Sejarah Meru Klang




Kampung Meru mula diteroka sekitar tahun 1901. Kumpulan peneroka ini adalah dari keturunan orang Jawa yang tinggal di Batu Belah.

Bermula, dari hutan belantara, kumpulan peneroka mi menebang dan membersihkannya untuk dijadikan tempat bercucuk tanam. Mereka menanam tanaman kontan, buah-buahan serta sayur-sayuran. Pondok-pondok mula didirikan sebagai tempat berteduh dan akhinya dijadikan sebagai penempatan kekal.

Lebih kurang 10 tahun selepas di teroka, penduduk semakin ramai dan bertambah iaitu sekitar 50 keluarga. Kampung yang baru di buka memerlukan seorang pemimpin, oleh itu pada tahun 1911 Tn Hj Mohamad Shariff telah di lantik sebagai Ketua Kampung yang pertama. Beliau merupakan ketua kumpulan peneroka.

Nama Meru telah dipilih bersempena nama sebuah gunung di Tanah Jawa iaitu Gunung Mahameru yang mana ianya merupakan daerah asal kumpulan peneroka Kampung Meru. Penduduk Kampung Meru mula bertambah dari sehari ke sehari. Kumpulan peniaga keturunan Cina mula berhijrah ke Kampung Meru dan di ikuti oleh buruh keturunan kaum India.

Pada tahun 1916, masjid Kampung Meru mula didirikan ditapak masjid lama yang ada sekarang. Pada tahun 1917 penduduk Kampung Meru membuka tanah perkuburan yang terletak di Kampung Hj Mohamad Sharif.

Pada tahun 1918 Sekolah Melayu Sungai Binjai didirikan di tapak Sekolah Rendah (J) Kebangsaan Cina yang ada sekarang. Pada tahun 1924 nama sekolah ini di tukar kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai dan berpindah ke tapak Pusat Kesihatan Meru. Atas dasar keperluan sekolah ini terpaksa berpindah ke tapak yang ada sekarang.

Bangunan lama sekolah ini telah dijadikan Sekolah Rendah Agama Meru pada, tahun 1955. Pada, tahun 1982 Sekolah Menengah Meru telah didirikan untuk kemudahan pembelajaran peringkat menengah anak-anak tempatan Kampung Meru, Kampung Bukit Kapar dan Kampung Budiman.

Daripada sebuah kawasan perkampungan kecil 100 tahun lalu, kini kampung Meru telah berubah wajah menjadi sebuah pekan yang amat pesat membangun. Kini kampung meru memiliki segala kemudahan dan infrastruktur seperti sekolah, masjid, surau, klinik, bank lebih 40 buah taman perumahan dan sebagainya.untuk kemudahan penduduk.

Kebanjiran dan pertambahan jumlah penduduk serta kepesatan pembangunan Kampung Meru adalah seiringan dengan pencapaian status Selangor Negeri Maju tahun 2005. Kampung Meru akan terus mengekalkan azam untuk meneruskan kejayaan yang dicapai di masa akan datang ke arah menjadikan Kampung Meru sebagai kampung yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

1 comment: