MENURUT Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu muka surat 1026, Jawa adalah salah sebuah pulau dalam Kepulauan Indonesia. Keluasan pulau ini ialah 131 350 km persegi termasuk Pulau Madura dan pulau-pulau kecil lain. Jawa mempunyai penduduk yang paling padat di Asia Tenggara iaitu sekitar 120 juta. Terdiri daripada lima kawasan iaitu Jawa Barat, Jawa Tengah, Jawa Timur, Daerah khusus Ibu Kota Jakarta dan Daerah Istimewa Yogyakarta. Kebudayaan Jawa yang asli dari masyarakat-masyarakat di pulau Jawa sudah berlaku selama berpuluh-puluh generasi. Ini bermaksud kebudayaan ini amat kaya dalam unsur-unsur kebudayaan universal seperti sistem organisasi sosial, pengetahuan, kesenian, bangsa dan bahasa. Setelah berpuluh-puluh generasi, kebudayaan Jawa ini tumbuh dari gagasan-gagasan tentang pergaulan antara manusia dan pandangan dunia sehinggalah terciptanya benda-benda yang memantulkan identiti konkrit tentang masyarakatnya.
Sejarah Masyarakat Jawa

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment