Sejarah Suku Kaum Di Malaysia

Diverse bunch: Sarawakians, dressed in traditional costumes representing the various races in Sarawak, celebrating Malaysia
Day.

MALAYSIA sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, antara kaum yang ramai ialah Melayu. Orang melayu ini terdiri daripada beberapa suku kaum. Antara suku kaum Melayu yang berada di Malaysia ialah :

  • Jawa
  • Bugis
  • Banjar
  • Boyan
  • Kampar
  • Kerinci
  • Mendaling
  • Minangkabau
  • Rawa
  • Johor-riau
  • Siam
Manakala orang cina juga mempunyai beberapa suku kaum seperti :
  • Hokien
  • Chuan-chew
  • Chin-chew
  • Eng-Hua
  • Eng-Chon
  • Hok-Chew
  • Kwangtung
  • Kanton
  • Teochew
  • Haka
  • Hailam
Dan orang India pula terdiri daripada suku kaum :
  • Malayali
  • Punjabi
  • Selon
  • Tamil
  • Telegu
Orang Asli juga ada suku kaumnya seperti :
  • Negrito
  • Senoi
  • Asli-Melayu

Sejarah latar belakang kaum melayu

Orang Jawa


Penghijrahan beramai-ramai akibat daripada dasar transmigrasi Belanda, iaitu perpindahan penduduk daripada PulauJawa. Kebanyakan mereka terdiri daripada pekerja di ladang-ladang kopi, getah dan di kawasan tanah yang baru di buka. Dianggarkan pada tahun 1930 terdapat 170,000 orang Jawa di Singapura. Tanah Melayu kebanyakan orang Jawa terdapat di Johor (Muar, Batu , Pahat dan Pontian), Selangor (Kelang, Kuala Selangor, Kuala Langat), dan Perak (Hilir Perak, Krian, Parit Buntar).

Orang Banjar


Orang Banjar berasal daripada daerah Banjarmasin, Kalimantan. Kebanyakan mereka melibatkan diri dalam perusahaan tanaman padi. Pada tahun 1931 bilangan penduduk Banjar di Tanah Melayu ialah 45,382 orang.
Kebanyakan orang Banjar mendiami kawasan pinggir pantai dan lembah- lembah sungai seperti di Kerian, Parit Buntar (Perak), Sabak Bernam , (Selangor) dan Batu Pahat (Johor).

Orang Bugis

Orang Bugis berasal dari Pulau Sulawesi. Mereka merupakan golongan peniaga dan di Tanah Melayu mereka ramai menetap di Perak, Selangor, Pahang dan Johor. Di Johor kebanyakan orang Bugis tinggal di kawasan Benut, Kukup dan Rengit (daerah Batu Pahat), sementara di Selangor kebanyakannya terdapat di Lembah Langat. Di Perak orang Bugis merupakan golongan pedagang.

Orang Boyan
Orang Boyan adalah berasal daripada Pulau Boyan.Kebanyakan mereka berhijrah di Singapura, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.Mereka tertumpu di bandar-bandar besar kerana mereka mempunyai keahlian di dalam memelihara kuda lumba.

Orang Minangkabau
Orang Minangkabau adalah berasal dari Sumatra. Di Tanah Melayu tumpuan mereka adalah di Negeri Sembilan dan Melaka di mana mereka dikenali sebagai pengamal Adat Perpatih.Kebanyakan mereka terlibat dalam perniagaan dan pertanian.

Sejarah latar belakang kaum cina

Hokein 
Terdiri daripada peniaga dan pekedai.

Kantonis
Terdiri daripada pelombong dan tukang mahir (tkg. kayu, tkg. Kasut dan t. besi).

Hakka
Terdiri daripada pelombong.

Teochew
Terdiri drpd. Pekedai dan peladang yg. Membuka ladang tebu, gambir dan lada hitam.

Hailam
Terdiri drpd. Pekedai makanan dan pembekal keperluan domestik.

Sejarah latar belakang kaum india

Tamil
tamil wedding
Berasal daripada Tamil Nadu. Kumpulan etnik India yang terbesar di Tanah Melayu (80.0 peratus daripada penduduk India di Tanah Melayu). Kebanyakannya bekerja di ladang-ladang getah dan kelapa sawit. Ada juga yang terlibat bekerja di dalam jabatan kerajaan.

Malayali
Berasal daripada pantai Malabar. Dikenali juga sebagai orang Malabari. Merupakan 7.0 peratus daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu, yang terdiri daripada kelas pekerja dan kelas pertengahan. Kebanyakan kelas pekerja bekerja di ladang dan kelas menengah bekerja di dalam perkhidmatan perkeranian dan profesional; terkenal dengan kedai makanannya.

Telegu
Mookambika Naidu weds Prasannaa C Murli | A Thamizh- Telugu wedding
Berasal daripada Andhra Pradesh. Merupakan 4.0 peratus daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu. Kebanyakanya bekerja sebagai buruh di ladang-ladang.

Sikh
Berasal daripada Punjab. Kebanyakan terlibat di dalam pekerjaan di perkhidmatan polls dan keretapi, pengawal keselamatan, dan penternak lembu. Dikatakan perkhidmatan kereta lembu orang Sikh berperanan penting dalam pengangkutan di kawasan lombong bijih. Mulai tahun 1920-an terdapat ramai orang Sikh terlibat dalam bidang perniagaan dan profesional.

No comments:

Post a Comment