Sumber dipetik dari : http://hissham66.blogspot.com
Kami bangga menjadi anak Jawa dan sentiasa berusaha untuk mengekalkan identiti agar tidak hilang ditelan zaman.
PENGENALAN BANGSA JAWA
Orang Jawa dari segi zahirnya, berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. Etnik Jawa merupakan sebahagian daripada kelompok Melayu yang terdapat di Malaysia dan sudah lama bertapak di sini.
Pada masa ini, penempatan orang Jawa tertumpu di bahagian barat Semenanjung Malaysia terutama di barat Johor, Selangor dan Perak. Dipercayai, tempat yang mula- mula diduduki adalah di kawasan Padang, Parit Jawa, Muar.
Orang Jawa berhijrah ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20 untuk bekerja sebagai buruh di ladang kopi, ladang getah dan juga di lombong - lombong bijih timah. Kedatangan mereka ke Tanah Melayu bukan sahaja untuk bekerja di ladang tetapi juga dipengaruhi oleh faktor ekonomi, politik dan sosial.
Menurut Wikipedia , kebanyakan imigran Jawa yang datang ke Tanah Melayu berasal dari beberapa buah daerah di Pulau Jawa seperti di Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur seperti dari kawasan Madiun,Ponogoro, Kudrejo, Lebumin, Demek dan Magelan.
Sejarah mengatakan bahawa,imigran Jawa berhijrah ke beberapa pulau lain sebelum datang ke Tanah Melayu. Antara pulau yang menjadi kawasan petempatan mereka ialah Singapura dan Palembang.
Etnik Jawa era 60-an menggunakan nama yang agak unik seperti Suparji, Wagiman, Supendi, Masjoyo, Mulio, Karto, dan Toliban untuk kaum lelaki dan nama seperti Supinah,Tukijah, Jumiton, dan Tukiyem untuk kaum perempuan. Mereka juga sering menggunakan nama gelaran seperti Man Ganden, Amat Ireng, Leman Gundol, Mbah Lanang dan Nyai Cilik. Namun nama dan gelaran itu kini tidak digunapakai lagi seiring dengan peredaran zaman.
STRUKTUR MASYARAKAT JAWA
Menurut Clifford Geertz (The Religion of Jawa;1956) masyarakat Jawa asli di dikelaskan kepada tiga kelas utama iaitu abangan, santri dan priyayi.Namun, dalam masyarakat Jawa di Malaysia, kelas sosial tidak dititikberatkan. Ini kerana kebanyakan masyarakat Jawa di Malaysia telah mengasimilasikan kehidupan dengan masyarakat lain. Dalam menjalani kehidupan seharian, masyarakat Jawa mempunyai beberapa sistem. Kehidupan mereka diketuai oleh seorang ketua. Ketua memainkan peranan yang penting dalam menjalani kehidupan demi menjamin kerukunan masyarakat Jawa.
Ketua masyarakat Jawa ialah Lurah dan Kiai. Lurah merupakan penghulu dalam masyarakat Jawa . Ia mempunyai tanggungjawab dan memikul amanah yang besar bagi memastikan keselesaan penduduk kampung. Lazimnya pemilihan Lurah adalah berdasarkan kebolehan,pengalaman, keturunan dan pengetahuan dalam agama..Jawatan Lurah kebiasaannya akan disandang selagi diterima oleh penduduk kampung. Jawatan Lurah akan dibantu oleh beberapa orang pembantu untuk memudahkan urusan pentadbiran. Selain menjaga keselamatan kampung, Lurah menjadi ketua ketika aktiviti gotong-royong dan aktiviti kemasyarakatan yang lain.
Selain Lurah, terdapat juga jawatan Kiai atau Siak. Kiai dilantik dalam kalangan kaum lelaki yang berpengetahuan dalam bidang agama dan soal kemasyarakatan. Kiai bertanggungjawab untuk menjadi imam dalam sembahyang berjemaah. Kiai juga bertanggungjawab mengetua majlis kenduri doa selamat dan semua majlis keagamaan. Seorang Kiai perlu lengkap dengan ilmu agama dalam memberi petunjuk kepada masyarakat. Dalam hal kematian, Kiai berperanan sebagai imam untuk sembahyang jenazah. Ini adalah sebagai tanda penghormatan ke atas Kiai yang memainkan peranan yang cukup penting dalam adat kematian.
KEPERCAYAAN MASYARAKAT JAWA
Kaum Jawa di Malaysia menganut agama Islam. Mereka mengamalkan pelbagai kepercayaan yang diwarisi sejak turun – temurun. Ada kepercayaan yang masih diamalkan sehingga hari ini dan ada yang telah hilang ditelan zaman.
Masyarakat Jawa bermazhabkan Sya’fie dengan memegang teguh lima rukun Iman dan mempercayai enam rukun Islam. Dua rukun inilah yang menjadi landasan kepercayaan mereka untuk menjadi seorang Islam yang sempurna di sisi Allah SWT. mereka amat mementingkan aspek persaudaraan selari dengan ajaran agama Islam.Oleh itu, masyarakat Jawa adalah saudara kepada masyarakat Islam yang lain..
