Sengkang Ledang



SENGKANG- Sengkang adalah sebuah pekan terpencil yang terletak dikawasan dun Bukit Gambir daerah Ledang Johor. Majoriti penduduk sengkang adalah melayu dan cina. Jarak Bandar Baru Bukit Gambir ke Sengkang lebih kurang dalam 10km. Sengkang adalah sebuah perkampungan pertanian dimana sumber pencarian penduduk dikawasan Sengkang ialah pertanian seperti tanaman sawit, getah, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Menurut satu sumber asal usul nama Sengkang ini diperoleh ketika pembukaan perkampungan ini. Pada masa pembersihan hutan dan penebangan pokok sewaktu membuka perkampungan ini ada seorang lelaki cina bernama Seng Kang telah mati akibat dihempap pokok, oleh hal itu masyarakat setempat telah menamakan Sengkang untuk perkampungan tersebut.

Sengkang mempunyai sebuah pekan kecil yang terletak di Batu 19 yang merupakan tumpuan penduduk sekitar membeli barangan dapur, alatan pertukangan dan bengkel motorsikal. Sengkang juga mempunyai sebuah sekolah rendah ( Sek.Keb.Sengkang ) dan sekolah agama ( Sek.Agama.Sengkang ) yang terletak di Kampung Sri Menanti. Sengkang mempunyai kawasan yang luas dan mempunyai beberapa buah kampung seperti :
  • Kampung Sri Melaka
  • Kampung Sri Cantik
  • Kampung Sri Menanti
  • Kampung Sri Paya
  • Kampung Sri Labis
  • Kampung Sri Baka
  • Kampung Dato Ngah
  • Kampung Parit Kassim
  • Kampung Parit Babok
  • Kampung Bt 20
  • Kampung Bt 18
  • Pekan Bt 19 Sengkang
Kalau dahulu Sengkang adalah jalan mati sekarang sebuah projek kerajaan pembukaan jalan baru sengkang-Kampung teratai. Orang ramai yang menggunakan laluan Bukit Gambir ke Bukit Kepong di sini bukan hanya dapat menjimatkan petrol malah menyingkatkan lagi masa perjalanan dengan pembukaan jalan baru Sengkang-Kampung Teratai.

Laluan sepanjang 10.8 kilometer itu jauh lebih singkat berbanding jalan lama sepanjang kira-kira 30 kilometer yang perlu melalui pekan Kundang Hulu dan Gersik. Laluan tersebut juga menghubungkan antara pekan Bukit Gambir ke Segamat. Asalnya ia jalan tanah merah bagi kegunaan pekerja ladang dan penduduk kampung, kini jalan Sengkang-Kampung Teratai dinaik taraf untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada orang ramai.


Gambar-Gambar Setempat
Aktiviti Sepak Takraw
Aktiviti korban
Gotong-royong masjid jamek Sri Menanti
Aktiviti futsal
Aktiviti rewang
Merewang
Aktiviti barbeku
Friendly bola antara Senior VS Junior Sengkang
Aktiviti pasang pelita hari raya
Aktiviti Marhaban
Perasmian Jalan Sengkang-Segamat
Program Berkhatan Beramai-ramai



2 comments:

  1. sejarang sengkang dari nama org cina tu salah...buat kaji selidik betul2..pergi tanya org lame di situ..pergi ke warung busu sani..tanye oner warung tu sejarah sengkang dan siapa yg bula perkampungna itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ENGKAU NI ASAL NAMA CINA JE TERUS TAK BOLEH TERIMA. HAHAHA

      Delete