Nasi Ambang


Kalau masyarakat pantai timur terkenal dengan nasi kerabu, masyarakat jawa pula terkenal dengan nasi ambangnya. Apa itu nasi ambang ?

Nasi ambeng adalah hidangan khas Jawa berupa nasi putih yang atasnya diletakkan lauk pauk di sekelilingnya. Lauk pauk seperti sambal jawa, ikan masin goreng, rempeyek, telur rebus, tempe goreng, mee goreng, dan daging ayam.

Nasi ambeng adalah hidangan yang disajikan oleh orang jawa dipercayai sebagai lambang murah rezeki. Nasi ambang dimakan beramai-ramai oleh empat hingga lima orang dewasa menggunakan tangan. Sajian nasi ambeng yang dihidangkan juga berniat agar semua pihak yang turut serta dikurniakan murah rezeki.

Uniknya, sajian masyarakat Jawa ini mempunyai maksud tersirat di sebalik konsep makan sedulang. Ia dilihat sebagai gambaran kekuatan ikatan silaturrahim dalam masyarakat apabila satu dulang dikongsi makan oleh empat hingga lima orang atau dibungkus untuk dinikmati bersama ahli keluarga.

Sesetengah lauk-pauk tersebut ada kalanya sedikit berbeza mengikut daerah dan tempat. Contohnya, di Johor sesetengahnya diletakkan bergedel, tumis kacang panjang dan sebagainya.

“Tetapi lauk asasnya tetap sama iaitu ayam sama ada digoreng, masak kicap atau ‘ungkep’ (ayam dimasak bersama rempah), sambal goreng, serunding kelapa, dan sebagainya. Aroma nasi yang berbaur dengan lauk pauk dihidangkan panas-panas dengan daun pisang cukup membangkitkan selera.

No comments:

Post a Comment