Terdapat segelintir masyarakat Jawa yang mengamalkan amalan animisme. Ia berkaitan kepercayaan terhadap makhluk halus dan semangat sesuatu tempat. Mereka mempercayai sesuatu tempat menjadi kediaman makhluk halus sehingga ada yang menganggap tempat itu keramat.
Terdapat juga sebilangan warga emas masyarakat Jawa yang mempercayai tentang semangat di tempat yang baru. Sekiranya semangat tersebut hilang atau diganggu gugat seperti membersihkan kawasan, dipercayai akan menyebabkanseseorang itu mendapat penyakit. Oleh itu, mereka perlu membuat beberapa semahan atau menjamu dengan bertih supaya semangat tersebut pulih seperti sedia kala.
Selain itu, masyarakat Jawa juga mempercayai beberapa objek yang mempunyai kuasa seperti busut, batu-batu besar atau pokok-pokok besar. Kuasa ini dikatakan mampu memberi kesan kepada mereka yang mengusik atau melakukan perkara yang tidak senonoh kepada objek tersebut. Justeru itulah ramai dalam kalangan tersebut mengambil peluang dengan menjadikan busut, batu atau pokok besar sebagai objek yang boleh mendatangkan keuntungan seperti tikam nombor ekor.
Di samping itu, bagi orang Jawa Kejawen pula, mereka mempercayai pelbagai jenis roh yang tidak kelihatan yang dapat menimbulkan bahaya seperti kecelakaan atau penyakit. Untuk melindungi semuanya itu, mereka memberi upah yang terdiri dari nasi dan aneka makanan, daun-daun bunga serta kemenyan.
Orang Jawa Kejawen juga suka melakukan kegiatan keagamaan.contohnya seperti puasa. Mereka berpuasa pada hari-hari tertentu misalnya Isnin dan Khamis atau pada hari lahir. Semuanya itu berasal daripada ajaran tarikat ynag mereka anuti.
Sungguhpun demikian, amalan dan kepercayaan animisme ini semakin hilang ditelan zaman kerana Islam menegaskan amalan ini dianggap sebagai perbuatan syirik dan bertentangan dengan agama.
Masyarakat Jawa juga mempercayai bahawa hari Jumaat adalah hari yang terbaik atau penghulu segala hari. Jumaat keliwon merupakan hari yang terbaik untuk beramal dan menuntut pelbagai ilmu. Menurut masyarakat Jawa, antara keistimewaan malam Jumaat keliwon adalah sekiranya hujan turun, air hujan tersebut perlu ditadah di halaman rumah dan air itu amat mujarab untuk dibuat air penerang hati. Malam Jumaat Keliwon juga dimanfaatkan oleh orang yang mengamalkan ilmu sesat akan menguji ilmunya buat pertama kali..
Selain itu masyarakat Jawa juga mempercayai bahawasanya jika sekiranya ada orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat Keliwon, kuburnya terpaksa dijaga siang dan malam sehingga genap 40 hari kerana takut digali semula oleh golongan yang tidak bertanggungjawab untuk diambil lidahnya, kain kafan dan sebagainya untuk dijadikan tangkal untuk membuat perkara yang dilarang oleh AllahSWT seperti merompak, sihir dan lain-lain kepercayaan khurafat.
ADAT RESAM MASYARAKAT JAWA
Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan, tingkahlaku, kepercayaan dan cara hidup. Ianya dilakukan setiap hari atau mengikut musim sama ada mengikut bulan mahupun tahun. Adat yang dilakukan akhirnya menjadi suatu kebiasaan yang diulangi dan akhirnya dipraktikkan turun- temurun. Perkataan lain yang sinonim dengan adat ialah budaya. Adat dan budaya merupakan suatu konsep yang saling bergantung.
Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat pelaksanaannya, misalnya adat bersanding, adat meminang dan sebagainya, ia sudah menjadi suatu budaya. Ia membawa maksud budaya merupakan suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat sesuatu masyarakat.
Budaya bersifat tidak tetap dan boleh berubah mengikut peredaran masa dan kesesuaian . Justeru wujud pengkelasan budaya tradisional dan budaya moden. Adat pula ialah suatu ketetapan yang tidak boleh berubah. Oleh hal yang demikian bolehlah dikatakan bahawa adat ialah budaya yang asal.Resam pula ialah lembaga, peraturan, hukum , norma yang dijunjung oleh kelompok masyarakat.
Adat resam merupakan suatu peraturan yang sudah diamalkan sejak turun – temurun dalam sesebuah masyarakat sehingga menjadi peraturan dan hukum yang mesti dipatuhi. Adat resam merupakan suatu cara hidup yang diwarisi.
Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa, mengamalkan adat resam mereka yang tersendiri. Adat ini merangkumi semua aspek kehidupan bermula daripada kelahiran, kehidupan sehinggalah kematian.
Masyarakat Jawa mengamalkan adat resam yang cukup unik. Bermula dari dalam kandungan , mereka mengamalkan adat yang tersendiri. Untuk memahami secara lebih mendalam adat resam masyarakat Jawa, adalah lebih mudah sekiranya kita membicarakannya satu persatu. Antara adat resam yang masih diamalkan ialah:
Lenggang perut
Jagongan
Bengkongan
Puputan / Cukur jambul
Among – among/ Pijak tanah
Sunatan/ Berkhatan
Merisik
Mantu / Perkahwinan
Baraan/ Ziarah raya
Rewang/ Gotong- royong
Nasi ambeng/ ambang
Lenggang Perut
Adat lenggang perut juga dikenali sebagai tingkepan atau mitoni. Ia dijalankan khusus untuk seseorang wanita yang hamil buat kali pertama. Upacara ini dijalankan ketika kehamilannya memasuki tujuh bulan . Tujuan upacara ini dijalankan ialah untuk memohon keselamatan ibu dan juga bayi yang bakal dilahirkan.
Masyarakat Jawa percaya janin yang berusia tujuh bulan mempunyai roh yang perlu dijaga dan diraikan. Anak pertama dikatakan membawa tuah bukan sahaja kepada keluarga malah kepada adik – adiknya yang bakal dilahirkan kemudian. Upacara ini dikendalikan oleh Mak Bidan yang bakal menyambut kelahiran bayi tersebut. Bakal ibu terpaksa melalui beberapa peringkat upacara.
Bakal ibu yang sedang hamil akan dimandikan dengan air pelbagai jenis bunga diiringi dengan doa yang dibacakan oleh Mak Bidan. Seterusnya si suami akan memasukkan sebutir telur ayam kampung ke dalam kain isterinya. Telur tersebut dibiarkan jatuh dan pecah. Ia merupakan simbolik tanda bayi akan lahir dengan lancar tanpa sebarang halangan. Ada juga sesetengah masyarakat jawa yang mengkehendaki si suami membelah buah kelapa muda. Sekiranya belahan buah kelapa betul – betul di tengah , mereka akan mendapat anak lelaki. Sebaliknya sekiranya belahan buah kelapa tersebut senget maka mereka dikatakan bakal menerima anak perempuan.
Para tetamu upacara lenggang perut biasanya dihidangkan dengan nasi ambeng. Ketika penyediaan dijalankan, peladen atau pelayan dimestikan mengambil dulang yang berisi nasi ambeng secara satu arah. Mereka ditegah berjalan bolak- balik melawan arah. Ia untuk mengelakkan bayi yang bakal dilahirkan keluar secara songsang.
Menanam Uri
Selepas seseorang bayi dilahirkan, Mak Bidan akan mencuci dan membersihkan uri dengan campuran asam beserta sedikit garam. Kemudian, uri akan ditanam di bawah rumah atau persekitaran rumah.
Si ayah, akan ditugaskan menanam uri. Uri bayi perempuan akan ditanam berserta celak, pensil , dan jarum. Mereka berharap agar anak yang akan membesar nanti menjadi seorang yang cantik, pandai dalam pelajaran dan pandai menjahit baju. Uri bayi lelaki pula ditanam berserta pensil, paku dan jarum dengan harapan apabila dewasa nanti mereka akan menjadi seorang yang pandai dan gagah.
Pada waktu malam, tempat uri ditanam akan dilengkapi pelita. Selain mengelak daripada dikorek oleh binatang , mereka juga berharap agar si bayi tidak diganggu oleh kuasa jahat. Sedikit tanah dari tempat uri ditanam akan diambil lalu dibungkus di dalam sehelai kain putih. Bungkusan tersebut kemudiannya diletakkan di bawah tempat tidur atau buai si bayi. Masyarakat Jawa beranggapan ianya dapat menemani si bayi kerana setiap bayi dilahirkan bersama kawan atau “bathor”.
Jagongan
Jagong dalam bahasa Jawa bermaksud duduk. Adat jagongan mudah dimengertikan sebagai ziarah sambil duduk – duduk. Ada juga yang mengenali adat ini dengan nama “muyi”.
Pada hari pertama hingga ke tujuh kelahiran, jiran tetangga dan saudara – mara akan datang menziarahi keluarga bayi. Biasanya kaum perempuan akan datang berziarah pada siang hari manakala bagi kaum lelaki, mereka akan datang pada waktu malam. Ketika berziarah mereka akan dihidangkan dengan kuih-kuih tradisional seperti rempeyek dan rengginang.
Tujuan mereka berziarah ialah menemani si ibu dan bayinya. Pada pandangan masyarakat Jawa, si ibu yang baru melahirkan lemah semangatnya manakala si bayi mudah disampuk oleh sesuatu kuasa jahat.
