Cara Bermain Kuda Kepang




Kuda kepang ini telah berlangsung di Parit Raja, Batu Pahat, Malaysia pada 14hb. September 2012 yang lalu. Program ini dianjurkan oleh UTAG Crew dan dipantau oleh En. Shahrun Kamaruddin.. Program ini adalah program mingguan yang dijalankan oleh pihak UTAG Crew.

Cara Bermain Kuda Kepang

Kuda kepang dipersembahkan dan dimainkan di tempat terbuka seperti di atas pentas yang besar. Sebelum tarian bermula, tok bomoh akan membakar kemenyan dan membaca jampi untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda. Beliau mengunakan telur mentah, bunga, rumput, dan air untuk persembahan. Dikawali oleh seorang "danyang" yang melecutkan pecut untuk menentukan rentak tarian, setiap penari akan naik ke atas kuda masing-masing. 

Apabila muzik mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh "danyang" itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan dan agak membosankan. Setiap penari akan menunggang dan memacu kuda menurut pola yang ditentukan oleh rentak dan irama lagu itu. Ketika muzik semakin pantas,kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Kekadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya. Penari-penari boleh melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat melompat-lompat setinggi enam kaki dan sebagainya. Semasa penari dalam keadaan sedemikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak.Kononnya jika alunan muzik tidak rancak, penari-penari akan menerkam atau menendang pemain muzik seakan-akan kuda yang sedang berang. 

Penari-penari menari selama dua jam sehingga mengalami keadaan bersawai, terpukau dengan kehebatan pergerakan-pergerakan mereka. Ketika mabuk, mereka kekadang akan bermimpi menunggang kuda yang benar-benar sambil menari -nari dengan iringan muzik. Disebabkan itu, mereka mencuba mengejar muzik itu. Keadaan itu dipanggil "naik syeh". Jika keadaan liar dan bertambah tidak dapat dikawali, tok bomoh akan mengarahkan pengawal-pengawal yang ditempatkan disetiap sudut gelanggang untuk menangkap dan merebahkan mereka ke tanah dan tok bomoh akan membaca jampi untuk memulihakn mereka. 

Bilangan Pemain Kuda Kepang 

Pemain kuda kepang memerlukan sekurang-kurangnya 25 orang iaitu 9 orang penari, 5 orang pemain muzik, 2 orang bertindak sebagai 'bomoh pemulih', 9 -15 orang penjaga kawasan. Bagaimanapun dalam satu persatuan, jumlah ahlinya adalah sebanyak 40 orang. Seorang daripada penari-penari bertindak sebagai pemimpin yang dipangil 'danyang'. Bilangan kuda kepang yang digunakan ialah sekurang-kurangnya 9. 

Fungsi Kuda Kepang 

Pada mulanya, ini hanya permainan biasa seperti "sepak raga". Namun sambutan daripada penduduk tempatan menyebabkan ia berkembang dari sebuah kampung ke kampung lain. Pada zaman sekarang, tarian ini biasanya dipertunjukkan dimajlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang kenamaan, meraikan majlis perkawinan, dan pada hari-hari perayaan.

* Bukan pemain kuda kepang je yang "naik syeh" ada sesetengah kes penonton juga tiba-tiba boleh "naik syeh" tapi tiada apa-apa kemalangan jiwa yang berlaku.

No comments:

Post a Comment