29 January 2014

Kes Wang Palsu Di Sengkang


SRI CANTEK - Beberapa peniaga kedai makanan di Kampung Sri Cantek Batu 20, Sengkang, Bukit Gambir dekat sini mendakwa menjadi mangsa penipuan wang palsu RM100 oleh seorang wanita yang menyamar sebagai pelanggan pada minggu lalu.

Seorang peniaga terlibat, Rahmah Khamis, 57, mendakwa ketika sibuk melayan pelanggan pukul 8.30 pagi, Rabu lalu, dia telah didatangi seorang wanita yang tidak dikenali membeli tiga bungkus nasi lemak dan lontong di kedainya.

Menurutnya, kesemua makanan tersebut berharga RM11 dan wanita terbabit menyerahkan wang kertas RM100 yang kelihatan baharu serta langsung tidak menampakkan ia wang palsu sebelum menyimpannya di dalam laci.

Aktiviti Memukau Warga Emas


SENGKANG- Aktiviti memukau atau penipuan disekitar Sengkang selalunya berlaku mengikut musim. Mangsa selalunya terdiri daripada orang-orang tua yang tinggal berseorangan dirumah. Aktiviti ini dilakukan oleh individu lelaki yang tidak dikenali dengan menyamar sebagai jurujual ataupun saudara kepada mangsa.

Modus operandi atau sasaran mereka ialah ibu tunggal yang tinggal berseorangan. Kumpulan ini selalunya dianggotai seramai dua atau tiga orang dimana seorang diantara mereka akan berlakon sebagai jurujual dan mempromosikan produk jualan mereka. Setelah beberapa minit perbualan dan mangsa mula percaya akan urusan jual beli ini, lelaki itu akan meminta sejumlah bayaran.

Ketika urusan pembayaran inilah lelaki ini akan mainkan peranannya sebagai pemukau. Mereka akan meminta izin kepada tuan rumah untuk masuk kedalam rumah dan menemani mangsa ketempat simpanan wang. Mereka akan meminta mangsa memberitahu dimana wang yang disimpan, oleh kerana percaya akan mereka, mangsa menunjukkan tempat simpanan wang.

Bila berada disitu mereka akan mengambil kesemua wang yang ada termasuk barangan berharga seperti rantai emas. Oleh kerana mangsa dalam keadaan separa sedar mangsa memberikan kesemua wang dan juga emas yang ada. 

Setelah penjenayah itu berpuas hati kebas kesemua wang yang ada dan mereka akan memberitahu kepada mangsa bahawa barang itu akan dihantar pada hari berikutnya dan penjenayahpun beredar dengan hati yang gembira.

Apa yang peliknya sasaran mereka tetap pada rumah yang sama walaupun rumah tersebut pernah dimasuki oleh penjenayah seperti ini. Tidak pasti samada penjenayah yang sama atau berlainan. Yang pasti sasaran mereka ialah orang-orang tua yang tinggal berseorangan.

Ada juga yang menyamar sebagai saudara yang datang dari jauh untuk memperdayakan mangsa, apalah sangat daya orang-orang tua ini. Dengan keramahan dan kata-kata manis penjenayah ini pasti membuatkan mangsa percaya akan kebaikan penjenayah ini.

Berapalah sangat wang yang ada pada mereka selain wang yang diberi oleh anak-anak mereka tiap-tiap bulan. Apabila dikebas oleh penyamun apa lagi yang ada untuk mereka untuk makan. Oleh itu jika ada terlihat orang luar yang dalam keadaan mencurigakan janganlah dilayan. Jika tidak kenal dan rasa lain macam je tidak perlu buka pintu. 




Perasmian Jalan Sengkang - Kg. Teratai


SENGKANG 10 Mac - Kewujudan jalan baru yang menghubungkan Sengkang dengan Kampung Teratai mendapat reaksi positif daripada masyarakat tempatan yang yakin kemudahan itu akan membawa pelbagai manfaat.

Rangkaian jalan raya terbaru itu dijangka memudahkan perjalanan penduduk antara daerah Ledang dan Segamat untuk menjalankan pelbagai urusan.

Bagi Ketua Kampung Sengkang Batu 20, Adi Omar, 57, pembinaan jalan tersebut merupakan bukti keprihatinan kerajaan dalam memenuhi keperluan masyarakat di luar bandar."Jalan ini memang wujud sebelum ini, namun ia tidak lebih daripada jalan tanah merah untuk penduduk kampung pergi ke ladang-ladang. Saya amat gembira dengan inisiatif kerajaan untuk menaik taraf jalan ini kerana ia akan memudahkan perjalanan penduduk di sekitar Bukit Gambir ke Segamat," katanya.

Bagi Ali Sulaiman, 67, dia telah menggunakan jalan baru tersebut sebanyak tiga kali untuk pergi ke Segamat.
"Memang saya berpuas hati dengan jalan baru ini sebab perjalanan hampir 20 kilometer dapat dijimatkan. Daripada apa yang saya lihat, banyak juga kenderaan sudah mula menggunakan jalan ini dan saya yakin jumlahnya akan bertambah," katanya yang juga penduduk Kampung Sengkang Batu 20.

Seorang penduduk di Sagil, Koned Manodo, 76, berpendapat, pembukaan jalan baru yang lebih selesa dan selamat itu banyak menjimatkan masa perjalanan.

"Saya masih tidak berpeluang lagi menggunakan jalan ini, namun ramai kawan yang beritahu perjalanan menjadi lebih singkat," katanya.

Dia berharap kerajaan akan terus menjalankan lebih banyak pembangunan di kawasan luar bandar bagi kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

(Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan)

SK Sengkang Anjur Program Berkhatan Beramai-ramai


SENGKANG - Cuti persekolahan ini dimanfaatkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Sengkang, Bukit Gambir dekat sini dengan menganjurkan program berkhatan beramai-ramai baru-baru ini.

Program julung kali itu disertai 16 murid berusia antara sembilan hingga 12 tahun dan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, M. Asojan.

Sebelum berkhatan, kesemua peserta dimandikan dalam upacara bersiram yang mendapat kerjasama anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir.

Yang Dipertua PIBG sekolah itu, Sharif Mohamed berkata, berkata program itu bertujuan mewujudkan hubungan erat antara ibu bapa dengan pihak sekolah selain dapat menyemarakkan hubungan kemasyarakatan dan semangat gotong-royong dalam masyarakat setempat.

"Kami mahu mengembalikan semula budaya dan adat Melayu yang tidak bercanggah dengan syariat Islam melalui upacara berkhatan beramai-ramai.

"Penyertaan ibu bapa dalam program ini dapat menjimatkan kos untuk membuat kenduri doa selamat di mana mereka mengadakannya secara berkelompok di sekolah," katanya ketika berucap dalam majlis itu.

Yang turut hadir Guru Besar, Basir Konit; Guru Penolong Kanan (GPK) 1, Jailani Ahamad; GPK Hal Ehwal Murid, Noraini Md Dom dan ibu bapa peserta program.

Sharif berkata, kesemua murid yang menyertai program itu dikhatankan oleh Dr. Mohd. Jalil Sharif dari Pusat Perubatan Keluarga yang juga bekas murid sekolah itu yang mempunyai tiga buah klinik di Bukit Gambir, Labis dan Jementah.

Sementara itu Asojan berkata, program berkhatan beramai-ramai itu dapat mengembalikan nostalgia lama dalam kalangan masyarakat Melayu satu ketika dahulu yang mengadakan upacara berkhatan di rumah secara berkelompok.

Katanya, kerajaan sentiasa memberikan tumpuan lebih kepada pembangunan pendidikan di semua peringkat bagi melahirkan modal insan yang berjaya dalam pelbagai bidang dan salah satu contohnya ialah Mohd. Jalil.

"Ini terbukti dengan kejayaan bekas pelajar sekolah ini dalam bidang perubatan iaitu Dr. Mohd Jalil yang sanggup berbakti kepada sekolahnya dengan mengkhatankan peserta program berkhatan beramai-ramai," ujarnya.

Asojan berkata, kerajaan sentiasa prihatin walaupun terdapat anak-anak yang tidak berjaya dalam pelajaran, mereka diberikan kursus kemahiran secara percuma di beberapa institusi kemahiran sebelum memasuki dunia pekerjaan.

(Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my)

28 January 2014

BICARA UMUM: Jom Kita Kenali Orang Jawa

Di negeri Johor terdiri bukan sahaja dari kalangan orang Melayu tetapi juga suku kaum yang berasal daripada masyarakat seberang seperti Bugis, Kerinci, Boyan dan Jawa. Masyarakat Jawa telah meneroka tanah di negari Johor ini berabad-abad yang lalu sehinggakan banyak nama perkampungan di negeri Johor ini adalah nama orang-orang Jawa.

Kehidupan
Tipologi rumah atau tempat tinggal yang sering disebut “omah”, dimaksudkan adalah tempat bernaung bagi masyarakat di pulau jawa. Kehidupan orang jawa mencakupi 3 syarat sebagai ungkapan pengertian hidup iaitu mencukupi keperluan sandang (pakaian yang wajar), Pangan ( minum dan makan ) dan Papan (tempat tinggal). Untuk syarat yang ketiga iaitu keperluan tempat tinggal haruslah dipenuhi sebab ia merupakan syarat untuk mencapai kehidupan yang sejahtera. Jika sudah memiliki tempat tinggal sendiri maka mereka tidak akan menyewa tempat bernaung atau sering disebut sebagai “ngindhung”

Asal usul
Di Malaysia suku Jawa adalah suku minoriti tetapi mereka adalah suku bangsa yang terbesar di Indonesia, dengan jumlahnya di sekitar 90 juta. Mereka berasal dari pulau Jawadan menghuni khususnya di provinsi Jawa Tengah serta Jawa Timur tetapi di provinsi Jawa Barat, Banten dan tentu sahaja di Jakarta, mereka juga banyak ditemukan.

Bahasa
Di Indonesia sebahagian besar suku bangsa Jawa menuturkan bahasa Jawa sebagai bahasa percakapan harian. Sebuah tinjauan pendapat yang dijalankan oleh Majalah Tempo pada awal dekad 1990-an menunjukkan bahawa hanya sekitar 12% daripada orang-orang Jawa di Indonesia menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa pertuturan harian. Sekitar 18% menggunakan campuran bahasa Jawa dan bahasa Indonesia, dengan yang lain menuturkan bahasa Jawa sebagai bahasa utama mereka. Keturunan-keturunan masyarakat Jawa berpendapat bahawa bahasa Jawa adalah bahasa yang sangat sopan dan mereka, khususnya orang-orang yang lebih tua, menghargai orang-orang yang menuturkan bahasa mereka. Bahasa Jawa juga sangat mempunyai erti yang luas.

Kepercayaan
Walaupun di Malaysia hampir semua masyarakat Jawa mengganut dan mengamalkan ajaran agama Islam sebenar namun sebahagian besar orang Jawa di Indonesia pula menganuti agama Islam pada nama sahaja. Ada di kalangan mereka di sana yang menganuti agama Kristian, Protestan dan Katolik juga banyak di kawasan luar bandar di kalangan mereka menganut agama Buddha dan Hindu. Terdapat juga agama kepercayaan suku Jawa yang disebut sebagai agama Kejawen. Kepercayaan ini pada dasarnya berdasarkan kepercayaan animisme dengan pengaruh agama Hindu-Buddha yang kuat. Masyarakat Jawa terkenal kerana sifat asimilasi kepercayaannya, dengan semua budaya luar diserap dan ditafsirkan mengikut nilai-nilai Jawa sehingga kepercayaan seseorang kadang kalanya menjadi kabur.

Pekerjaan
Di Indonesia, orang Jawa biasanya ditemukan dalam semua bidang, khususnya dalam perkhidmatan awam dan tentera. Secara tradisi, kebanyakan orang Jawa adalah petani. Ini adalah sebabkan oleh tanah gunung berapi yang subur di Jawa. Walaupun terdapat juga banyak usahawan Indonesia yang berjaya yang berasal daripada suku Jawa orang Jawa tidak begitu menonjol dalam bidang perniagaan dan perindustrian.

Rupa orang jawa
Orang-orang Jawa mempunyai warna kulit sawo matang sama seperti melayu, seringkali ketinggiannya terhad (pendek la tu), lelaki mempunyai struktur otot yang agak sasa (mungkin kerana faktor pekerjaan mereka), tetapi yang perempuan mempunyai bentuk badan yang cantik dan tulang pipi agak tinggi. Tetapi hasil daripada perkahwinan campur maka stereotaip wajah ini sudah tidak ketara malah kini lebih ramai yang kacak dan cantik.

Susun lapis sosial
Masyarakat Jawa juga terkenal kerana pembahagian golongan sosialnya. Pada dekad 1960-an, Clifford Geertz, pakar antropologiAmerika Syarikat yang ternama, membahagikan masyarakat Jawa kepada tiga buah kelompok:
  • kaum santri
  • kaum abangan
  • kaum priyayi.
Menurut beliau, kaum santri adalah penganut agama Islam yang warak, manakala kaum abangan adalah penganut Islam pada nama sahaja atau penganut Kejawen, dengan kaum priyayi merupakan kaum bangsawan. Tetapi kesimpulan Geertz ini banyak ditentang kerana ia mencampurkan golongan sosial dengan golongan kepercayaan. Pengelasan sosialnya juga dicemari oleh penggolongan kaum-kaum lain, misalnya orang-orang Indonesia yang lain serta juga suku-suku bangsa bukan pribumi seperti keturunan-keturunan Arab, Tionghoa dan India.

Kesenian
Orang Jawa terkenal kerana kebudayaan seni yang sebahagian besarnya dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha, iaitu pementasan wayang. Repertoir cerita wayang atau lakonansebahagian besarnya berdasarkan roman kesateriaan Ramayana dan Mahabharata. Walaupun demikian, terdapat juga pengaruh Islam serta Dunia Barat.

Stereotaip orang Jawa
Orang Jawa terkenal sebagai suku bangsa yang sopan dan halus, tetapi mereka juga terkenal sebagai suatu suku bangsa yang tertutup dan tidak mahu terus terang. Sifat ini konon berdasarkan sifat orang Jawa yang ingin memeliharakan keharmonian atau keserasian dan menghindari pertikaian. Oleh itu, mereka cenderung diam sahaja dan tidak membantah apabila tertimbulnya percanggahan pendapat.

Masyarakat Jawa di Malaysia

RUJUKAN: SENI HIBURAN Minggu, 24 November 1996 Surabaya Post

Wawancara: Dr Noerijah Jariah Mohamed PhD: Jawanya Manusia Jawa di Malaysia

Di antara pemakalah mancanegara yang hadir dalam Kongres Bahasa Jawa II di Batu 22-26 Oktober 1996 adalah Dr Noerijah Jariah Mohamed PhD dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dari penuturannya, ternyata --selain di Suriname-- komunitas orang Jawa di luar negeri juga ada di Malaysia. Nah, di tengah kesibukannya mengikuti kongres, wartawan Surabaya Post, R.M. Yunani Prawiranegara mewawancarainya tentang kebudayaan Jawa dan kontribusi orang Jawa di Malaysia. Selain menjawab dengan bahasa Jawa yang mlipis, ia juga menggunakan bahasa Indonesia logat Malaysia yang terasa "janggal" bagi telinga kita. Jadi, sidang pembaca, harap maklum.

Berapa banyak orang Jawa di Malaysia?

Umumnya, mereka sudah berwarga negara Malaysia. Leluhur mereka datang sekitar tahun 1900 karena tekanan ekonomi. Masyarakat Jawa di Malaysia saat ini termasuk generasi ketiga dan keempat. Walaupun masih menggunakan sebagian adat dan kebudayaan Jawa, mereka sudah dianggap Melayu pribumi yang sah sesuai undang-undang Malaysia.

Yang terbanyak tinggal di Negeri Selangor, terutama di kawasan Tanjung Karang, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Kelang, Banting, dan Sepang. Mereka masih mengekalkan beberapa unsur Jawa meski tidak total. Di Johor juga banyak, tapi yang muda-muda sudah lupa warisan leluhurnya. Bahkan sebagian ada yang merasa malu mengakui berketurunan Jawa. Mereka sudah tidak boleh (bisa, Red.) lagi bertutur bahasa Jawa secara baik dengan unggah-ungguh dan tata krama. Ada yang mengekalkan identitas dirinya dengan mewujudkan Persatuan Anak-anak Jawa. Kegiatan keseniannya kuda kepang dan reog, walaupun tidak sehalus di Jawa.

Mengapa mereka mesti merasa malu mengaku Jawa?

Jawa sering dikaitkan dengan "Jawa Kontrak". Mereka bermigrasi karena faktor ekonomi, dan sebagian karena tertipu. Ada yang naik haji dengan kapal laut, tapi terdampar di Singapura.

Ada alasan lain?

Ada yang merasa risih dengan pendatang Jawa tanpa izin, karena dianggap merenggut kekayaan Malaysia. Lo, padahal pendatang baru itu sama-sama dengan leluhur mereka... Pendatang baru ini membawa budaya yang sudah jauh berbeda dengan budaya mereka saat ini. Yang datang bukan semuanya dari Pulau Jawa. Tiap ada peristiwa kriminal sering dikaitkan dengan mereka, padahal tidak dinafikan bahwa kedatangan mereka juga membantu pembangunan Malaysia.

Apa pernah ada penelitian tentang masyarakat Jawa di Selangor?

Ada. Selain saya sendiri juga oleh sarjana tempatan seperti Dr Khazin bin Mohd. Tamrin tahun 1987. Sewaktu temu bual dengan 16 responden, hanya tujuh orang (41%) yang tahu tata krama bahasa Jawa seperti bentuk ngoko dan krama. Mereka berbahasa ngoko campur baur perkataan Melayu tempatan. Unggah-ungguhing basa dinyatakan dalam bentuk nada, gaya, dan aksentuasi suara dalam bahasa Melayu.

Hasil wawancara dengan 192 responden, 100% menggunakan bahasa Melayu walaupun terdapat pelat Jawa yang menebal, terutama golongan usia 55 tahun ke atas. Dengan sesama teman, mereka menggunakan bahasa Jawa ngoko, atau krama desa. Tradisi kenduri atau slametan masih ada, tapi sudah bergeser dari adat dan tradisi Jawa, karena pengaruh ajaran Islam. Di sana tak ada tradisi ngruwat seperti di Jawa karena Islam tak mengajarkan.

Menurut survei Wang Gangwu 1965, orang Kedayan di Serawak itu juga keturunan Jawa. Secara realistis, daerah penempatan masyarakat Jawa yang dikenal rajin bekerja di Sabak Bernam dan Tanjung Karang ini sering dijadikan model kerena memenangi perlombaan kampung. Contohnya Kampung Endah yang penduduknya 100 peratus (persen, Red.) keturunan Jawa.

Senarai nama jawatan kuasa Kampung Endah yang masih mengekalkan nama tradisi Jawa walau berbentuk kampungan, seperti Tuan H Salleh Ideris, Encik Mispan bin Zainal, Tuan H Sungip Zainal, dan Tuan Ngadiran bin H Ramli.

Apa ada kontribusi masyarakat keturunan Jawa untuk Malaysia?

Karena telah melebur sebagai pribumi, mereka berusaha kuat dalam pelbagai bidang dengan tujuan kestabilan Malaysia. Konsepnya, "di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung". Kampung-kampung Jawa seperti Tanjung Karang, dikenal sebagai jelapang (lumbung, Red) padi Selangor. Di dalam dunia koporat (bisnis, Red) terdapat nama-nama Jawa seperti Dato' Basri Bajuri di Selangor. Dalam aktivitas sosial, mereka bergiat cergas pada proyek gotong-royong membersihkan surau, masjid, pekuburan dan kenduri perkawinan. Mereka masih mengekalkan konsep guyup dalam kehidupan keseharian. Di cabang kesenian, mereka mengadakan kumpulan kemplingan (terbangan, Red) dan seni silat. Kumpulan gamelan dan wayang purwa tidak ada, tapi ada kumpulan seni keroncong di Sikajang.

Lalu bagaimana aktivitas mereka di dunia politik?

Keturunan Jawa bergiat dalam partai-partai sama ada di pihak lawan dan pemerintah. Aktivitas mereka kebanyakan di partai pemerintah, UMNO. Di Sungai Besar, Sabak Bermam, dan Kuala Selangor, kebanyakan wakil rakyatnya masyarakat keturunan Jawa. Mereka mendirikan Perjas (Persatuan Jawa Anak Selangor). Walaupun keturunan Jawa, perjuangan mereka untuk seluruh kepentingan penduduk Melayu. Menteri Penerangan Dato' Muhammad Ramhad, juga keturunan Jawa, sehingga dilantik sebagai Penaung Persatuan Anak-anak Keturunan Jawa di Johor.

Kalau perhatian pemerintah terhadap etnis Jawa di Malaysia bagaimana?

Bahasa Jawa masih boleh (bisa, Red) bernapas lega kerena bahasa Jawa sudah mulai ditawarkan kepada pelajar Universiti Malaya. Hingga kini sudah 15 orang yang cuba (coba, Red) menjurus ke dalam penguasaan bahasa ini. Tradisi rewang, sambatan, nyumbang, dan pakatan yang merangkumi aspek sosial dan ekonomi Masyarakat Melayu ini mewujudkan rasa timbang rasa dan tidak mementingkan diri sendiri. Tradisi ini baik, sehingga PM Dato' Seri Dr Mahatir Mohammad menyarankan agar perlakuan ini diteruskan oleh mereka yang tinggal di kota-kota.

Soal etika dan tata krama Jawa?

Meski tak kenal unggah-ungguhing basa seperti ngoko, krama, dan krama inggil, penghormatan kepada orang yang dituakan masih dilakukan selaras ajaran Islam. Konsep tata krama diwujudkan dalam tradisi undang-undang kenduren, munjung, kondangan, berkatan dan pamitan.

Apa saran Anda untuk masyarakat keturunan Jawa di sana?

Mereka masih cuba mengekalkan tata cara yang diwarisi leluhur mereka, tapi dalam bentuk yang sedikit beda kerena pembauran yang sudah sebati dengan masyarakat tempatan. Dengan peratus yang semakin berkurangan, mereka mulai tidak mengetahui leluhurnya. Persatuan dan perkumpulan semacam itu dapat mengekalkan warisan leluhur mereka selaras dengan agama yang dianuti dan konsep berbaik-baik di antara negara serumpun.

27 January 2014

Sengkang Ledang



SENGKANG- Sengkang adalah sebuah pekan terpencil yang terletak dikawasan dun Bukit Gambir daerah Ledang Johor. Majoriti penduduk sengkang adalah melayu dan cina. Jarak Bandar Baru Bukit Gambir ke Sengkang lebih kurang dalam 10km. Sengkang adalah sebuah perkampungan pertanian dimana sumber pencarian penduduk dikawasan Sengkang ialah pertanian seperti tanaman sawit, getah, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Menurut satu sumber asal usul nama Sengkang ini diperoleh ketika pembukaan perkampungan ini. Pada masa pembersihan hutan dan penebangan pokok sewaktu membuka perkampungan ini ada seorang lelaki cina bernama Seng Kang telah mati akibat dihempap pokok, oleh hal itu masyarakat setempat telah menamakan Sengkang untuk perkampungan tersebut.

Sengkang mempunyai sebuah pekan kecil yang terletak di Batu 19 yang merupakan tumpuan penduduk sekitar membeli barangan dapur, alatan pertukangan dan bengkel motorsikal. Sengkang juga mempunyai sebuah sekolah rendah ( Sek.Keb.Sengkang ) dan sekolah agama ( Sek.Agama.Sengkang ) yang terletak di Kampung Sri Menanti. Sengkang mempunyai kawasan yang luas dan mempunyai beberapa buah kampung seperti :
  • Kampung Sri Melaka
  • Kampung Sri Cantik
  • Kampung Sri Menanti
  • Kampung Sri Paya
  • Kampung Sri Labis
  • Kampung Sri Baka
  • Kampung Dato Ngah
  • Kampung Parit Kassim
  • Kampung Parit Babok
  • Kampung Bt 20
  • Kampung Bt 18
  • Pekan Bt 19 Sengkang
Kalau dahulu Sengkang adalah jalan mati sekarang sebuah projek kerajaan pembukaan jalan baru sengkang-Kampung teratai. Orang ramai yang menggunakan laluan Bukit Gambir ke Bukit Kepong di sini bukan hanya dapat menjimatkan petrol malah menyingkatkan lagi masa perjalanan dengan pembukaan jalan baru Sengkang-Kampung Teratai.

Laluan sepanjang 10.8 kilometer itu jauh lebih singkat berbanding jalan lama sepanjang kira-kira 30 kilometer yang perlu melalui pekan Kundang Hulu dan Gersik. Laluan tersebut juga menghubungkan antara pekan Bukit Gambir ke Segamat. Asalnya ia jalan tanah merah bagi kegunaan pekerja ladang dan penduduk kampung, kini jalan Sengkang-Kampung Teratai dinaik taraf untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada orang ramai.