Bengkungan
Bengkung ialah sejenis tali pinggang yang dipakai selepas melahirkan bayi. Bengkung diperbuat daripada kain yang lembut sepanjang 6 hingga 7 meter. Untuk memudahkan cara pemakaiannya, kain bengkung biasanya akan diikatkan pada sesuatu seperti tiang. Si pemakai akan melilitkan bengkung tersebut pada bahagian bawah dada sehingga paha agar rahim mudah sembuh, perut tidak menggelebeh dan ponggong tidak jatuh. Pada masa kini walaupun terdapat bengkung moden yang lebih mudah dan murah namun masih ada lagi sebilangan kaum perempuan yang menggunakan kaedah tradisional demi mengekalkan adat dan budaya.
Puputan / Potong Jambul
Upacara potong jambul biasanya dijalankan selepas 40 hari bayi dilahirkan atau selepas si ibu habis tempoh berpantang. Jiran tetangga dan saudara – mara dijemput untuk majlis doa selamat. Ketika ini mereka akan membaca berzanji beramai-ramai. Selesai bacaan berzanji bayi akan dibawa keluar. Beberapa orang tetamu yang terdiri daripada Pak Imam dan mereka yang dikenali sebagai orang alim akan memotong sedikit jambul sambil membaca sedikit doa agar bayi tersebut membesar penuh keberkatan. Ada juga kalangan bayi yang dicukur sehingga botak licin. Rambut tersebut akan dimasukkan di dalam kelapa lalu ditanam di sekitar rumah.Pada ketika ini , tuan rumah biasanya akan mengagihkan bunga telur dan bunga rampai kepada para tetamu. Supaya lebih tahan lama telur tersebut biasanya dimasak pindang. Ada juga yang menabur beras berserta sejumlah duit syiling di ruang tamu sebaik sahaja majlis potong jambul tersebut selesai sebagai simbol apabila dewasa nati anak tersebut dimurahkan rezeki dan mudah mendapat makanan(beras) dan kaya (duit)
Among- Among
Among – among diadakan setiap tahun sejak bayi dilahirkan sehinggalah bayi tersebut fasih bercakap. Ketika menyambut setahun kelahiran, biasanya si anak akan dimasakkan seekor ayam ingkong. Ayam yang hendak disembelih mestilah ayam jantan yang tidak terlalu tua iaitu “ayam lancor”. Si anak anak diberi bahagian paha dan pada ketika ini mereka akan menjalani upacara pijak tanah.
Para tetamu yang terdiri daripada jiran tetangga dan saudara –mara akan dihidangkan dengan nasi keluban yang dihidangkan di dalam dulang. Keluban ialah sejenis lauk yang terdiri daripada campuran sayuran seperti daun pucuk ubi, tauge atau capar, kacang panjang dan kerabu kelapa.
Si anak yang diraikan pula akan dihidangkan dengan bubur abang. Bubur abang diperbuat daripada beras atau pulut yang dimasak sehingga lembut dan diwarnakan dengan warna merah. Bubur abang merupakan tradisi wajib masyarakat Jawa kerana ia melambangkan kesyukuran. Adat ini masih dipraktikan oleh sebahagian penduduk lama di kampung saya.
Sunatan / Berkhatan
Pada masa kini , ramai masyarakat Jawa yang menghantar anak mereka ke klinik untuk bersunat kerana ianya lebih selamat berbanding cara tradisional. Namun terdapat juga sebilangan kecil yang memilih untuk menjalani upacara sunatan secara tradisional iaitu dengan menggunakan khidmat Tok Mudim.
Sebelum upacara sunat dijalankan, kanak-kanak lelaki diminta berendam di dalam kolam atau parit. Kanak- kanak tersebut diminta duduk di atas batang pisang ketika Tok Mudim menjalankan tugas. Sambil menghidu buah limau purut, beberapa orang ahli keluarga termasuk si ayah akan menemani sambil memberikan semangat.
Kanak-kanak yang baru bersunat terpaksa menjalani tempoh pantang yang agak panjang . Kadangkala mereka hanya diberi makan nasi berlaukkan bilis masak kicap sahaja sehingga mereka benar – benar sembuh.
Masyarakat Jawa akan menjemput jiran tetangga, sanak – saaudara dan rakan taulan untuk menghadiri majlis meraikan anak mereka. Biasanya majlis keraian diadakan serentak dengan majlis Khatam Al Quran.
Baraan/ Ziarah Beramai - ramai
Masyarakat Jawa masih mengamalkan semangat kekeluargaan dan kemasyarakatan yang tinggi. Budaya ziarah-menziarahi secara beramai-ramai atau dikenali sebagai “baraan” masih diamalkan terutamanya ketika menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Ketika majlis baraan mereka akan berselawat bersama –sama dan bermaaf- maafan. Ketika baraan, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai juadah. Antara menu popular masyarakat Jawa pada pagi Hari Raya ialah ketupat nasi, rendang ayam, serunding kelapa, sambal goreng tempe, sambal tumis petai, ayam masak pecal dan gado – gado .
