Istimewanya hari Jumaat Keliwon


Dalam masyarakat Jawa, dalam banyak-banyak hari Jumaat, ada satu hari yang dipanggil Jumaat Keliwon. Bagi masyarakat Jawa, hari Jumaat Keliwon adalah penghulu segala hari Jumaat. Dan ianya sangat baik untuk membuat sesuatu perkara, seperti beramal, atau untuk menuntut ilmu dunia atau ilmu akhirat.

Istimewanya hari Jumaat Keliwon:

1. Kalau hujan turun pada malam Jumaat Keliwon, air hujan itu ditadah dalam mangkok di halaman rumah dan air itu elok untuk dijadikan "air penerang hati".

2. Kalau ada orang yang meninggal pada hari ini, kuburnya terpaksa dijaga siang dan malam hingga 40 hari, kerana takut digali semula oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab untuk diambil kain kapan, lidah, dsbnya untuk dijadikan tangkal untuk membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT, seperti merompak, sihir, dan lain-lain. (Perkara khurafat).

3. Elok untuk memulakan amalan-amalan seperti wirid dan zikir, atau membuat sembahyang hajat.

4. Diperkatakan juga pada malam Jumaat Keliwon orang yang mengamalkan ilmu sesat ini menjalani kelas praktikum ilmunya buat pertama kalinya. Sekiranya gagal, dia akan menunggu sehingga berjumpa lagi malam Jumaat Keliwon. Mereka gagal kerana diganggu oleh hantu-hantu topeng, hantu kelambu dan lain-lain yang saya pun tidak berapa tahu. Dan sekiranya mereka melepasi ujian itu, pada akhirnya mereka akan diuji dengan hantu yang berupa perempuan yang sangat cantik, di sinilah kadangkala pengamal akan gagal dalam ujian ini.

No comments:

Post a Comment