Gambar-Gambar Setempat
Aktiviti Sepak Takraw
Aktiviti korban
Gotong-royong masjid jamek Sri Menanti
Aktiviti futsal
Aktiviti rewang
Merewang
Aktiviti barbeku
Friendly bola antara Senior VS Junior Sengkang
Aktiviti pasang pelita hari raya
Aktiviti Marhaban
Perasmian Jalan Sengkang-Segamat
Program Berkhatan Beramai-ramai



20 January 2014

Buku Orang Jawa di Selangor Penghijrahan dan Penempatan 1880-1940



Buku ini ditulis oleh Khazin Mohd Tamrin, lulusan Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia dicetak buat kali pertama pada tahun 1984 dan dikeluarkan buat kali kedua pada tahun 1987. Buku ini asalnya adalah kajian setempat yang dijalankan oleh penulis di bawah seliaan Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Menurut penulis, kajian ini telah dijalankan antara tahun 1973 hingga 1976. Bermakna, kajian ini hanya dibukukan 8 tahun kemudian setelah diselesaikan oleh penulis. Apa peri pentingnya kajian ini? Menurut penulis, menerusi kajian ini, sumbangan masyarakat Melayu keturunan Jawa dalam perkembangan ekonomi dan sosial sejak abad ke 19 di Tanah Melayu khususnya di Selangor dapat dikenalpasti. Kajian ini juga diharapkan dapat memberikan gambaran baru bahawa pembangunan ekonomi Tanah Melayu pada zaman kolonial sebenarnya tidaklah bergantung sepenuhnya kepada peranan buruh atau tenaga kerja dari bangsa Cina dan India semata-mata.

Saya sebenarnya tertarik dengan hasil kajian luar yang dijalankan oleh penulis terutamanya yang berhubung dengan sebab-musabab kedatangan penghijrah Jawa ke Tanah Melayu. Antaranya ialah tekanan berat dari penjajah Belanda dan faktor mengerjakan haji. Tekanan berat yang dimaksudkan ialah lambakan cukai yang dikenakan ke atas penduduk asal Pulau Jawa. Penduduk asal perlu membayar pelbagai jenis cukai antaranya ialah seperti cukai peribadi yang meliputi perkakas rumah, cukai kenderaan walaupun jika seseorang itu hanya menggunakan basikal dan cukai pertukangan tangan yang dikira masuk dalam bab cukai perniagaan. Selain daripada itu, penduduk asal juga dikerah menjadi buruh paksa (halaman 42-43).

Berkenaan dengan faktor mengerjakan haji pula, ramai penghijrah berangkat ke Tanah Melayu khususnya di negeri Selangor kerana hendak mencari wang untuk dijadikan tambang pergi ke Makkah (halaman 46). Mereka pergi ke Tanah Melayu untuk membuka kawasan baru. Mereka mengerjakan kebun dan ladang di kawasan itu dan kemudiannya menjualkannya untuk mendapatkan tambang pergi ke Makkah (halaman 50). Lazimnya, mereka akan pulang semula ke Tanah Melayu untuk terus menetap di situ, bukannya menetap di Pulau Jawa. Sebenarnya tempat tumpuan masyarakat Jawa sebelum ke negeri Selangor atas faktor mengerjakan haji ialah di Singapura. Di Singapura, terdapat sebuah syarikat yang menawarkan pinjaman untuk dijadikan tambang haji. Bakal haji boleh memilih samada hendak membayar balik jumlah wang pinjaman itu hingga selesai atau bekerja di ladang syarikat itu sebagai ganti pinjaman yang telah dibuat sebelum itu (halaman 48-49). Ada juga yang bekerja menjadi orang gaji atau buruh di Singapura (halaman 49).

Seperti yang dinyatakan oleh penulis di halaman 63, orang Jawa termasuk dalam pengertian Melayu. Pengertian Melayu ini merangkumi orang Melayu dari Kepulauan Melayu, seperti Borneo, Jawa, Sumatera dan Makasar. Dengan ini jelaslah bahawa orang Jawa tergolong dalam istilah Melayu dan dengan itu penempatan orang Jawa telah diwartakan oleh Kerajaan sebagai tanah simpanan Melayu. Berkenaan perkara ini, penulis telah merujuk tulisan A.B. Voules yang bertajuk The Laws of Federated Malay States 1877-1920 dan K.A.N Aiyer yang bertajuk Indian Problems in Malaya.

Sumbangan orang Jawa di negeri Selangor dapat dilihat menerusi banyaknya penempatan yang dibuka di beberapa daerah dalam negeri itu. Antaranya ialah di daerah Kelang, Hulu Langat dan Kuala Selangor (halaman 85). Amalan baik yang menjadi tradisi masyarakat Jawa yang wajar dicontohi ialah budaya gotong-royong. Menurut penulis, gotong-royong adalah salah satu organisasi sosial yang penting di kalangan masyarakat Jawa. Organisasi ini telah dapat menunjukkan wujudnya semangat kerjasama dan kekukuhan hidup di kalangan mereka (halaman 111).

Sejarah Meru Klang


Kampung Meru mula diteroka sekitar tahun 1901. Kumpulan peneroka ini adalah dari keturunan orang Jawa yang tinggal di Batu Belah.

Bermula, dari hutan belantara, kumpulan peneroka mi menebang dan membersihkannya untuk dijadikan tempat bercucuk tanam. Mereka menanam tanaman kontan, buah-buahan serta sayur-sayuran. Pondok-pondok mula didirikan sebagai tempat berteduh dan akhinya dijadikan sebagai penempatan kekal.

Lebih kurang 10 tahun selepas di teroka, penduduk semakin ramai dan bertambah iaitu sekitar 50 keluarga. Kampung yang baru di buka memerlukan seorang pemimpin, oleh itu pada tahun 1911 Tn Hj Mohamad Shariff telah di lantik sebagai Ketua Kampung yang pertama. Beliau merupakan ketua kumpulan peneroka.

Nama Meru telah dipilih bersempena nama sebuah gunung di Tanah Jawa iaitu Gunung Mahameru yang mana ianya merupakan daerah asal kumpulan peneroka Kampung Meru. Penduduk Kampung Meru mula bertambah dari sehari ke sehari. Kumpulan peniaga keturunan Cina mula berhijrah ke Kampung Meru dan di ikuti oleh buruh keturunan kaum India.

Pada tahun 1916, masjid Kampung Meru mula didirikan ditapak masjid lama yang ada sekarang. Pada tahun 1917 penduduk Kampung Meru membuka tanah perkuburan yang terletak di Kampung Hj Mohamad Sharif.

Pada tahun 1918 Sekolah Melayu Sungai Binjai didirikan di tapak Sekolah Rendah (J) Kebangsaan Cina yang ada sekarang. Pada tahun 1924 nama sekolah ini di tukar kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai dan berpindah ke tapak Pusat Kesihatan Meru. Atas dasar keperluan sekolah ini terpaksa berpindah ke tapak yang ada sekarang.