Nasi Ambeng
Masyarakat Jawa menyediakan nasi ambeng untuk tetamu yang datang dalam majlis kenduri doa selamat . Nasi berserta lauk diletakkan di dalam sebuah dulang besar dan dimakan oleh seramai empat atau lima orang. Nasi yang tidak habis dimakan akan dibungkus. Nasi yang dibungkus dan dibawa balik sebagai buah tangan ini dikenali sebagai “nasi berkat”. Antara lauk nasi ambeng yang popular dalam masyarakat Jawa ialah ayam masak ingkong, mi goreng, serunding kelapa dan sambal goreng tempe.
KEBUDAYAAN MASYARAKAT JAWA
Etnik Jawa mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Antara kebudayaan yang menjadi kebanggaan mereka ialah kuda kepang, wayang kulit, barongan, reoq dan ludrok. Kebanyakan kebudayaan ini berasal Indonesia dan terdapat juga pengaruh Hindu.
Kuda kepang berasal dari Indonesia. Ia dipercayai dibawa oleh kumpulan Wali Songo ketika menyebarkan agama Islam. Mereka bermain kuda kepang untuk menarik minat orang ramai mendekati Islam. Masyarakat Jawa mempersembahkan kuda kepang ketika majlis keramaian. Kuda kepang popular di Batu Pahat meliputi kawasan Parit Raja, Seri Medan dan Senggarang.
Barongan juga merupakan seni masyarakat Jawa . Ia mengisahkan zaman Nabi Sulaiman AS yang boleh bertutur dengan haiwan. Antara kumpulan barongan yang masih aktif ialah Kumpulan Barongan Seri Wahyuni yang berasal dari Parit Bingan , Parit Raja. Ia dipercayai dibawa oleh hamba abdi yang da[potang dari Riau Lingga.
Wayang kulit Jawa merupakan persembahan kebudayaan yang semakin terpinggir. Kini hanya tinggal beberapa buah kumpulan sahaja masih memperjuangkan kesenian ini.
Reoq merupakan kesenian pecahan daripada Persembahan Barongan. Antara kumpulan yang masih aktif menampilkan persembahan ini ialah Kumpulan Setia Budi, Parit Nipah, Parit Raja.
PERSPEKTIF JANTINA
Dalam masyarakat Jawa, sejak dari kecil anak-anak lelaki dan perempuan dilayan secara berbeza. Anak lelaki disuruh bersikap sebagai seorang lelaki yang sejati manakala anak perempuan sentiasa diingatkan agar menjaga sopan-santun.
Anak lelaki tidak digalakkan menunjukkan sikap emosi manakala anak perempuan ditegah daripada bersikap agresif. Anak lelaki akan diajak membantu tugas bapa seperti berkebun ataupun bertukang manakala anak perempuan diajar membantu ibu membuat kerja rumah seperti mengemas, memasak dan sebagainya.
Dalam masyarakat Jawa, kaum lelaki dianggap sebagai sumber kekuatan dalam sesebuah masyarakat. Jawatan ketua masyarakat seperti pelantikan Pak Lurah mesti disandang oleh orang lelaki. Mengikut kepercayaan ,orang lelaki bersikap lebih matang dan tidak mengikut perasaan berbanding kaum perempuan. Jiwa seorang perempuan yang sensitif akan menyebabkan mereka menjadi emosional dalam membuat sesuatu keputusan.
Sifat kaum lelaki yang lebih kuat juga menjadikan mereka orang yang sangat penting dan dilantik sebagai ketua keluarga. Kekuatan sifat fizikal dengan susuk badan yang sasa mekar, gagah, maskulin keras dan perkasa menjadi penyumbang penting dalam menjalankan tugas sebagai pencari rezeki. Mereka menyara keluarga dan menjaga segala kebajikan dan keselamatan keluarganya.
Lelaki kaum Jawa kelihatan tegas dari luaran tetapi sebenarnya lembut dari dalam. Mereka tidak akan memarahi anak mereka secara terbuka sebaliknya melalui isterinya. Hanya melalui pandangan atau jelingan mata sudah mampu menyampaikan mesej kepada anak – anak.
Perempuan kaum Jawa pula bersikap penuh lemah – lembut dan kasih – sayang terhadap suami dan anak-anak mereka. Oleh itu anak-anak mudah mesra dan manja kepada ibu berbanding ayah. Seorang isteri amat taat akan suami. Mereka bukan sahaja taat malahan memuliakan suami.
Isteri merupakan tulang belakang suami untuk menguruskan rumah tangga. Sikap mereka yang lemah – lembut dan penuh sopan – santun amat sesuai dengan tugas mengurus rumah tangga termasuk mencuci, memasak serta mengemas rumah.
