Perjalanan Tanda Besar Kiamat

Assalamualaikum, Apa yang saya ingin tulis kali ini adalah gambaran perjalanan manusia menghadapi tanda-tanda besar kiamat. Saya akan mulakan gambaran perjalanan manusia dari peringkat pertama hinggalah saat bumi ini kiamat. Berdasarkan sumber-sumber ceramah yang saya dengar dan rujukan internet dan melihat keadaan semasa dari setiap semua sudut pada waktu sekarang amatlah memeranjatkan saya. Jika ini benar kita baru sahaja memasuki peringkat pertama tanda-tanda besar hari kiamat. Semoga apa yang saya tuliskan ini dapat memberi peringatan kepada semua pembaca.


Semua teori ini berdasarkan daripada sumber-sumber ceramah agama yang saya dengar, hadis-hadis dan sedikit daripada rujukan internet. Jika ada apa-apa teguran atau ada kesilapan sila komen untuk memberi tunjuk ajar 




 PERINGKAT 1 : ASAP KELUAR DARI PERUT BUMI 


Tanda yang pertama ini ialah keluarnya asap, apakah yang dimaksudkan dengan keluarnya asap. Sewaktu hendak keluarnya dajal ini. Allah mengarahkan langit untuk mengurangkan hujan dan ini bermakna jika hujan tidak turun akan berlaku kemarau yang mengakibatkan kebakaran disana sini. Seperti yang negara kita alami pada awal tahun 2014 hujan tidak turun dan kita lihat semua pokok, rumput-rumput kekuningan. Kebakaran disana-sini yang mengakibatkan kebakaran dan jerebu yang tebal.

Asap keluar dari tanah di Yaman


Keadaan itu mengakibatkan semua tanaman dan ternakan mati kerana ketiadaan air dan semua punca pekerjaan juga tiada kerana faktor kebuluran. Waktu itu manusia hidup dalam keadaan daif, miskin, kebuluran dan tiada apa untuk dimakan.

Tiada hujan 

Top 10 Poorest Countries In The World
Kesukaran hidup
Negara kita menjana elektrik melalui sistem hidrolik di empangan, bayangkan jika hujan berkurangan dan tiada air untuk menjana elektrik. Jika ini berlaku negara kita akan menghadapi kesukaran seperti menjana barang elektrik, tiada lagi smartfon, data-data dalam sistem komputer tiada, tiada lagi kipas angin, tiada lagi penghawa dingin dan sebagainya.

Peringatan
Jika kita Google di Internet mengenai empangan di Malaysia, semua menyatakan bahawa air empangan tahun 2014 telah menyusut


Malah kehidupan juga mula mengikut rentak yang berbeza dimana kesukaran untuk makan dan minum, tiada lagi air untuk mencuci, membasuh, dan mengambil wuduk.

Mungkin baru kita terfkir mengenai Tayammun. Tayammum dari segi bahasa ialah qasad (mensahajakan). Tayammum ialah suatu kemudahan yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada umat Islam untuk dilakukan semasa menghadapi keadaan yang menghalang daripada berwudu’ atau mandi wajibdisebabkan ketiadaan air atau kerana sakit bagi mengharuskan melakukan ibadah.

Keadaan berlarutan selama 3 tahun sehingga munculnya dajal. Baca kisah seterusnya di PERINGKAT 2.

 PERINGKAT 2 : KEMUNCULAN DAJAL 

Difahamkan selepas dajal keluar, dia akan memerintah sebuah negara yang berpengaruh dan mempunyai tentera dan senjata yang hebat. Dajal keluar ke muka bumi ini dalam keadaan normal seperti manusia biasa dan menjadi President sebuah negara (tak pasti). Hinggalah dajal mempunyai pengikut yang ramai dan dajal ini mengaku menjadi Tuhan barulah tanda-tanda dajal itu keluar iaitu buta sebelah mata dan perkataan "KAFIR" didahinya.