Bangunan lama sekolah ini telah dijadikan Sekolah Rendah Agama Meru pada, tahun 1955. Pada, tahun 1982 Sekolah Menengah Meru telah didirikan untuk kemudahan pembelajaran peringkat menengah anak-anak tempatan Kampung Meru, Kampung Bukit Kapar dan Kampung Budiman.

Daripada sebuah kawasan perkampungan kecil 100 tahun lalu, kini kampung Meru telah berubah wajah menjadi sebuah pekan yang amat pesat membangun. Kini kampung meru memiliki segala kemudahan dan infrastruktur seperti sekolah, masjid, surau, klinik, bank lebih 40 buah taman perumahan dan sebagainya.untuk kemudahan penduduk.

Kebanjiran dan pertambahan jumlah penduduk serta kepesatan pembangunan Kampung Meru adalah seiringan dengan pencapaian status Selangor Negeri Maju tahun 2005. Kampung Meru akan terus mengekalkan azam untuk meneruskan kejayaan yang dicapai di masa akan datang ke arah menjadikan Kampung Meru sebagai kampung yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

18 January 2014

NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU


 
Tersentuh hati membaca buku ” NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU ” Karang penulis berbangsa Cina yang bersimpati dengan orang Melayu yang telah 53 tahun merdeka. Penulis Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
 
  1. Bila berlaku kes-kes pembunuhan yang melibatkan bukan melayu seperti kes Beng Hock orang cina dari DAP, GERAKAN dan MCA bersatu untuk mempertahankannya, parti Melayu juga turut turut tumpang sekaki mempertahankannya. Begitu juga kes ketuk ketapi sambil bogel banduan Cina nov 2005, Menteri Dalam Negeri ketika itu terbang ke China untuk memohon maaf, tapi apa jadi bila diketahui bahawa banduan tersebut sebenarnya wanita Melayu?. Pernah berlaku kes pembunuhan model Melayu Mustakizah Jaafar pada 14 nov 1988. tiada pembelaan dari parti Melayu, apatah lagi parti-parti dari bukan melayu.
  2. Bila ada kuil hindu hendak dirobohkan maka berlaku kelam kabut seolah-olah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam, tapi lihatlah sikap orang Melayu bila surau-surau mereka dirobohkan kononya uantuk tujuan pembangunan ( m.s. 4 ).
  3. Apakah sikap orang Melayu bila mendengar beribu-ribu orang Melayu keluar Islam menjadi murtad. Dalam kes Lina Joey, apa sikap orang Melayu terhadap isu ini?. Dalam kes perebutan mayat saudara baru sejauh mana orang Melayu mempertahankannnya. ( m.s. 5 ).
  4. Orang Cina di Malaysia amat bertuah kerana mendapat segala-galanya nikmat di negara ini. Dalam bidang pendidikan sekolah cina mendapat peruntukkan berjuta-juta ringgit, tapi sekolah agama rakyat ?.. Di Thailand pada tahun 1930 an semua sekolah cina dihapuskan dan digantikan dengan sekolah Siam. Oleh sebab itu tidak ada beza yang ketara antara orang Siam dengan Cina di Thai. ( m.s. 9 ) Di Malysia buka setakat sekolah tapi orang Cina dan India dapat menubutkan IPT atau Universiti… seperti Universiti Tunku Ab Rahman ( MCA ), Universiti Terbuka Wawasan ( Gerakan ), Kolej New Era ( Dong Jiao Zong ). Asian Institute of Medikal Science and Teknology ( MIC ). ( m.s. 11 )
  5. Singapura adalah negeri Melayu yang terlepas ke tangan orang Cina tanpa pertumpahan darah. Apakah sikap kerajaan Sinagapura terhadap orang Melayu ? Berapa ramai orang Melayu dilantik ke jawatan penting kerajaan Singapura.. Kerajaan Siangapura lebih mempercayai orang India dari orang Melayu. Sedangkan di Malaysia orang bukan Melayu bukan saja diberi jawatan penting termasuk menteri kanan dalam kerajaan, Menteri Besar bahkan jalan-jalan pun ditukar kepada nama jalan orang berbangsa Cina.( ms. 12 ) Bahkan Teressa Kok ( Exco kerajaan Selangor ) bercadang untuk mewujudkan bandar Cina di selangor. ( ms. 10 ) Di Pulau Pinang pula baik parti mana pun yang menang hak Ketua Menteri tetap berada dalam tangan orang Cina.
  6. Dari segi pembinaan kuil pula orang bukan melayu bebas membina kuil mereka. Sehingga di Bandar Sentol KL dalam jarak 1 KM terdapat 6 buah kuil yang besar dan tinggi.
  7. Dalam pada itu kaum Cina masih tidak berpuas hati lagi dengan pencapaian mereka sekarang. Temu bual dengan Lee Bon Kok 8 jan 2007 menyatakan ungkapan biarlah orang Melayu menguasai politik dan orang cina menguasai ekonomi dan pendidikan sudah tidak relevan lagi. sebaliknya orang cina mesti menguasai politik agar ekonomi orang Cina lebih berkembang lagi. ( m.s. 173 ) Chua Soi Lek pula berkata rakya Malaysia harus menerima bangsa lain menjadi perdana menteri seperti rakyat Amerika menerima Barack h Obama menjadi presiden di USA. ( ms. 113 ) Naib presiden Liow tiong Lai pula mencadangkan ekuit 30 % orang melayu dalam syarikat dihapuskan. jawatankuasa Rayuan Pilihanraya persatuan Cina Malaysia ( Suqiu ) pada tahun 1999 mendesak agar hak istimewa orang melayu dihapuskan sama sekali.
  8. Pengambilan penjawat awam jan – jun 2007 menunjukkan bahawa 84.6 % adalah dikalangan orang melayu, orang Cina hanya 1.7 % saja. Ini adalah kerana orang cina lebih berminat dalam sektor swasta dan koperat. Oleh itu tidak hairanlan mengapa amalan rasuah lebih menebal dalam masyarakat Melayu.
  9. Orang Melayu banyak makan hati berulang jantung dengan sikap orang Cina. Namun apakan daya. contohnya dalam isu penternakan babi di Selangor. Orang melayu terpaksa hidup menghidu bau najis babi dan mengunakan air sungai yang dicemari dengan najis babi.
 
