23 September 2025

Kisah Catur , Mobile Legends Dan Dam Haji

Catur
 
CATUR adalah satu permainan ala-ala pemainan games Mobile Legend yang telah berkurun lama dimainkan. Ada sumber mengatakan catur berasal dari Iran kuno. Apa yang menariknya tentang permainan catur ini ialah darisegi taktikalnya. Sumber dari wikipedia kata catur diambil dari kata bahasa Sanskrit berbunyi sama (चतुर) yang bererti "empat".

Jika zaman sekarang kita ada mobile strategi games seperti mobile legend, akan tetapi permainan catur adalah salah satu permainan ala-ala mobile legend yang dimainkan pada waktu dahulu. Biji catur juga mempunyai watak, peranan dan taktikalnya.

Barisan hadapan sekali adalah Tentera yang berkawal digarisan sempadannya, kemudia mempunyai Tembok sebagai pertahanan kubu, Pemanah yang sentiasa mengwasi pergerakan masuk musuh, Tentera Berkuda yang sentiasa aktif bergerak, Permaisurinya juga memainkan peranan penting, Raja yang sentiasa dikawal ketat oleh pasukannya.

Pergerakan Permainan
Tentera : 1 Tapak kehadapan
Tembok : Melintang / Menegak
Pemanah : Menyerong
Kuda : Langkah L
Permaisuri : Melintang / Menyerong / Menegak
Raja : 1 Tapak

Permainan akan tamat setelah Raja chekmate tidak boleh bergerak kemana-mana. Mungkin inilah yang dimainkan oleh kanak-kanak pada zaman dahulu yang tiada teknologi seperti video games dan telefon bimbit.

Mobile Legend

Kita juga mempunyai permainan yang hampir sama dengan perminan catur iaitu permainan Dam Haji. Permainan Dam Haji sangat popular di Malaysia kepada semua lapisan umur. Cuma permainan Dam Haji ini tidak seperti permainan catur dan agak ringkas dan tiada watak dan peranan pada biji permainan. Tapaknya sama seperti catur dan pergerakan biji adalah menyerong. Permainan Dam Haji akan tamat selepas pemenang berjaya makan kesemua biji pihak lawan.

Dam Haji




No comments:

Post a Comment