Peringatan :


3 tahun sebelum itu dajal adalah seperti seorang manusia biasa dan menjadi seorang pemimpin kepada sebuah negara sebelum dajal mengaku dirinya sebagai tuhan. Selepas mengaku dirinya tuhan barulah tanda-tanda kedajalan muncul iaitu (buta mata sebelah dan perkataan KAFIR didahi). Selepas itu barulah dajal akan hidup selama 40 hari dibumi.

Dalam suatu riwayat disebutkan bahwa Dajjal telah dilahirkan 100 tahun sebelum Nabi Musa. Setelah mengacaukan akidah umat Nabi Musa dan umat Nabi Isa, Dajjal bercita-cita ingin menguasai seluruh dunia dengan menciptakan sebuah sistem Tatanan Dunia Baru (NEW WORLD ORDER).


Namun sebelum rencana itu diwujudkan tepatnya pada saat kelahiran Rasulullah, Dajjal di belenggu di sebuah pulau, tempat dimana Ia pernah di selamatkan Allah Swt pada masa bayi dan dibesarkan serta dididik Malaikat Jibril. Namun Dajjal akan dilepaskan kembali setelah wafatnya Nabi Muhammad Saw. Adapun tanda-tanda keluarnya Dajjal sebagai orang sombong di dunia adalah terputusnya pohon kurma Baisan, berkurangnya air danau Thabary, keringnya mata air Zughar, dan banyak terjadi gempa bumi dashyat.

Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya sebelum keluarnya Dajjal adalah tempo waktu tiga tahun yang sangat sulit, dimana pada waktu itu manusia akan ditimpa oleh kelaparan yang sangat. Allah memerintahkan kepada langit pada tahun pertama darinya untuk menahan 1/3 dari hujannya dan memerintahkan kepada bumi untuk menahan 1/3 dari tanamannya. Kemudian Allah memerintahkan kepada langit pada tahun kedua darinya agar menahan 2/3 dari hujannya dan memerintahkan bumi untuk menahan 2/3 dari tanam tanamannya. Kemudian pada tahun ketiga darinya Allah memerintahkan kepada langit untuk menahan semua air hujannya, lalu ia tidak meneteskan setitik airpun dan memerintahkan bumi agar menahan seluruh tanamannya, maka setelah itu tidak tumbuh satu tanaman hijaupun dan semua binatang berkuku akan mati kecuali yang tidak dikehendaki Allah. Para sahabat bertanya, ”Dengan apa manusia akan hidup pada saat itu ?” Beliau Shallallahu alaihi wa sallam menjawab, ”Tahlil, takbir dan tahmid akan sama artinya bagi mereka dengan makanan.[1]
Berdasarkan satu hadis dikatakan bahawa jika Dajjal di bebaskan ke dunia ini, maka dia akan hidup di muka bumi selama 40 hari. 


Selepas dajal keluar semula ke bumi untuk menjadi pemerintah dunia, dajal mempunyai pengikut yang ramai seperti mana yang kita tahu kaum yahudi yang berkerja keras mengeluarkan dajal dari tempat kurungannya.  Kemudian dajal bersama pengikutnya akan pergi ke setiap negara ke negara yang lain untuk menarik manusia pada masa itu menjadi pengikutnya. Jika ada mereka yang tidak mahu jadi pengikutnya maka negara itu akan diserang ataupun dibom oleh pengikut-pengikut dajal mungkin Israel / Amerika.

Dajal akan pergi dari satu negara ke satu negara
menggunakan pesawat perang


Dajal meneruskan perjalanan ke negara lain dan menarik manusia menjadi pengikutnya, jika bersetuju menjadi pengikutnya mereka akan diberi makan yang banyak dan emas-emas sebagai habuan. Menurut satu sumber kaum wanitalah yang paling ramai menjadi pengikut dajal hinggakan ada lelaki yang mengikat isteri dan anak perempuan mereka agar tidak menjadi pengikut dajal.

Famine in Horn of Africa : food distribution point in Somalia's capital Mogadishu

Bayangkan dalam keadaan kebuluran dan daif pada masa itu dajal datang membawa makanan yang banyak untuk diberi kepada manusia yang bersetuju menjadi pengikutnya. Subahanallah, amalkanlah surah al-kahfi sebagai pelindung daripada fitnah dajal.

