Mee Siput Johor

http://imageshack.us/a/img577/2849/resizeofr0017739.jpg

MEE siput ni tak pasti asal usul dia dari mana tapi yang pasti mee siput ni popular di Johor terutamanya sekitar Muar dan Batu Pahat. Memang sejak kecil tekak dah sebati dengan mee siput ni. Ada juga yang menggelarkan sebagai mee keras, mee simpul atau maruku. Bagi orang Johor memang makanan ni paling popular ketika zaman persekolahan sebab mee siput murah berbanding dengan makanan lain.

Bahan-bahan asas nak buat mee siput ni cuma tepung gandum, tepung sagu, ubat mee, pewarna kuning dan air. Lepas dicanai dan diuli ia akan di masukkan kedalam pencetak mee, kemudian dibuat dipusingkan hingga menjadi bentuk bulat. Selepas itu akan dijemur sehingga kering.

Selepas kering tu belum boleh dimakan, kena goreng dulu. Cara goreng dia sama je macam goreng pisang goreng atau nugget. Bila dah agak-agak garing terus angkat dan hidangkan, jangan sampai hangus pulak.

Lawan mee siput ni dah tentulah dengan sambal tumis macam gambar kat atas, ada juga yang gemar makan dengan sambal kicap atau ratah macam tu je. Dia punya ranggup macam kriuk!!!kriuk!!!. Sedap makan waktu petang-petang bersama air kopi.

Mee siput ni dikategorikan sebagai makanan ringan sebab dia ringan, hehe. Makanan ni boleh tahan lama, cuma jangan simpan terlalu lama sebab bila dah lemau jadi tak sedap, sama macam keropok jugak bila dah lemau tak sedap nak makan.


No comments:

Post a Comment