 

15 January 2014

Mee Siput Johor

http://imageshack.us/a/img577/2849/resizeofr0017739.jpg

MEE siput ni tak pasti asal usul dia dari mana tapi yang pasti mee siput ni popular di Johor terutamanya sekitar Muar dan Batu Pahat. Memang sejak kecil tekak dah sebati dengan mee siput ni. Ada juga yang menggelarkan sebagai mee keras, mee simpul atau maruku. Bagi orang Johor memang makanan ni paling popular ketika zaman persekolahan sebab mee siput murah berbanding dengan makanan lain.

Bahan-bahan asas nak buat mee siput ni cuma tepung gandum, tepung sagu, ubat mee, pewarna kuning dan air. Lepas dicanai dan diuli ia akan di masukkan kedalam pencetak mee, kemudian dibuat dipusingkan hingga menjadi bentuk bulat. Selepas itu akan dijemur sehingga kering.

Selepas kering tu belum boleh dimakan, kena goreng dulu. Cara goreng dia sama je macam goreng pisang goreng atau nugget. Bila dah agak-agak garing terus angkat dan hidangkan, jangan sampai hangus pulak.

Lawan mee siput ni dah tentulah dengan sambal tumis macam gambar kat atas, ada juga yang gemar makan dengan sambal kicap atau ratah macam tu je. Dia punya ranggup macam kriuk!!!kriuk!!!. Sedap makan waktu petang-petang bersama air kopi.

Mee siput ni dikategorikan sebagai makanan ringan sebab dia ringan, hehe. Makanan ni boleh tahan lama, cuma jangan simpan terlalu lama sebab bila dah lemau jadi tak sedap, sama macam keropok jugak bila dah lemau tak sedap nak makan.


Nasi Ambang



Kalau masyarakat pantai timur terkenal dengan nasi kerabu, masyarakat jawa pula terkenal dengan nasi ambangnya. Apa itu nasi ambang ?

Nasi ambeng adalah hidangan khas Jawa berupa nasi putih yang atasnya diletakkan lauk pauk di sekelilingnya. Lauk pauk seperti sambal jawa, ikan masin goreng, rempeyek, telur rebus, tempe goreng, mee goreng, dan daging ayam.

Nasi ambeng adalah hidangan yang disajikan oleh orang jawa dipercayai sebagai lambang murah rezeki. Nasi ambang dimakan beramai-ramai oleh empat hingga lima orang dewasa menggunakan tangan. Sajian nasi ambeng yang dihidangkan juga berniat agar semua pihak yang turut serta dikurniakan murah rezeki.

Uniknya, sajian masyarakat Jawa ini mempunyai maksud tersirat di sebalik konsep makan sedulang. Ia dilihat sebagai gambaran kekuatan ikatan silaturrahim dalam masyarakat apabila satu dulang dikongsi makan oleh empat hingga lima orang atau dibungkus untuk dinikmati bersama ahli keluarga.

Sesetengah lauk-pauk tersebut ada kalanya sedikit berbeza mengikut daerah dan tempat. Contohnya, di Johor sesetengahnya diletakkan bergedel, tumis kacang panjang dan sebagainya.

“Tetapi lauk asasnya tetap sama iaitu ayam sama ada digoreng, masak kicap atau ‘ungkep’ (ayam dimasak bersama rempah), sambal goreng, serunding kelapa, dan sebagainya. Aroma nasi yang berbaur dengan lauk pauk dihidangkan panas-panas dengan daun pisang cukup membangkitkan selera.

Songkok Orang Jawa ( Blangkon )


JIKA lihat segelintir masyarakat jawa ada memakai penutup kepala seakan-akan kopiah yang menggunakan kain batik pasti anda tertanya-tanya apa sebenarnya benda tu. Ia adalah Blangkon iaitu tutup kepala seperti kopiah yang dibuat dari batik dan digunakan oleh kaum lelaki sebahagian dari pakaian tradisional Jawa. Menurut sumber, blangkon dibahagi menjadi 4: blangkon Ngayogyakarta, blangkon Surakarta, blangkon Kedu, dan Blangkon Banyumasan. Untuk beberapa tips blangkon ada yang menggunakan tonjolan pada bagian belakang blangkon. Tonjolan itu menandakan model rambut lelaki masa itu yang akan mengikat rambut panjang mereka di bahagian belakang kepala, sehingga bahagian tersebut tersembul di belakang blangkon. Lilitan rambut itu mesti kuat supaya tidak mudah terbuka.

Setiap blangkon ada gaya yang tersendiri seperti :

  1. Blankon Nyayogyakarta. Ia popular di kalangan kaum lelaki kawasan Jogja. Jika dilihat pada bentuknya, boleh dilihat bagaimana lipatan kain batik tersebut bersilang dan keunikan Blangkon gaya ini adalah pada bahagian belakangnya yang berbonjol seperti telur. Bonjolan itu menggambarkan lelaki yang berambut panjang di mana rambut belakangnya diikat dengan simpulan kain tersebut.
  2. Blangkon Surakarta ini pula popular oleh jejaka-jejaka dari wilayah Solo (Salah satu wilayah di Jawa Tengah), di mana ia adalah modifikasi daripada gaya Jogja. Jika dilihat, gaya ini tiada bonjol besar seperti gaya Jogja, hanya sedikit simpulan di bahagian belakang. Ia menggambarkan jejaka yang berambut pendek. 
  3. Blankon Kedu. Menurut sumber, gaya ini di popularkan oleh salah seorang ulama dari kalangan Walisongo iaitu Sunnan Kalijaga. Keunikan Blangkon gaya ini adalah pada bahagian belakangnya juga iaitu terdapat 2 tali yang terjurai.
  4. Blangkon Banyumasam. Untuk pengetahuan, ia dipopularkan oleh masyarakat Sunda. Sunda ini bukan Jawa tau, mereka mempunyai bahasa mereka sendiri yang berbeza dengan bahasa Jawa.
Walaubagaimanapun tradisi memakai blankon oleh masyarakat jawa di Malaysia tidak begitu popular mungkin kerana faktor budaya yang telah jauh atau jarang dipraktikkan oleh masyarakat jawa sekarang. Mereka lebih gemar memakai kopiah atau songkok sahaja. Apa-apapun tradisi memakai blangkon ni boleh dianggap sebagai salah satu warisan sesenian budaya yang telah lama wujud. Harga pasaran blangkon di Malaysia sekitar RM35 yang dijual oleh individu tertentu kerana sukar mencari blangkon dipasaran mungkin kerana faktor permintaan yang tidak memberangsangkan.


