Menghitung Kiamat Part 1

KIAMAT pasti akan berlaku cuma kita tak pasti bilakah harinya. Disini saya membuat sedikit teori berkenaan hari kiamat berdasarkan sumber-sumber yang saya jumpa. Jika ada kesilapan minta diperbetulkan dan tunjuk ajar.

Saya begitu tertarik mengenai kiamat kerana kiamat ni menginsafkan saya, jika saya teringat akan kiamat pasti saya takut untuk berbuat jahat dan menjadi satu motivasi kepada diri saya untuk melakukan kebaikkan ke jalan Allah.

TEORI 1

Seperti yang sedia maklum kiamat tidak akan berlaku sebelum tanda-tanda awal berlaku seperti dalam sabda Rasullullah S.A.W. :

"Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq".

Jika kita buat perkiraan berdasarkan hadis ini, telah menunjukkan tanda-tanda awal kiamat telah lengkap dan kita telah sedia maklum banyak perkara-perkara tersebut telah berlaku dihadapan kita seperti zina berleluasa, orang kaya diagungkan, memakan riba dalam perniagaan, lelaki menyerupai wanita, wanita menyerupai lelaki. Dan yang mengejutkan perkara ini berlaku dalam masyarakat setempat kita sendiri sama ada di kampung atau bandar.

Kita sedar dengan keadaan yang berlaku tetapi kita selalu mengambil sikap tidak mahu jaga tepi kain orang dan mengambil tindakan menutup mata tidak mahu ambil tahu. Jika ada insan yang cuba menegur dikatakan tunjuk alim, kubur lain-lain dan ada yang lebih teruk dipukul kerana menegur perbuatan sumbang yang dilakukan.

Kesimpulannya tanda-tanda ini telah berlaku dan masih lagi berlaku pada zaman sekarang. Dan kita terus sambung kepada teori seterusnya.

TEORI 2

Dalam pencariaan saya tertarik dengan satu hadis ini dari Auf b. Malik r.a., katanya,
"Rasulullah s. a. w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat. "Baginda menyebutkan salah satu di antaranya : Penaklukan Baitulmuqaddis." -Sahih Bukhari,
Dalam hadis ini dikatakan tentang penaklukkan Baitulmuqaddis. Yahudi sekarang terlalu inginkan Baitulmuqaddis disebabkan mereka percaya masih banyak lagi emas yang belum sempat diangkut oleh mereka sejak dulu. Mereka percaya bahawa dengan emas dan makanan mereka dapat menguasai dunia.
Dan lagi satu misi yang lebih penting kenapa orang yahudi mahukan sangat Baitulmaqdis adalah untuk membina semula Solomon Temple yang runtuh semasa serangan oleh Rom dahulu agar dapat menjadi Kiblat penyembah syaitan dan juga sebagai istana kepada Raja yang akan ditabalkan oleh mereka menjelang tahun 2020.
Yahudi terlalu hendakkan baitulmuqaddis disebabkan EMAS, membina semula Solomon Temple dan menunggu penabalan Raja Yahudi iaitu al-Masih Dajjal yang akan bersemanyam di Solomon Temple tersebut.

Seperti yang kita sedia maklum pada Baitulmaqdis ini terletak di Negara Palestin dan tanah Palestin telah dirampas oleh orang yahudi untuk menakluki Baitulmaqdis.

TEORI 3

Hadis ini boleh dikatakan 100% telah terjadi dimana hiburan berleluasa dan banyak kejadian bencana alam, rusuhan dan perubahan muka bumi berlaku.

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab;"Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” - Ibnu Majah
Jika kita lihat keadaan sekeliling pasti ada sahaja hiburan dalam bentuk nyanyian merata-rata samaada di peti televisyen, pusat karoke dan konsert yang menyajikan penyanyi wanita yang seksi. Mungkin kita sedar keadaan ini cuma kita terleka dengan hiburan.
Dalam masa yang sama kita lihat bencana alam berlaku dimana-mana seperti tanah runtuh, banjir, gempa bumi dan sebagainya. Saya pasti anda semua sedar akan hal ini cuma mungkin kita terleka seketika.
Kesimpulannya tanda-tanda ini telah berlaku dan kita teruskan kepada teori seterusnya.
TEORI 4
Terlalu banyak hadis yang menyatakan tentang tanda-tanda kiamat telah berlaku dan saya akui semua tu memang sudah berlaku berdasarkan apa yang saya lihat. Buat masa sekarang saya senaraikan hadis-hadis yang telah berlaku pada zaman sekarang jika ada masa saya cuma rungkaikan lagi.
  1. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” - Riwayat Nasai.
  2. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." -Riwayat Ahmad dan Hakim
  3. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran. - Riwayat Ahmad.
  4. "Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" -Riwayat Thabrani.
  5. "Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad.
  6. "Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - -Riwayat Ahmad.
  7. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
Saya amat yakin sekali saudara/saudari juga akui kesemua tanda-tanda ini telahpun berlaku pada zaman sekarang. Jadi tiada alasan lagi untuk kita menafikan perkara ini dan masanya telah sampai untuk kita menunggu kehadiran tanda-tanda ahkir kiamat.

Kita sedia maklum akan kedatangan tanda-tanda akhir itu tapi bagaimanakah dasyatnya hari tersebut. Jom kita sambung teori berkenaan tanda-tanda akhir kiamat tersebut. Adakah ia sedang berlaku ?

Ikuti sambungannya di Menghitung Kiamat Part 2


No comments:

Post a Comment