..). Tapi untuk mereka pelajari ilmu kemahiran hidup.
Disebabkan dari kecil mereka sudah diajar untuk kekebun dan apabila besar mereka menjadi minat untuk menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan yang lumayan. Teringat kata-kata seorang wak ni, dia juga berketurunan jawa dan dah kira berjaya dalam bidang pertanian, dia bagitahu saya. " ko tengok kiri ada apa ? saya jawab "ada pokok". "ko tengok kanan pulak ade apa ? saya jawab "ada pokok jugak". Lepas tu dia bagitahu " Kat mana-mana tempat ada pokok, rugilah kalau tak cuba bidang pertanian ni. Tanamlah apa-apa jenis benih sekalipun dalam tanah pasti benih itu akan hidup menjadi pokok dan akan memberi hasil kepada kita kelak".
No comments:
Post a Comment