Songkok Orang Jawa ( Blangkon )


JIKA lihat segelintir masyarakat jawa ada memakai penutup kepala seakan-akan kopiah yang menggunakan kain batik pasti anda tertanya-tanya apa sebenarnya benda tu. Ia adalah Blangkon iaitu tutup kepala seperti kopiah yang dibuat dari batik dan digunakan oleh kaum lelaki sebahagian dari pakaian tradisional Jawa. Menurut sumber, blangkon dibahagi menjadi 4: blangkon Ngayogyakarta, blangkon Surakarta, blangkon Kedu, dan Blangkon Banyumasan. Untuk beberapa tips blangkon ada yang menggunakan tonjolan pada bagian belakang blangkon. Tonjolan itu menandakan model rambut lelaki masa itu yang akan mengikat rambut panjang mereka di bahagian belakang kepala, sehingga bahagian tersebut tersembul di belakang blangkon. Lilitan rambut itu mesti kuat supaya tidak mudah terbuka.

Setiap blangkon ada gaya yang tersendiri seperti :

  1. Blankon Nyayogyakarta. Ia popular di kalangan kaum lelaki kawasan Jogja. Jika dilihat pada bentuknya, boleh dilihat bagaimana lipatan kain batik tersebut bersilang dan keunikan Blangkon gaya ini adalah pada bahagian belakangnya yang berbonjol seperti telur. Bonjolan itu menggambarkan lelaki yang berambut panjang di mana rambut belakangnya diikat dengan simpulan kain tersebut.
  2. Blangkon Surakarta ini pula popular oleh jejaka-jejaka dari wilayah Solo (Salah satu wilayah di Jawa Tengah), di mana ia adalah modifikasi daripada gaya Jogja. Jika dilihat, gaya ini tiada bonjol besar seperti gaya Jogja, hanya sedikit simpulan di bahagian belakang. Ia menggambarkan jejaka yang berambut pendek. 
  3. Blankon Kedu. Menurut sumber, gaya ini di popularkan oleh salah seorang ulama dari kalangan Walisongo iaitu Sunnan Kalijaga. Keunikan Blangkon gaya ini adalah pada bahagian belakangnya juga iaitu terdapat 2 tali yang terjurai.
  4. Blangkon Banyumasam. Untuk pengetahuan, ia dipopularkan oleh masyarakat Sunda. Sunda ini bukan Jawa tau, mereka mempunyai bahasa mereka sendiri yang berbeza dengan bahasa Jawa.
Walaubagaimanapun tradisi memakai blankon oleh masyarakat jawa di Malaysia tidak begitu popular mungkin kerana faktor budaya yang telah jauh atau jarang dipraktikkan oleh masyarakat jawa sekarang. Mereka lebih gemar memakai kopiah atau songkok sahaja. Apa-apapun tradisi memakai blangkon ni boleh dianggap sebagai salah satu warisan sesenian budaya yang telah lama wujud. Harga pasaran blangkon di Malaysia sekitar RM35 yang dijual oleh individu tertentu kerana sukar mencari blangkon dipasaran mungkin kerana faktor permintaan yang tidak memberangsangkan.


No comments:

Post a Comment