 PERINGKAT 3 : MATAHARI TERBIT DARI BARAT 


Semasa berlaku keadaan huru-hara yang dilakukan dajal, berlaku terbitnya matahari dari barat. Hal ini berlaku kerana perubahan paksi bumi dimana paksi bumi yang kita tahu kutub utara berada di atas dan kutub selatan berada di bawah. Apabila berlaku perubahan paksi ini akan menjadi terbalik dimana kutub utara berada di bawah dan kutub selatan berada di atas. Anda faham apa yang saya maksudkan ?


Jika kita lihat banyak perubahan musim yang ketara sekarang sajli turun di Tanah Arab, Kutub Utara mula cair, musim sejuk yang tak menentu. Ini menunjukkan bumi telah lari sedikit daipada paksinya. Bagi orang kafir ia adalah fenomena alam biasa, tapi bagi kita umat islam kita percaya dunia hampir pada penghujungnya.

Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.

Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013. Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.

Peringatan :
Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan. Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.





Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini. Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.


 PERINGKAT 4 : TURUNNYA NABI ISA A.S. 

Selepas itu turunnya Nabi Isa dari langit untuk menguatkan lagi ajaran Islam dan melawan dengan dajal, Nabi Isa diturunkan di Damsyik dan akan hidup selama 40 tahun dibumi sebelum beliau wafat. Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Sam’an bahawa Rasulullah bersabda tentang Nabi Isa:

“Beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi, turunlah daripadanya seperti untaian mutiara.”

Lokasi Damsyik
Ummu Syuraik bertanya kepaad Rasulullah s.a.w tentang hari Dajal: “Ya Rasulullah, ke mana orang-orang Arab ketika itu?”

Rasulullah s.a.w menjawab:

“Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki soleh (Imam Mahdi menurut riwayat itu).


“Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimami solat Subuh, tiba-tiba datang Nabi Isa. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang kepada Nabi Isa untuk mengimami solat Subuh itu tetapi Isa a.s sambil memegang bahu Imam itu berkata: “Teruskanlah, sesungguhnya iqamat dibacakan untuk engkau.” Maka sembahyanglah mereka semua di belakang Imam tadi.

“Selesai solat, Isa a.s berkata kepada semua jemaah: “Bukakan pintu itu.” Mereka membuka pintu masjid itu, tiba-tiba Dajal sudah berdiri di situ dan di belakangnya ada 70,000 Yahudi lengkap membawa senjata.

The Israeli army on Friday allegedly detonated two of its espionage devices in southern Lebanon, slightly injuring two passers-by, a Lebanese army spokesman said.
Tentera Yahudi
”Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu, Dajal tiba-tiba saja layu atau cair seperti cairnya garam disirami air. Dajal itu lari terbirit-birit kerana ketakutan. Nabi Isa bersama kaum Muslimin terus saja mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu Luddi (Pintu Ludd). Dan di sanalah Nabi Isa membunuh Dajal itu.


“Orang-orang Yahudi pun akan dikalahkan dan dibinasakan Allah pada waktu itu. Mereka cuba lari dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi akan pandai bercakap atau bercerita dengan izin Allah. Benda-benda dimaksud termasuklah dinding, batu, pokok kayu dan sebagainya. Kalau ada orang Yahudi yang bersembunyi di balik belakang mereka, benda-benda itu akan memberitahukannya.“Wahai hamba Allah yang beriman, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.”. Kecuali pohon Ghorqod, dia itu pohon Yahudi.(nama latin: Nitraria retusa).

Pohon Ghorqod ini dikatakan banyak ditanam di Israel dan mereka 
sedang giat melakukan penanaman pohon tersebut.
Selepas kematian dajal, Islam kembali menang dan Nabi Isa akan menjadi pemimpin kepada umat islam pada waktu itu. Rasulullah s.a.w berkata:

“Isa bin Maryam akan memimpin umatku dengan bijaksana dan adil. Beliau akan menghancurkan salib-salib yang ada di dunia ini dan akan membunuh semua babi. Beliau juga akan menghapuskan cukai. Manusia pada waktu itu tidak perlu membayar cukai, bahkan zakat pun tidak dibayar lagi kerana tidak ada orang yang berhak menerimanya.