Wanita Jawa dikaitkan dengan sifat berkorban yang tinggi. Mereka sanggup berkorban apa sahaja demi memelihara kebajikan dan maruah keluarga mereka. Mereka akan menunggu suami pulang dari bekerja dengan sabar. Setelah suami pulang, mereka akan dilayan dengan penuh kasih-sayang.
Pepatah Jawa ada menyatakan bahawa “Syurga terletak di bawah kaki suami”. Tiada gunanya walau setinggi manapun amalan yang dilakukan oleh seseorang isteri jika mereka tidak patuh atau mengabaikan tanggungjawab terhadap suami dan anak- anak. Apatah lagi kalau mereka ingkar atau derhaka kepada suami.
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA
Perbezaan dan kepelbagaian sosiobudaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik. Setiap etnik membawa sosiobudaya berbeza yang diwarisi dari nenek moyang yang terdahulu.
Kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara ini telah memberikan kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan. Kepercayaan dan pegangan hidup ini juga turut dibawa oleh murid ke dalam kelas dan ianya banyak mempengaruhi iklim dan budaya dalam bilik darjah.
Oleh yang demikian, guru haruslah sedar bahawa muridnya adalah berbeza, Kesedaran tentang kepelbagaian budaya ini amat penting bagi agar guru dapat memberikan pendidikan yang seimbang. Ia juga akan dapat menghakis sikap prejudis guru dalam menangani kepelbagaian sosiobudaya murid..
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA KEPADA GURU
Guru yang dedikasi akan mengajar dengan penuh bijaksana dan bersikap profesional dalam membimbing murid untuk mencapai potensi diri dari segi akedemik dan sosial.. Pemahaman tentang sosiobudaya murid adalah perlu kerana ianya dapat membantu guru menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan latar belakang murid.
Guru perlu prihatin dengan latar belakang murid, taraf sosioekonomi, tempat tinggal, budaya, adat resam, kepercayaan dan agama yang dianuti. Dengan itu, guru seharusnya memberikan layanan yang adil kepada setiap muridnya. Pengetahuan tentang sosiobudaya setiap individu dapat membantu guru mengajar tanpa mengelompokkan murid mengikut kaum atau kumpulan tertentu. Guru perlu melayan keperluan dengan mengambil kira faktor persekitaran tempat tinggal murid, status ekonomi keluarga dan gaya pembelajarannya.
Pembelajaran koperatif adalah satu strategi yang sesuai digunakan dalam kumpulan muridheterogenous, ini kerana murid akan dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Ini dapat membantu mengeratkan hubungan dan mewujudkan kerjasama dalam pelbagai sosiobudaya.
Menguruskan murid yang berbagai ragam memerlukan kebijaksanaan guru mewujudkan peraturan dan rutin bilik darjah yang kondusif. Pematuhan peraturan menjadi satu keperluan untuk mewujudkan suasana yang terkawal. Susun atur murid di dalam kelas perlu bersesuaian agar murid dari pelbagai golongan dapat berinteraksi sesama mereka tanpa ada sekatan budaya. Melalui cara ini satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan.
Guru haruslah menghormati muridnya serta bersikap adil dan tidak berat sebelah terhadap satu etnik sahaja.. Mengajar tanpa membezakan bangsa murid akan dapat membantu guru memahami tingkah laku dan luahan perasaan muridnya.
Perbezaan sosiobudaya murid yang wujud perlu ditangani supaya tidak ada murid yang berasa mereka dipinggirkan oleh guru. Keadaan ini menjamin semua murid berpeluang mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam kelas. Kebijaksaan guru mengendalikan murid berbeza budaya akan mewujudkan pergaulan positif dan tidak berkelompok dalam sesuatu komuniti kecil bilik darjahnya.
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA KEPADA MURID
Setiap individu membesar dan terbentuk hasil interaksi dalam persekitaran masing-masing. Budaya merupakan pengaruh yang paling berkesan ke atas perkembangan individu. Ini kerana budaya mempengaruhi cara berfikir, bertindak dan mempengaruhi pandangan serta perasaan seseorang. Kerap kali terdapat perbezaan antara murid, faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran secara optimum dalam pengurusan bilik darjah, adalah penting kepada guru untuk memahami tingkahlaku dan budaya murid .
Penggunaan bahasa yang standard harus diamalkan oleh murid. Elakkan penggunaan dialek mengikut kaum, murid harus diingatkan agar sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Murid harus diingatkan agar menghormati rakan lain yang tidak faham penggunaan bahasa mereka. Murid yang terdiri dari pelbagai bangsa harus bersosial dalam kelompok yang berbeza terutamanya ketika melakukan aktiviti. Mereka harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan latar budaya masing-masing. Sikap prejudis terhadap bangsa lain harus dielakkan supaya segala aktiviti yang dirancang oleh guru dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Kepercayaan yang diamalkan oleh murid lain tidak harus dipertikaikan sesama mereka. Aktiviti yang dijalankan juga haruslah berupaya menyemai semangat saling mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara etnik dibuat tanpa mengira anutan agama dan hendaklah dikembangkan agar proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalin dalam masyarakat.
