Adat Orang Jawa Urus Kematian


MASYARAKAT Jawa mempunyai satu sistem atau cara tertentu untuk menyempurnakan sesuatu kematian. Sebaik sahaja berlakunya sesuatu kematian, ahli keluarga akan memberitahu imam atau Kiai untuk menguruskan kematian. Kemudian mereka akan menyebarkan berita tersebut kepada seluruh kampung termasuklah ahli keluarga yang jauh.

Ahli masjid akan mengetuk gentung atau beduk untuk memberitahu tentang kematian. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab masyarakat kampung supaya menziarahi si mati. Selepas tersebarnya berita tentang kematian, rumah si mati akan dikerumi saudara-mara dan sahabat handai. Terdapat juga segelintir masyarakat jawa yang meletakkan sebilah kacip pinang melintang dari kiri ke kanan si mati adalah dipercayai kacip dapat menghalang mayat daripada dilangkahi hantu syaitan. Di bahagian hadapan katil pula diletakkan sebuah bekas bara api yang senantiasa berasap dengan membakar serbuk harum kayu setanggi atau kayu gaharu dengan menggunakan sabut kelapa.
Kedua-dua jenis kayu ini dibakar selagi mayat berada di atas rumah. Mengikut adat masyarakat Jawa, kayu setanggi dan gaharu yang dibakar selama tiga hari tiga malam walaupun si mati telah dikebumikan dapat mewangikan keadaan rumah serta sekali gus dapat menghalang hantu syaitan yang mungkin mengacau si mati tersebut.

No comments:

Post a Comment