“Pada hari itu semua makhluk dalam keadaan aman dan tenteram. Tidak ada saling cemburu, dengki, saling memarahi dan mengganggu antara sesama makhluk Allah. Sehingga ada anak perempuan yang bermain-main dengan harimau dan harimau itu tidak menerkamnya, begitu juga kambing berkawan dengan serigala. Seluruh dunia ketika itu nanti diliputi oleh kedamaian, keamanan dan ketenteraman. Bahkan ketika itu nanti tidak ada pertelingkahan keyakinan dan pendapat. Tidak ada yang disembah selain Allah.

“Orang Arab ketika itu nanti akan merampas kembali semua miliknya. Bumi mengeluarkan cahayanya, menumbuhkan tanam-tanamannya seperti zaman Nabi Adam. Sehingga manusia akan memetik buah anggur dan delima sehingga mereka kenyang memakannya.”

 PERINGKAT 5 : KEMUNCULAN YAKJUJ DAN MAKJUJ 

Selepas kematian dajal dan kemenangan Islam muncul pula Ya'juj dan Ma'juj. Ya’juj dan Ma’juj dalam tradisi keagamaan digambarkan dalam istilah yang tidak jelas. Ada yang menyebutnya sebagai manusia, mahkluk berbentuk raksasa, suatu bangsa atau negeri. Ya’juj dan Ma’juj juga muncul dalam banyak mitos dan cerita rakyat di banyak negara. Walau bagaimanapun, Ya'juj dan Ma'juj seringkali disebut sebagai Gog dan Magog di Dunia Barat.

Gambaran kaum yakjuj dan makjuj

Ya'juj dan Ma,juj sebenarnya adalah manusia,perwatakan ganas, membuat kerosakan, menjahanamkan tamadun yang mereka serang, mengambil makanan tuaian, membunuh, merogol, mereka bergerak dari kawasan utara Asia dan timur Eropah ke selatan dan dari tengah Asia ke barat Eropah. 

Sumber rujukan dari youtube Makjuj dan Makjuj : http://www.youtube.com/watch?v=M9jTRtFKy_M

Menurut hadis, ketika zaman Nabi Muhammad SAW, saiz lubang yang telah dikorek oleh bangsa Yakjuj dan Makjuj adalah sebesar bulatan yang berdiameter lebih kurang 3-inci! Agaknya sebesar manalah saiz bulatan yang telah dikorek oleh mereka ketika ini ya?

Babylon
Dalam sebuah inskripsi yahudi mereka adalah keturunan jafeth atau yafits bin nuh dari dua suku kaum ini menurunkan bangsa cimmeria dan schytia. Keturunan bangsa schytia ini hijrah ke eropa barat yang menurunkan bangsa inggris, amerika serikat, australia, dan bangsa kulit putih afrika selatan dan bangsa cimeria menurunkan bangsa slavia atau eropa timur sekarang seperti rusia, ukraina, dan eropa timur lain. Bangsa ini terkenal dengan angsa pengendali kuda terbaik pertama di dunia dan ada beberapa buku mengatakan bahwa gog magog adalah 10 dari 12 suku bangsa yahudi yang dibuang oleh raja nebukadnezar dari kerajaan babilonia (Babylon).


Kesimpulannya Yajuj dan Majuj ini telah lama hidup di bumi dan telah dikurung di satu lokasi pergunungan. Mereka ini adalah manusia yang hidup pada zaman dahulu yang suka membuat kerosakan dan huru-hara dibumi. Ini bermakna mereka juga hidup pada zaman kita sekarang cuma mereka telah dipisahkan antara tembok yang besar.

