Nor Khalizah Ab Razak Muara sungai Melaka dulu-dulu sibuk dan riuh rendah selalu. Awal 80an baba selalu bawa kami sekitar sini dulu untuk makan malam. Baba sebut pasar borong, tapi saya lupa sebelah mana.
Mohd Azim Fikri Isnin Tak silap pasar boring area casa del rio ke nama hotel tu..dulu awal 80an arwah ayah bawak pagi2 beli ikan.
Shah Milla Waktu kecil umur dlm 9,10thun suka ikut kakak sepupu gi kg jawa.Mcam pasar juga la.Mkn mee rebus sedap sangat.Nk raya Abg bawa shoping kt jln bunga raya kedai MedamKing.CinaMelayu Lu Gua baik2 trutama babanyonya area Tengkera.Skrg Zamn da brubah.
Nizar Yahaya Dulu kat pasau Melaka kampung jawa kedai makan ummmp ...nasi gunting,sate,merebus tetel...Air sirap warnanya lain dari yg lain...semua makan duduk atas bangku kecik...sekarang tak jumpa dah..
Haibir Hussin 70 an atau 80 an..tongkang tiada engine...
Idris Lynda Assalam, Masa dolu2 tongkang bawak masuk beras antau kat kilang dalam. Budak2 Kg. Morten tak lepas peluang ikut sekerat jalan terjun balik. Kenangan terindah
Nizam Ramli Betul .. Tahun 80an dulu ada kedai jual mee rebus area2 sini .. Mmg sedap ..
Tai Chee Pontoon yang lebar dan rendah tu hanya untuk muatan shj, tiada berinjin. Ia akan ditarik oleh bot motor yg dipanggil motorbot ke laut dimana kapal besar sedang menunggu untuk mengisikan kargonya kedalam pontoon tu dgn menguna jentera atau crane dan ditarik balik ke muara sungai sebelah gudang.
Adakali boleh nampak satu motorbot boleh menarik beberapa pontoon sekaligus dan ada pekerja dgn kayu panjang menolak dari tepi supaya tak langgar tepi atau ubah posisi.
Dua jenis muatan (makanan sahaja) yg selalu nampak disimpan di gudang tersebut ialah biji jagung kering dan bawang merah yg siap diisi dalam guni. Arang dan kayu bakau selalu nampak tak diisi disini. Pekerja dipanggil kuli akan memuatnya kedalam gudang di sebelah sungai.
Guni tersebut dipikul dengan bahu menyeberang dengan hanya sekeping papan lebih kurang satu kaki lebar 12’x2” tu dan berhayun hayun masa menyeberang dgn hati yg berdebar debar. Kuli yg lama bekerja di keadaan demikian boleh nampak bulu bulu bertumbuh di atas bahu mereka dibelah yg selalu dipikul.
Tiap tiap guni yg dipikul tu akan diberi satu kayu pengepit kecil dicat merah di penghujungnya (chopstick) sebagai kiraan gaji ikut bilangan yg dipikul. Adakali nampak kesian tengok diaorang bertukus lumus demi hidup dgn cara yg bahaya.
Suasana begitu tak nampak lagi dah dizaman sekarang selepas teknologi baru sudah digunakan dan semua permuatan sudah dialih ke pelabuhan yg lebih besar dan sesuai dengan infrastruktur yg lebih canggih. Hanya kenangan sahaja yg ditinggalkan 50 tahun dahulu.

No comments:
Post a Comment