Kemajuan teknologi yang kita rasa pada zaman sekarang sebenarnya telah dirasai oleh masyrakat pada zaman purba yang hidup ribuan tahun dahulu. Hal ini berikutan banyak penemuan yang diluar jangkaan seperti alat berteknologi tinggi yang berusia ribuan tahun dahulu. Berikut sedikit artifak yang berjaya ditemui :
BAHTERA NABI NUH
Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.
KOTA KUNO MOHANJO
Mayat bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjo-Daro mengandung radioaktif. Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan juga melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa. Tetapi adakah semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala bencana? Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar. Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.
BATERI BAGHDAD
CAKERA PADAT
LOJI NUKLEAR
KALKULATOR PURBA
Objek ini diperbuat daripada tembaga, Molybdenum dan juga tungsten. Tungsten adalah bahan yang padu dengan titik lebur sehingga 3410 darjah. Bergitu juga Molybdenum yang mempunyai titik lebur sehingga 2650 darjah. Pada hari ini, bahan tersebut digunakan secara meluas di dalam alatan senjata tentera dan assesori kenderaan berperisai. Dalam satu kajian, objek-objek tersebut dipercayai berusia 20,000 tahun yang lampau.
Antikytera Mechanism adalah sistem kalkulator purba yang digunakan untuk mengukur pergerakan bintang dan planet. Dianggarkan ia berusia 80 tahun sebelum masihi. Pembinaan gajet purba ini sungguh sofitikated; gear 30 gigi dengan diameter 9 hingga 132mm, dan berkemampuan untuk melakukan kelajuan dalam pelbagai had.
OBJEK BERPILIN
PAIP BAIGONG
WAFFLE ROCK
SPARK PLUG PURBA
No comments:
Post a Comment