24 September 2025

Kuih Muih Tradisional Melayu


BILA sebut pasal makan siapalah yang tidak suka, sudah pasti semua orang gemar menikmati juadah tradisional kita. Banyak kuih muih tradisional yang diwarisi sejak zaman berzaman. Bukan itu sahaja, orang melayu juga mahir mengolah cipta kuih-muih mengikut peredaran zaman.

Lihat sahaja dibazar Ramadhan, bermacam aneka kuih-muih dari zaman dahulu hingga lah kuih muih yang terkini. Betapa kreatif orang-orang melayu dalam menghasilkan kuih muih yang menarik dan sedap rasanya.

Bukan mudah sebenarnya nak menghasilkan kuih-muih ini, ia memerlukan kesabaran, ketelitian, masa dan tenaga untuk hasilkan. Rata-rata kuih-muih ini dihasilkan secara homemade dirumah dan bukannya dari kilang. Oleh itu mereka akan bermula dari awal pagi sebelum subuh lagi dah bangun untuk mengadunkan bahan kuih muih sehingga memasaknya. Malah ada yang bersengkang mata dari malam hari demi memenuhi permintaan kuih-muih tempatan.

Teruslah menyokong kuih-muih tradisional tempatan agar dapat membantu ekonomi mereka yang berjuang menghasilkan kuih muih tradisional.


Antara senarai kuih-muih tradisional yang dapat ditulis, Jika ada lagi sila tulis diruangan komen.

Akok

Akok berlauk

Apam hitam manis

Apam tepung beras

Apit-apit (kuih)

Asam gumpal

Badak berendam

Bahulu

Kuih batang buruk

Beluda

Bengkang berkuah

Bengkang gandum

Bengkang ubi

Biskut Kulat

Bebola bijan

Kuih buah bidara

Buah rotan

Buah tanjung

Bubur sum-sum

Karipap

Kuih cincin

Kuih cucur badak

Kuih denderam

Kuih Loyang

Halua

Jala mas

Jemput-jemput bilis

Jemput-jemput bawang

Jemput-jemput pisang

Jemput-jemput udang

Kuih jongkong

Keria (kuih)

Kuih keseri

Ketupat palas

Kuih koci

Kolukattai

Kuih Apam

Kuih bakar

Kuih bangkit

Kuih bronok

Kuih bunga pundak

Kuih butir nangka

Kuih cek mek molek

Kuih Ge'teh

Kuih getas

Kuih gunting

Kuih Jeram-jeram

Kuih karas

Kuih keramat

Kuih limas

Kuih lopes

Kuih peria

Kuih pinjaram

Kuih puli ubi kayu

Kuih sarang semut

Kuih tako

Kuih Tat

Kuih tepung kapur

Kuih seri kaya

Kuih tok aji serban

Kuih lapis

Lemang

Kuih lepat

Lepat jagung

Lepat pisang

Kuih lompang

Lompat tikam

Mas sejemput

Nagasari

Nekbat

Kuih ocong-ocong

Onde-onde

Pau (kuih)

Pauh dilayang

Pengat

Pengat labu

Pengat nangka

Pengat pisang

Pengat ubi kayu

Putu buluh

Putu piring

Kuih rokong golong

Kuih serabai

Kuih siput

Kuih sopang

Tahi itik

Tart nangka

Tepek

Tepung pelita

Talam

Wajik


No comments:

Post a Comment