Jika lokasi mereka dikurung berada di antara pergunungan maka negara yang banyak pergunungan adalah negara R**** dan menurut sumber kerajaan R**** ini tidak membenarkan pesawat-pesawat untuk melintasi diatas negaranya. Jika perkara ini benar adalah tidak mustahil Yajuj dan Majuj ini akan keluar di R****. Sesetengah pengkaji Islam telah menyatakan bahawa mereka sudah lama terbebas ke dunia luar. Mereka adalah dari kalangan suku kaum Mongol (Yakjuj) dan juga suku kaum Khazar (Makjuj) di selatan Russia! (wallahualam).

Suku kaum Mongol ( Rujukan Internet )
Suku kaum Khazar ( Rujukan Internet )




Untuk pengatahuan semua, masyarakat Mongol dan Khazar (Yakjuj dan Makjuj) sejak turun temurun lagi mengamalkan corak pemakanan yang amat bebas. Mereka akan makan apa sahaja yang mereka mahu seperti ulat, anjing, kucing, labah-labah, katak, ular, kura-kura, daun pokok, usus beruang dan lain-lain (sumber: National Geographic).
Kesan daripada corak pemakanan bebas yang diamalkan oleh bangsa ini telah menyebabkan keadaan mereka menjadi agak berlainan sedikit berbanding bangsa-bangsa yang lain. Sifat mereka dikatakan agak sensitif dan tubuh badan mereka pula jauh lebih kuat berbanding bangsa lain tetapi mudah dihinggap penyakit.

Kemudian Allah SWT wahyukan kepada Nabi Isa a.s., “Aku telah lepaskan makhlukKu (Yakjuj dan Makjuj) yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Oleh itu bawalah hamba-hamba Ku yang bersamamu itu berlindung di Bukit Thursina.”

Lalu Allah SWT mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj, dan mereka akan menggelongsor dari tiap-tiap tempat yang tinggi.”

Peringatan :
Menggelongsor dari tiap-tiap tempat tinggi = Menggelongsor daripada atas pergunung ke kaki gunung

Ushba,caucasus Mountains,georgia
Pergunungan Kaukasian, Georgia
Menurut satu sumber jumlah mereka terlalu ramai pada masa itu jika mereka minum satu tasik air maka tasik itu menjadi kering dan hanya kaum Makjuj dan Makjuj yang boleh mengalahkan tentera islam, kerana yakjuj dan makjuj bersifat ganas dan keadaan fizikalnya yang besar dan gagah. Walaubagaimanapun kaum ini berjaya dibunuh seperti hadis ini :

Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung di bukit itu , sehingga seekor kepala lembu menjadi lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu (sehingga kekurangan makanan).

Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Yakjuj Makjuj binasa). Lalu Allah mengirim ulat menyerang leher Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya bergelimpangan mati sekaligus.


Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat terluang walaupun sejengkal, melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah Nabi Isa dan rakan-rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah, kemudian Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti cermin (kaca).


Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; “Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!” Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya.

Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat;- (Riwayat Muslim)

 PERINGKAT TERAKHIR : GEMPA BUMI KUAT 


Selepas kisah Yajuj dan Makjuj membuat huru-hara di muka bumi tamat. Manusia ketika itu hidup kembali seperti biasa dan kali inilah berlakunya kiamat. Daripada Nawas bin Sam’an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata:-

Nabi s.a.w bersabda lagi: “Semasa manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan yang tersebut tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang baik lalu mengambil nyawa tiap-tiap orang yang baik – mukmin dan muslim, dan tinggallah sahaja orang-orang jahat dengan keadaan bercakaran sesama sendiri dan berhubung jenis seperti haiwan, maka pada zaman mereka inilah berlakunya hari kiamat.”

Gambar Hiasan
Kali ini adalah hari Kiamat akan berlaku dimana Allah menghantar sejenis angin untuk mencabut nyawa orang-orang mukmin dari pelusuk bumi samada di bandar, kampung atau di dalam hutan sekalipun dan yang tinggal hanyalah orang kafir. Difahamkan pada waktu ini ditiupkan sangkala yang ke-dua untuk menghancurkan bumi dan hanya orang kafir yang melihat dan merasai kedasyatan hari kiamat. 
Pada waktu itu gempa bumi berlaku sebanyak tiga kali yang pertamanya di bahagian Timur, yang keduanya di bahagian Barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab.


Gempa bumi yang berlaku itu adalah menghancurkan kesemuanya dimana gunung ganang hancur, tanah-tanah terbelah dua, manusia pada ketika itu dalam keadaan yang huru-hara. Anak yang sedang meyusu akan ditinggalkan, dan tiada lagi yang lebih bermakna ketika itu selain amalan yang kita buat.
Manusia ketika itu mati akibat kebinasaan hari kiamat yang dasyat dan tiada seorangpun yang hidup. Selepas bumi kiamat dan manusia mati. Allah perintah kepada malaikat Izrafil supaya mencabut nyawa para malaikat, dan juga nyawa malaikat Izrafil itu sendiri.

Pada ketika itu tiada satu makhlukpun yang hidup kecuali Tuhan yang satu Allah S.W.T. 

alt

Sepertimana yang Allah janjikan kiamat itu pasti, dan segala teori tentang kiamat berdasarkan Al-Quran dan Hadis telahpun benar-benar berlaku.

Tujuan penulisan ini hanya sebagai gambaran perjalanan kita hingga hari  kiamat. Pada hari saya menulis ini (11.4.2014) dikatakan 8 orang Ulama telah bermimpi yang dajal telah keluar ke bumi dan perkara ini tidak mustahil dengan keadaan cuaca yang tidak menentu seperti mana  PERINGKAT 1 yang saya ceritakan. Jika tahun hadapan jumlah hujan berkurangan..... anda fikirkanlah.

Jika benar ini berlaku bermakna ini adalah tahun pertama dajal keluar dari bumi dan ada lagi dua tahun sebelum dajal mengaku sebagai tuhan seperti mana PERINGKAT 2.

Sedarlah sahabat semua, tanda-tanda kecil kiamat telah lengkap dan sekarang ( tahun ini ) waktu untuk kita berhadapan dengan tanda-tanda besar kiamat. Apakah tanda-tanda besar ini sudah berlaku, anda sendiri fikir-fikirkan sepertimana teori yang saya tulis.

Akhir zaman ini ( tahun ini ) manusia semuanya lalai dengan dunia seperti hiburan, lalai dengan smartfone, lalai mencari duit, sedangkan kita telah didedahkan dengan perkara seperti bencana alam, perubahan muka bumi, di Malaysia sendiri dikejutkan dengan cuaca panas yang luar biasa, hujan turun berkurangan, tiba-tiba musim bunga di Malaysia.

Ini hanya gambaran dan perkiraan saya dimana dajal akan hidup muncul 3 tahun selepas bumi ini dilanda krisis kebuluran. Selepas munculnya dajal akan turunnya Nabi Isa A.S. dan akan hidup selama 40 tahun menurut hadis yang sah.

Jika sekarang 2014 tanda-tanda besar kiamat mula berlaku, maka sekitar 2017 akan munculnya dajal. Kemudian akan turunnya Nabi Isa A.S. mungkin sekitar tahun 2017, 2018, 2019, 2020 ( hanya teori ). Dan menurut hadis Nabi Isa akan hidup selama 40tahun. Jika tahun itu adalah 2018 maka tahun terakhir dibumi adalah tahun 2058. Menurut hadis Nabi Isa akan menghadapi tentera dajal dan juga yakjuj dan makjuj. Maka dalam masa 40 tahun itu akan berlaku kesemua tanda-tanda besar kiamat. Selepas semua itu berlaku akan berlaku gempa bumi yang memusnahkan bumi.

Apa yang saya nyatakan hanyalah sekadar teori dan sesungguhnya Kiamat itu adalah rahsia Allah, Dia yang lebih Maha Mengetahui.

Saya juga tidak menafikan jika kita sedang melalui tanda-tanda besar kiamat. Sama-samalah kita beramal ibadat dan sujud kepada Allah. Waallahualam.

No comments:

Post a Comment