Teknologi Purba

Kemajuan teknologi yang kita rasa pada zaman sekarang sebenarnya telah dirasai oleh masyrakat pada zaman purba yang hidup ribuan tahun dahulu. Hal ini berikutan banyak penemuan yang diluar jangkaan seperti alat berteknologi tinggi yang berusia ribuan tahun dahulu. Berikut sedikit artifak yang berjaya ditemui :

BAHTERA NABI NUH


Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.

KOTA KUNO MOHANJO


Mayat bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjo-Daro mengandung radioaktif. Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan juga melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa. Tetapi adakah semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala bencana? Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar. Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.

BATERI BAGHDAD


Bateri Baghdad yang ditemui oleh ahli arkeologi Austria. Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik.

CAKERA PADAT


Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau sebagainya) di China.

LOJI NUKLEAR

Oklo+africa+ancient+nuke+reactor.jpg

Penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Oklo, Afrika! Apakah maksud semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat (buku rujukan sejarah di Malaysia banyak merujuk kepada sumber Barat) yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka sebenarnya mempunyai sebab untuk mengelirukan umat manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.

KALKULATOR PURBA

[Image: antikythera-mechanism2.jpg?w=300&h=224]

Antikytera Mechanism adalah sistem kalkulator purba yang digunakan untuk mengukur pergerakan bintang dan planet. Dianggarkan ia berusia 80 tahun sebelum masihi. Pembinaan gajet purba ini sungguh sofitikated; gear 30 gigi dengan diameter 9 hingga 132mm, dan berkemampuan untuk melakukan kelajuan dalam pelbagai had.

OBJEK BERPILIN


Objek ini diperbuat daripada tembaga, Molybdenum dan juga tungsten. Tungsten adalah bahan yang padu dengan titik lebur sehingga 3410 darjah. Bergitu juga Molybdenum yang mempunyai titik lebur sehingga 2650 darjah. Pada hari ini, bahan tersebut digunakan secara meluas di dalam alatan senjata tentera dan assesori kenderaan berperisai. Dalam satu kajian, objek-objek tersebut dipercayai berusia 20,000 tahun yang lampau.

PAIP BAIGONG


Paip Baigong adalah siri perpaipan yang terdapat di Baigong, China. Paip Baigong ditemui secara tidak sengaja oleh ahli arkeologi yang ingin mencari fosil-fosil Dinasour. Paip Baigong ini dikatakan mempunyai saluran yang sampai ke gunung Baigong yang jaraknya kira-kira 50 hingga 60 meter di atasnya. Dikatakan bahawa, terdapat piramid dibina di atas gunung tersebut dan di dalam piramid tersebut terdapat tiga buah gua. Namun, dua buah gua telah pun runtuh dan kini hanya tinggal sebuah gua yang mana ia dikatakan punca bagi setiap siri-siri paip Baigong.

WAFFLE ROCK


Terdapat dakwaan saintis bahawa ia adalah hasil alam semulajadi. Namun, ramai antara saintis menolaknya kerana mendakwa ia adalah teknologi zaman dahulu yang bergitu canggih. Kelihatan seperti keping-keping biskut, ia membangkitkan satu teori bahawa pada zaman purba, sudah wujud lantai berukir yang bergitu cantik. Misteri di sebalik Waffle Rock masih terus dikaji dan diselidik.

SPARK PLUG PURBA


Pada 1961,di pergunungan California berhampiran Orlancha sekumpulan pemburu mineral telah menemui sebiji batu disangkakan ade gem di dalamnye.Ketika memotong batu tersebut mereka menemui sejenis bahan 'white porcelain' dan didalamnya iaitu sejenis alatan diperbuat dari logam. Pakar menganggarkan fosil white porcelain tu memerlukan 500,000 tahun untuk terbentuk. Tapi alatan logam canggih didalam fosil itu menimbulkan pelbgai persoalan dan membuat sinaran X-ray pada objek tersebut, hasilnya mereka dapati logam itu hampir sama dengan spark plug zaman moden. Bagaimana objek ini boleh berada pada 500,000 tahun yang lepas ?


No comments:

Post a Comment