Kemahiran komunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang. Apabila seorang guru menggunakan kemahiran berkomunikasi terhadap muridnya, maka suasana pembelajaran yang lebih dinamik dapat dihasilkan. Dengan cara ini, pembentukan akhlak dan penerapan kemahiran tertentu dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan.
Murid mudah terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang professional. Oleh itu guru mesti membentuk program yang bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas. Ini bertujuan untuk mengurangkan sgala tingkahlaku negatif.
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA KEPADA SEKOLAH
Kepelbagaian sosiobudaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti sekolah jenis Cina dan Tamil. Kementerian Pelajaran telah berusaha untuk mengatasi masalah kepelbagaian sosiobudaya ini melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah. Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu usaha untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid tanpa mengira kaum.
Sekolah wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam. Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil lagi iaitu di bangku sekolah rendah menjadi lebih mudah. Pihak sekolah perlulah menggunakan bahasa rasmi dan bahasa penghantar dalam segala urusan rasmi.
Pengurus yang baik akan dapat mewujudkan iklim sekolah mesra. Kerencaman sosiobudaya boleh dimanfaatkan untuk mencapai matlamat sekolah. Saling kerjasama antara sekolah dan komuniti, khususnya melalui peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) akan dapat memanfaatkan sekolah.
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA KEPADA KURIKULUM TERSIRAT
Kurikulum dirujuk sebagai perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif, kandungan, strategi pengajaran dan penilaian untuk dilaksanakan dalam satu rangka masa tertentu.
Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai sosiobudaya memberikan implikasi kepada kurikulum sekolah. Melalui kurikulum tersirat, kementerian berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum. Pihak sekolah berusaha mengaplikasikan penerapan nilai budaya masyarakat dengan melaksanakan aktiviti sampingan khususnya melalui aktiviti kokurikulum. Kurikulum tersirat boleh diaplikasikan melalui aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan aktiviti dalam unit kokurikulum. .
Aktiviti yang dijalankan mestilah melibatkan interaksi antara kelas sosial murid. Secara langsung proses pembentukan nilai dapat diterapkan kepada murid-murid. Penerapan kepercayaan terhadap nilai-nilai murni juga boleh dilaksanakan melalui pembentukan kurikulum tersirat. Pihak sekolah dan guru seharusnya tidak menekankan hanya kepada kepercayaan agama Islam sahaja. Mana-mana unsur kepercayaan lain yang tidak bercangah dengan hukum agama Islam boleh diterapkan kepada murid.
Perlaksanaan aktiviti bahasa dalam kurikulum tersirat juga perlu dirancang dengan teliti. Murid akan mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan dan seterusnya mereka akan mula belajar menerima serta menghormati bahasa ibunda dan dialek kaum lain. Kurikulum tersirat juga memberikan pertimbangan terhadap aspek perbezaan antara jantin untuk memberi kesedaran terhadap batasan pergaulan dalam berlainan jantina.
CADANGAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG MESRA BUDAYA
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang dijalankan perlulah berkesan dan dapat menarik perhatian khususnya kelas yang mempunyai murid-murid dari pelbagai latar belakang, kaum dan agama contohnya orang Melayu, Cina, India dan Sikh. Persekitaran yang mesra budaya perlu diwujudkan bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran yang kondusif
Terdapat pelbagai kaedah yang boleh diguna pakai dalam mewujudkan persekitaran yang mesra budaya terutama yang melibatkan isu bangsa dan bahasa. Guru perlu merangka kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk semua bangsa. Antara kaedah yang dapat membina persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya ialah:

1. Pembelajaran secara kooperatif
Melalui kaedah ini, guru menjadi pemantau dan fasilitator kepada murid dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Murid tanpa mengira latar belakang, bangsa dan budaya dapat disatukan dalam satu kelas dan dapat menjalani proses pembelajaran dengan sempurna. Hal ini dapat mengurangkan jurang perbezaan antara murid yang berlainan bangsa dan budaya.

2. Menyusun kumpulan murid- murid yang berbilang kaum
Murid sewajarnya dikumpulkan dalam kumpulan pelbagai kaum. mereka d digabungkan dalam satu kumpulan tempat duduk atau ketika beraktiviti. Dengan ini, mereka boleh berkomunikasi dan berinteraksi. Ia boleh mewujudkan suasana mesra. Mereka akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan. Ini dapat mengelakkan salah faham antara murid dan menambahkan lagi kemahiran berbahasa Melayu dalam kalangan murid yang bukan berbangsa Melayu. Dengan ini, wujudlah satu budaya berbahasa Melayu yang akan menjadi budaya 1 Malaysia
3. Mewujudkan peraturan bersama yang dijadikan budaya
Peraturan yang dibuat oleh guru dan dilaksanakan oleh murid secara berterusan lama- kelamaan akan menjadi budaya. Sebagai contoh, guru mewujudkan peraturan bahawa murid mesti memberi salam atau ucap selamat kepada guru apabila guru masuk ke kelas. Peraturan ini kemudiannya akan dijadikan budaya oleh murid- murid. Mereka akan melakukannya walaupun tanpa disuruh berbuat demikian.
4. Mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya
Guru boleh mewujudkan suasana mesra budaya itu melalui amalan pedagogi. Untuk mewujudkan suasana P&P yang mesra budaya, salah satu caranya ialah dengan mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya kaum yang berkaitan. Dalam konteks ini, budaya yang dimaksudkan ialah budaya kaum- kaum yang pelbagai. Dengan cara ini, murid- murid akan tahu bahawa budaya mereka itu bukan sekadar warisan tetapi ia juga bersangkut paut dengan ilmu pengetahuan.
5. Menggunakan kaedah belajar sambil bermain
Main merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan dapat menarik perhatian murid- murid. Ia juga adalah budaya bagi golongan kanak- kanak. Dalam budaya pelbagai kaum seperti kaum Melayu, Cina, India, Bidayuh, Kadazan dan sebagainya pasti ada permainan tradisi. Dengan menggunakan permainan tradisi dalam P&P, guru bukan sahaja boleh mengajar topik yang perlu diajar tetapi boleh menyerapkan ilmu pengetahuan tentang budaya sesuatu kaum .
6. Mewujudkan ruang fizikal yang positif
Ruang fizikal boleh menjadi salah satu daya penarik dalam sesebuah bilik darjah. Contohnya sudut informasi, ruang hasil kerja murid dan sebagainya. Dengan wujudnya ruangan seperti ini, guru boleh memupuk budaya positif seperti budaya cintakan ilmu dan budaya membaca.
7. Merancang dan menyediakan modul dan bahan pengajaran yang sesuai
Guru perlu menyediakan alat bantu mengajar (ABM) yang sesuai dengan aktiviti yang ingin dijalankan. ABM perlu mengikut kesesuaian semua bangsa dan mereka semua boleh menerima ABM tersebut sebagai alat untuk tujuan pembelajaran.Hak kesama rataaan perlu diamalkan bagi membolehkan semua kaum dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna.
8. Kaedah persembahan oleh pelajar
Pelajar digalakkan untuk melakukan perbincangan dengan rakan mereka yang terdiri dari pelbagai bangsa . Mereka diarahkan untuk membuat persembahan tentang tajuk yang telah diberi oleh guru seperti mengajar tentang pakaian tardisional.
9. Kaedah projek
Kaedah pengajaran ini amat berkesan kepada perkembangan nilai murni, perpaduan dan kerjasama antara murid tanpa mengira bangsa. Justeru itu ia menjadi menyumbang utama dalam mewujudkan persekitaran kelas yang mesra budaya.
REFLEKSI
Apabila menerima tugasan yang diberi, saya tidak melepaskan peluang untuk mendekati dan mengkaji etnik Jawa kerana terlalu banyak perkara yang ingin saya i rungkai tentang etnik yang amat unik dan istimewa ini.Tugasan saya menjadi lebih mudah kerana selain daripada saya sendiri , semua penduduk kampung saya berketurunan Jawa.
Menyelami budaya etnik Jawa membuatkan saya agak terkilan kerana banyak perkara yang telah kami ditinggalkan. Kebanyakan adat, budaya dan kepercayaan dalam masyarakat Jawa hanya tinggal nama sahaja. Sebagai contoh, adat lenggang perut dan cukur jambul. Walaupun adat ini masih diamalkan tetapi pengisiannya amat berbeza. .Adat-adat lama dalam majlis ini kebanyakkannya dipengaruhi oleh agama Hindu. Oleh hal yang demikian , ianya telah digantikan dengan tatacara yang bersesuaian dengan agama Islam seperti majlis doa selamat sahaja.
Etnik Jawa banyak mengalami proses asimilasi berbanding etnik lain. Generasi muda seperti saya sukar untuk diterima sebagai orang Jawa yang tulen memandangkan segala kehidupan telah bertukar kepada masyarakat tempatan. Dari segi bahasa ,walaupun saya fasih bercakap dalam bahasa Jawa namun anak- anak saya tidak menguasainya.
Hasil daripada tugasan ini, kesimpulan yang saya dapati adalah terdapat banyak adat resam dan kepercayaan masyarakat Jawa yang telah ditinggalkan kerana selain daripada mengalami proses asimilasi, ada di antara adat dan kepercayaan itu tidak bersesuaian dengan agama Islam.
Kepelbagaian etnik di sekolah dapat menimbulkan keseronokan dalam kalangan guru dan murid - murid. Mereka dapat mengetahui banyak perkara tentang kelompok etnik yang lain. Namun sebagai seorang guru, kita perlu bijak memanafaatkannya demi mencapai wawasan “ 1 Malaysia.

Sumber : http://hissham66.blogspot.com
Salam
ReplyDelete