Bukit Gambir, Ledang

BUKIT GAMBIR - Kawasan ini merupakan bandar kecil di daerah Ledang, Johor, Malaysia. Ia terletak berdekatan dengan bandar Ledang dan terletak lebih kurang 25 kilometer dari Bandar Maharani, Muar. Dari Bukit Gambir ke pekan Grisek sejauh 5 kilometer boleh terus ke Kundang Ulu di tebing Sungai Muar. Sebelum ke pekan Grisek, terdapat laluan ke Panchor untuk ke tol Pagoh, PLUS.

Di era tahun 60an hingga 70an, pekan Bukit Gambir dikenali sebagai pekan koboi kerana struktur kedainya yang seakan-akan penempatan Cow-boy. Menurut satu sumber nama Bukit Gambir ini dapat daripada aktiviti penanaman gambir dikawasan ini suatu ketika dulu. Disamping keadaan geografinya yang berbukit dan dipenuhi dengan tanaman gambir maka nama Bukit Gambir diberikan oleh masyarakat setempat ketika itu.

Bukit Gambir mempunyai sekitar 40,000 penduduk majoriti berbangsa melayu, cina dan india.

Setelah beberapa dekad berlalu kini Bukit Gambir telah dinaiktaraf menjadi Bandar Baru Bukit Gambir. Kemudahan perbankan disediakan oleh CIMB Bank dan Bank Simpanan Nasional. Kemudahan untuk petrol disediakan oleh Petronas dan Shell.

Langkah transformasi terhadap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gambir itu bermula pada 2000 dengan pembinaan semula bangunan kedai disusuli dengan taman perumahan, pasar raya dan bank-bank.

Apabila pekan itu ditukar statusnya sebagai Bandar Baharu Bukit Gambir pada 2003, kepesatan pembangunan terus berlaku sehingga kini dan dikenali sebagai pusat komersial baharu dengan kedudukannya tidak jauh dari bandar Muar atau Tangkak.Banyak kawasan perumahan baru dibuka yang menyediakan pelbagai kategori bermula rumah kos rendah hingga rumah mewah.

Bandar Baharu Bukit Gambir ketika ini mempunyai mercu tanda sendiri, antaranya Bangunan Pasar Tani Bukit Gambir, bangunan-bangunan komersial yang baharu, Balai Bomba Bukit Gambir dan terbaharu, Plaza Tol Bukit Gambir oleh Plus Expressways Bhd. (Plus).

Kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan ini membabitkan kos bernilai RM1 juta telah dilakukan dua peringkat pada 2009 dan 2010. Satu lagi kawasan Pusat Perniagaan Taman Jingga berhampiran persimpangan Jalan Sengkang juga di naik taraf dengan meminta pihak pemaju supaya memastikan sistem perparitan mengalir ke sungai berhampiran bagi mengelakkan risiko banjir kilat.

Bukit Gambir dikelilingi beberapa buah kampung seperti berikut:-

1. Kampung Sungai Ekor
2. Kampung Sungai Bilah
3. Kampung Sungai Baru
4. Kampung Sungai Meriam
5. Kampung Sungai Rambai
6. Kampung Parit Jarum Laut
7. Kampung Parit Jarum Darat
8. Kampung Parit Haji Ideris
9. Kampung Parit Babok
10 Kampung Haji Riduan
11. Kampung Parit Turun
12. Sawah Ring
13. Sengkang
14. Kampung Parit Kassan
15. Kampung Simpang Lima
16. Kampung Meranti Sundai


Gambar Setempat

Permandangan sawah berlatar belakangkan Gunung Ledang
JETI PARIT JARUM LAUT, BUKIT GAMBIR, LEDANG
Jeti Parit Jarum Laut
[Picture+026.jpg]
Autoshow di Pasar Tani Bukit Gambir
Aktiviti Kemplingan Kg. Parit Kassan
Air Terjun Gunung Ledang terletak 20km dari Bukit Gambir
Aktiviti Peminat Motor Vespa
Aktiviti Pencak Silat Sendeng
Mee Bandung terbaik ada di Bukit Gambir jugak
Kalau sampai Bukit Gambir jangan lupa bawa balik Mee Siput


Permandangan malam Bukit Gambir

No comments:

Post a Comment