SOLAT adalah satu kewajipan yang dilakukan oleh umat islam, ia adalah perintah daripada Allah SWT dan syariat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Diwajibkan keatas umat islam solat 5 waktu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak dan sangat digalakkan melakukan solat-solat sunat yang lain. Syariat solat dikembangkan dan diperhalusi dari zaman ke zaman mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Orang yang terlantar sakit juga diberikan panduan untuk bersolat.
Kenapa orang islam diwajibkan solat? ini adalah kerana ia datang daripada perintah Allah SWT yang jelas di dalam Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad. Solat adalah hak Allah SWT, jadi lakukan ia tanpa apa-apa kemusykilan dan keraguan kecuali uzur atau yang dibenarkan.
Solat boleh dilakukan dimana-mana tempat yang diyakini bersih dan suci daripada najis. Kiblat menjadi arah tujuan sudah boleh melakukan solat walaupun diluar masjid. Akan tetapi jika terdapat surau atau masjid berdekatan lebih afdal solat disitu.
Kusyuk atau tidak dalam solat adalah satu perkara yang tidak perlu anda musykil atau ragu, kerana anda berdiri saja atas sejadah adalah tanda Allah pilih anda untuk bersolat, jadi nikmati solat anda pada waktu itu.
Siapakah orang yang tidak diwajibkan solat?. Mereka ialah orang gila, kanak-kanak belum baligh, wanita yang sedang uzur.
Selepas selesai memberi salam, duduklah sebentar memohon doa kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah Maha Kaya dan janganlah jadi orang yang sombong dengan tidak memohon doa kepada Allah. Dan mintalah doa yang baik-baik.
Jika penulisan saya ini ada kesalahannya, boleh tegur diruang komen.
No comments:
Post a Comment