Budaya Perkahwinan Orang Jawa


MELALUI adat perkahiwnan kebanyakan jodoh anak-anak ditentukan oleh ibu bapa dan kebiasaannya ibubapa tidak begitu cerewet. Ibu bapa daripada pihak lelaki akan memilih perawan yang mempunyai sifat yang terpuji seperti lemah-lembut, bersopan santun, menghormati orang tua dan rajin bekerja. Ibu bapa daripada pihak perempuan pula akan memilih teruna yang mempunyai sikap ringan tulang, pandai dalam soal agama, menghormati orang tua dan tahu tanggungjawab terhadap keluarga. Apabila ibu bapa daripada pihak lelaki bersetuju, mereka akan menghantar wakil yang terdiri daripada mereka yang mengetahui selok-belok dalam adat merisik.


Rewang
Apa yang menarik dalam masyarakat Jawa, mereka akan membuat pelbagai jenis kuih untuk dijamukan kepada saudara-mara atau sahabat handai yang datang ke majlis tersebut. Masyarakat Jawa memastikan semua saudara mara atau sahabat yang datang dijamu dengan sempurna. Boleh dikatakan sepanjang hari mereka akan dijamukan dengan makanan ringan. Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya tuan rumah tidak menyediakan makanan ringan kepada saudara-mara dan akan menjadi sebutan masyarakat setempat selepas kenduri kelak. Masyarakat Jawa akan melakukan kerja secara gotong-royong atau lebih dikenali sebagai rewang dalam bahasa Jawa. Oleh itu, segala kerja menjadi ringan sebelum ketua dilantik.

No comments:

Post a Comment