Cara Download Video Di Facebook

Assalamualaikum, hari ni saya nak kongsi sikit pada pembaca cara-cara nak download video dalam facebook. Jika kita menggunakan PC mungkin kita ada realplayer downloader tetapi jika menggunakan smartfone kita kena download menggunakan FB Video Downloader dan software ini boleh dapat di Playstore.

Langkah pertama pergi Playstore taip FB VIDEO DOWNLOADER. Ia akan keluar seperti gambar dibawah ni dan software dia dalam petak berwarna merah tu. Download software tu.

Selepas selesai download anda buka software tu dan dia akan keluar macam gambar kat bawah ni, anda boleh pilih mana-mana samada friend, page atau group. Saya ambil contoh klik pada Page Videos.


Langkah seterusnya selepas anda klik pada Page Videos dia akan keluar senarai page-page yang anda 'like' seperti gambar dibawah. Selepas itu anda pilihlah mana-mana page yang anda nak.


Then, dia akan keluar semua senarai video yang ada dalam page berkenaan seperti gambar ni. Anda pilih la mana-mana video yang hendak anda ambil tu.

 
 
Selepas klik pada video yang anda hendak tu, dia akan keluar seperti arahan dibawah ni. Anda klik pada download. Selesai...


Sekian saje untuk hari ini, semoga dapat membantu anda mencari video-video yang menarik.

No comments:

Post a Comment