Perkataan Wak masyarakat Jawa


Orang jawa ada gelaran tersendiri bagi saudara seperti atuk, nenek, pak cik dan lain-lain. Jika anda berada dalam masyarakat jawa jangan hairan bila mereka memanggil anda dengan gelaran "wak". Disini ada sedikit beberapa gelaran yang biasa digunapakai oleh masyarakat jawa di Malaysia.

  1. Embah : Gelaran ini biasanya untuk datuk lelaki yang dipanggil oleh cucu mereka.
  2. Nya yi : Gelaran nya yi ini untuk nenek.
  3. Wak  : Gelaran wak ni khas untuk pak cik atau mak cik yang lebih tua daripada ayah atau emak.                  Contoh abang atau kakak kepada ayah atau emak.
  4. Paman : Gelaran paman pula untuk pak cik ( adik kepada emak atau ayah ).
  5. Bibik    : Gelaran ini untuk mak cik ( adik kepada emak atau ayah ).
  6. Kakek / Buyot : Ialah gelaran kepada nenek moyang ( emak atau ayah kepada datuk ).
  7. Kakang  : Abang.
Selalunya dalam masyarakat jawa kita sering dengar mereka menggunakan perkataan 'wak' dalam komunikasi seharian mereka. Perkataan 'wak' ini sinonim dengan panggilan 'pak cik' atau 'mak cik' walaupun mereka bukan saudara terdekat tetapi panggilan 'wak' ini juga boleh dipanggil kepada orang yang lebih tua daripada kita yang layak digelar pak cik. Contoh :

*Pak Cik Osman kendak kemana ?
*'Wak' Osman hendak kemana ?


No comments:

Post a Comment