PAKAR antropologi Amerika yang ternama, Clifford Geertz, pada tahun 1960-an membahagikan masyarakat Jawa kepada tiga kelompok iaitu kaum Santri, Abangan dan Priyayi. Menurutnya kaum Santri adalah penganut agama Islam yang taat, kaum Abangan pula adalah penganut Islam secara nominal atau penganut Kejawen, sedangkan kaum Priyayi adalah kaum bangsawan. Priyayi atau berdarah biru dalam kebudayaan Jawa merupakan istilah untuk menerangkan suatu kelas sosial yang mengacu kepada golongan bangsawan. Suatu golongan tertinggi dalam masyarakat kerana memiliki keturunan dari keluarga kerajaan.
Golongan priyayi tertinggi disebut Priayi Ageng (bangsawan tinggi). Gelaran dalam golongan ini adalah berdasarkan tinggi rendahnya suatu kehormatan• Terdapat beberapa gelaran dari yang tertinggi hingga dengan hanya satu gelaran saja iaitu Raden. Gelaran bagi seorang priyayi juga meningkat seiring dengan usianya. Misalnya ketika seorang anak lelaki lahir diberi nama Bomantara, ia bergelar Raden Mas. Nama penuhnya ialah Raden Mas Bomantara.• Ketika menginjak akil baligh gelarannya bertambah satu kata menjadi Bandara Raden Mas, ketika menapak dewasa (18 atau 21 tahun) bertambah lagi menjadi Bandara Raden Mas Aryo. Pada saat dewasa dan telah memiliki jawatan dalam hierarki kebangsawanan, ia akan memiliki gelaran yang berbeza dari gelaran yang telah dimilikinya. Misalnya apabila menduduki jawatan pemimpin ketenteraan maka gelarannya akan berubah menjadi Gusti Pangeran Adipati Haryo. Dan setiap kedudukan yang dipimpininya akan memilki gelaran tambahan atau gelaran yang berubah nama.
Dalam menjalani kehidupan seharian, masyarakat Jawa mempunyai beberapa sistem. Setiap kehidupan mereka diketuai oleh seorang ketua. Ketua memainkan peranan yang penting dalam menjalani kehidupan dalam kerukunan masyarakat Jawa. Antara ketua yang penting dalam masyarakat Jawa ialah Lurah dan Kiai.
Lurah atau lebih dikenali sebagai penghulu dalam masyarakat Jawa mempunyai tanggungjawab dan memikul amanah yang besar bagi memastikan keselesaan penduduk kampung. Lazimnya pemilihan Lurah adalah berdasarkan kebolehan, pengalaman, keturunan dan pengetahuan dalam agama. Secara khususnya, pelantikan Lurah akan dilakukan secara pungutan suara. Jika tiada, jawatan Lurah akan diberikan kepada orang lain yang mempunyai kebolehan yang sama. Menurut masyarakat Jawa tradisional, jawatan Lurah dibantu oleh beberapa orang pembantu atau lebih dikenali sebagai perabot Desa.
Lurah atau lebih dikenali sebagai penghulu dalam masyarakat Jawa mempunyai tanggungjawab dan memikul amanah yang besar bagi memastikan keselesaan penduduk kampung. Lazimnya pemilihan Lurah adalah berdasarkan kebolehan, pengalaman, keturunan dan pengetahuan dalam agama. Secara khususnya, pelantikan Lurah akan dilakukan secara pungutan suara. Jika tiada, jawatan Lurah akan diberikan kepada orang lain yang mempunyai kebolehan yang sama. Menurut masyarakat Jawa tradisional, jawatan Lurah dibantu oleh beberapa orang pembantu atau lebih dikenali sebagai perabot Desa.
Perabot Desa pula boleh dibahagikan kepada beberapa peranan seperti Jongkok (pembantu Lurah), Jarik Wakil (kerani), Kamitua (bendahari) Kebayan (pesuruh), Kaum (pegawai agama), Djagabeya atau Kepetegan (polis atau jaga) dan Andjir (pegawai air). Kiai terdiri daripada kaum lelaki yang berpengetahuan dalam bidang agama dan soal kemasyarakatan. Kiai bertanggungjawab untuk menjadi imam dalam sembahyang berjemaah. Selain itu Kiai juga bertanggungjawab untuk memulakan doa dalam majlis kenduri doa selamat atau sebagainya. Kiai juga sering kali menjadi penceramah apabila menyambut Maulud Nabi. Peranan yang dimainkan oleh Kiai dalam masyarakat Jawa juga penting dalam hal pengurusan pentadbiran. Sekiranya Lurah tiada, Kiai ditugaskan untuk mentadbir masyarakat Jawa dalam hal-hal yang berbangkit sama ada mengenai keduniaan atau akhirat. Masyarakat Jawa memandang tinggi akan Kiai kerana kebolehannya dalam segala segi sama ada yang berkaitan dengan keduniaan atau keakhiratan.
Terdapat juga dalam kalangan Kiai yang bertanggungjawab dalam mengubati pesakit. Masyarakat Jawa meletakkan peranan Kiai dalam menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk menjampi air yang akan diminum oleh pesakit. Air yang dijampi itu dipercayai mampu menyembuhkan penyakit tersebut. Dalam hal kematian, Kiai berperanan sebagai imam untuk sembahyang jenazah. Ini adalah sebagai tanda penghormatan ke atas Kiai yang memainkan peranan yang cukup penting dalam adat kematian. Selain itu, Kiai juga akan mengiringi jenazah sehingga ke kawasan perkuburan. Kiai akan membacakan talkin dengan nada yang lantang. Ini bertujuan untuk mengingatkan si mati dan orang yang masih hidup apabila disoal malaikat kelak.
No comments:
Post a Comment