Cara Nak Kaya Mudah

KEKAYAAN adalah impian semua orang, ada yang kaya dengan wang ringgit, ada yang kaya dengan harta benda bak kata pepatah petik je semua dapat. Ada yang kerja dari pagi sampai malam bekerja keras untuk mencari kekayaan, ada juga yang membuat kerja-kerja mudah untuk kaya seperti menipu, mencuri dan merompak. Ini menunjukkan semua orang nak kaya atau hidup senang.

Tetapi, tak semua orang dapat apa yang mereka inginkan. Ada sesetengah dah bekerja keras pagi sampai malam tetapi masih tak kaya-kaya jugak hidup pulak semakin tunggang-langgang. Ada sesetengah pula kerja setengah jam sudah kaya, bukan dia cari duit tapi duit cari dia. Dan yang lebih parah sanggup membunuh, merompak, berjudi untuk mencari kekayaan mudah.

Darimana munculnya perasaan ingin kaya ni ?. Semua ini datang daripada pelbagai aspek antaranya :

  • Ingin memberi keselesaan kepada keluarga
  • Ingin keluar dari kemiskinan
  • Keinginan untuk hidup mewah
  • Cemburu lihat rakan-rakan hidup mewah
  • Ingin sentiasa menjadi orang sentiasa menang ( tak nak kalah )
  • Ingin membantu orang susah
  • Memang dah biasa kaya
Selalunya perasaan-perasaan inilah yang membawa kepada kekayaan. Persoalannya adakah kekayaan memberi kesenangan hidup?. Kita lihat ada orang kaya yang hidup senang dan ada juga orang kaya yang hidup susah. Yang kita lihat secara kasar orang yang pakai kereta mewah, rumah besar, perhiasan emas pasti mereka hidup senang.

ORANG KAYA YANG SUSAH
Orang kaya seperti ini memang dia kaya dari segi wang ringgit atau harta yang melimpah ruah, tetapi hidup susah. Bayaran kereta tertunggak, rumah kena lelong, keluarga pula tunggang-langgang. Bila datang ke office muka masam, bila balik rumah pula lupakan tanggungjawab pada keluarga, nak beribadatpun sampai lupa. Hal ini terjadi mungkin kerana perniagaan jatuh, turun pangkat atau mulfis. 

ORANG KAYA YANG SENANG
Orang sepeti ini kaya dengan wang ringgit dan harta yang banyak, keluarga pula bahagia. Di luar pula disayangi pekerja dan rakan-rakan. Bila berniaga pula untung mencurah-curah setiap hari pergi kemana-mana pasti disenangi orang. Ada masa bersama keluarga dan juga beribadat.

ORANG SUSAH YANG SUSAH
Orang seperti ini mereka adalah dari golongan susah yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Bekerja dari pagi sampai malam sebab nak jadi kaya tetapi masih hidup susah, cuba untuk berniaga tetapi tak sampai sebulan dan lingkup. Bila balik rumah marah isteri dan anak-anak, nak beribadatpun tak ada masa sebab sibuk cari duit.

ORANG SUSAH YANG SENANG
Orang ini hidupnya susah bekerja di kilang atau makan gaji atau menjual tin-tin kosong atau surat surat khabar lama. Rumah pula usang, tetapi ada keluarga yang bahagia dan sentiasa ada masa untuk beribadat.

Kesimpulannya adakah kekayaan dapat menjamin kebahagiaan seseorang itu. Sebenarnya mana yang lebih penting antara KEKAYAAN dan KEBAHAGIAAN. Untuk mencari kekayaan anda perlu mencari kebahagiaan terlebih dahulu, bila anda dapat kebahagiaan baru urusan untuk mencari kekayaan itu lebih mudah. Bayangkanlah jika hidup anda tidak bahagia tiap-tiap hari bergaduh, memaki-hamun, perasaan marah yang meluap-luap dan bila ini berlaku bagaimana anda hendak menumpukan pada kekayaan. Bila berniaga dengan perasaan marah, muka pula tak senyum pada pelanggan. Last-last pelanggan lari, pekerja pula mula lari tak tahan kena maki.

Antara kunci kekayaan yang sebenar :
  • Doa
  • Amal ibadat
  • Sedekah
  • Kebahagiaan
  • Usaha
Sebagai umat islam kita memang perlu berdoa kepada Allah kerana rezeki itu datang daripadanya, janganlah sombong untuk memohon doa darinya. Amal ibadat pula sebagai hamba yang taat kepada-Nya agar mendapat keredhaan-Nya dan ketenangan hati dan jiwa untuk dipermudahkan segala urusan. Sedekah ini adalah salah satu perkara paling penting untuk mencari kekayaan, kalau anda tidak percaya, hari ini anda cubalah bersedekah kepada orang miskin, pasti ada rezeki akan datang pada anda dalam masa terdekat cuma tidak pasti dalam bentuk wang, pangkat atau apa-apa. 

Bahagiakanlah keluarga anda, jika sudah berkahwin bahagiakanlah isteri atau pasangan anda dan layanlah dia sebaik mungkin dengan kasih sayang, janganlah kedekut kepada isteri. Jika isteri inginkan sesuatu belilah jika anda mampu untuk membelinya dan pasti ada rezeki datang dalam masa terdekat. Kalau anda tak percaya anda cubalah dan lihatlah hasilnya. Barulah anda perlukan usaha, kerana rezeki takkan datang bergolek.

Jika anda telah cuba semua ini tetapi masih juga miskin anda kena percaya pada qada dan qadar, Allah lebih Maha Mengetahui dengan apa yang berlaku. Tetapi jika anda ada ciri-ciri diatas saya yakin walaupun kereta anda kereta buruk pasti kereta anda jarang membuat hal, jika ada anak pula pasti anak anda seorang yang hormati anda dan yang pasti anda merupakan seorang penyabar dan mempunyai keluarga yang bahagia.

1 comment:

  1. salam kenal pak, sangat menarik membaca semua artikel bapak.

    SALAM
    *AntenaTV Bagus, AntenaTV Rakitan, AntenaTV Digital
    *AntenaTV Sederhana, AntenaTV Yang Bagus, AntenaTv LED
    *AntenaTV Wajanbolic, AntenaTV UHF, AntenaTV Tanpa Boster, Cara Buat AntenaTV
    *Nonton TV LEBIH ASYIK, dengan AntenaTV Bagus Wajanbolic
    http://antenatv-rakitan.blogspot.com

    *Batik KHAS Bekasi dgn CORAK/MOTIF yg sesuai PAKEM & FILOSOFI BATIK BEKASI
    http://khasbatik.blogspot.com

    ReplyDelete