13 January 2014

Siapa Wali Songo


KITA selalu dengar mengenai Wali Songo, siapakah Wali Songo sebenarnya. Disebabkan rasa ingin tahu siapa Wali Songo ni maka saya membuat sedikit pencarian di internet. Terkejut juga bila baca mengenainya, rupa-rupanya sebelum munculnya Walisongo ni, majoriti penduduk Jawa ketika itu adalah beragama hindu dan mengamalkan kebudayaan hindu. Hinggalah munculnya wali-wali ini menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat Jawa yang menganuti agama Budha masa tu sehinggalah membawa kepada kejayaan Islam ketika itu. Jom baca sedikit kajian yang saya buat mengenai Wali Songo ni, kalu nak diikutkan panjang nak cerita tentang sejarah Wali Songo, jadi saya sedikit ringkasan tentang mereka.

''TENTANG WALI SONGO''

Walisongo atau Walisanga dikenali sebagai penyebar agama Islam di tanah Jawa pada abad ke-14. Mereka tinggal di tiga wilayah penting pantai utara Pulau Jawa, iaitu Surabaya-Gresik-Lamongan di Jawa Timur, Demak-Kudus-Muria di Jawa Tengah, dan Cirebon di Jawa Barat."Walisongo" bererti sembilan orang wali.


Era Walisongo mengakhiri penguasaan kebudayaan Hindu-Buddha dalam budaya Nusantara dan digantikan dengan kebudayaan Islam. Walisongo adalah simbol penyebaran Islam di Indonesia, khususnya di Jawa. Peranan mereka sangat besar dalam mendirikan Kerajaan Islam di Jawa, juga pengaruhnya terhadap kebudayaan masyarakat secara luas serta dakwah secara langsung, membuat Walisongo ini lebih banyak disebut berbanding dengan ulama yang lain.

SUNAN GRESIK
Sunan Gresik, nama asli Maulana Malik Ibrahim, atau dikenal pula sebagai Syekh Maghribi adalah salah satu anggota Walisongo. Walaupun beliau bukan asli orang Jawa, namun beliau berjasa kepada masyarakat. Kerana beliaulah yang mula pertama menyebarkan Islam di tanah Jawa. Sehingga berkat usaha dan jasanya, penduduk pulau Jawa yang kebanyakan masih beragama Hindu dan Buddha di kala itu akhirnya mulai banyak yang memeluk Islam.


SUNAN AMPEL
Sunan Ampel pada masa kecilnya bernama Raden Rahmat, dan dijangkakan lahir pada tahun 1401 di Champa. Ada dua pendapat mengenai lokasi Champa ini. Encyclopedia Van Nederlandesh Indie mengatakan bahwa Champa adalah satu negeri kecil yang terletak di Kamboja.

Pendapat lain, Rafflesmenyatakan bahwa Champa terletak di Aceh yang kini bernama Jeumpa. Menurut beberapa riwayat, orang tua Sunan Ampel adalah Ibrahim Asmarakandi yang berasal dari Champa dan menjadi raja di sana. Sunan Ampel datang ke pulau Jawa pada tahun 1443, untuk menemui makciknya, Dwarawati. Dwarawati adalah seorang puteri Champa yang bernikah dengan raja Majapahit yang bernama Prabu Kertawijaya.

SUNAN BONANG

Sunan Bonang dilahirkan pada tahun 1465, dengan nama Raden Maulana Makdum Ibrahim. Dia adalah putera Sunan Ampel dan Nyai Ageng Manila.Bonang adalah sebuah kampung di kabupaten Jepara. Sunan Bonang wafat pada tahun 1525 M, dan saat ini makamnya berada di kota Gresik. Sunan Bonang juga terkenal dalam hal ilmu kebatinan.

Beliau mengembangkan ilmu (dzikir) yang berasal dari Rasullah SAW, kemudian beliau kombinasi dengan kesimbangan pernafasan yang disebut dengan rahsia Alif Lam Mim ( ا Ù„ Ù… ) yang artinya hanya Allah SWT yang tahu. Sunan Bonang juga menciptakan gerakan-gerakan fisik atau jurus yang beliau ambil dari seni bentuk huruf Hijaiyyah yang berjumlah 28 huruf dimulai dari huruf Alif dan diakhiri huruf Ya'. Beliau mencipta Gerakan fisik dari nama dan simbol huruf hijayyah adalah dengan tujuan yang sangat mendalam dan penuh dengan makna, secara awam penulis ertikan iaitu mengajak murid-muridnya untuk menghafal huruf-huruf hijaiyyah sehingga mencapai tingkatnya diharuskan pandai baca dan memahami isi Al-Qur'an. 

Penekanan keilmuan yang diciptakan Sunan Bonang adalah mengajak murid-muridnya untuk melakukan Sujud atau Solat dan Zikir. Hingga sekarang ilmu yang diciptakan oleh Sunan Bonang masih diamalkan di Indonesia oleh generasinya dan diorganisasikan dengan nama Padepokan Ilmu Sujud Tenaga Dalam Silat Tauhid Indonesia.

SUNAN DRAJAT

Sunan Drajat dianggarkan lahir pada tahun 1470. Nama kecilnya adalah Raden Qasim, kemudian mendapat gelaran Raden Syarifudin. Dia adalah putera kepada Sunan Ampel, dan bersaudara dengan Sunan Bonang. Beliau sebagai Wali penyebar Islam yang terkenal sosiawan sangat mementingkan nasib kaum fakir miskin, terlebih dahulu menentingkan kesejahteraan sosial baru memulakan pengajarannya. Motivasi lebih ditekankan pada kepimpinan kerja keras, kedermawanan untuk mengatasi kemiskinan dan menciptakan kemakmuran. Usaha kearah itu menjadi lebih mudah kerana Sunan Drajat memperoleh kuasa untuk mengatur wilayahnya yang mempunyai autonomi.

Sebagai penghargaan diatas jasanya menyebarkan agama Islam dan usahanya membasmi kemiskinan dengan menciptakan kehidupan yang makmur bagi warganya, beliau memperoleh gelar Sunan Mayang Madu dari Raden Patah Sultan Demak I pada tahun saka 1442 atau 1520 Masehi.

SUNAN KALIJAGA
Sunan Kalijaga dipercayai lahir sekitar tahun 1450 dengan nama Raden Said. Dia merupakan anak lelaki adipati Tuban yang bernama Tumenggung Wilatikta/Raden Sahur. Nama lain Sunan Kalijaga antara lain Lokajaya, Syekh Malaya, Pangeran Tuban dan Raden Abdurrahman. Berdasarkan satu versi masyarakat Cirebon, nama Kalijaga berasal dari desa Kalijaga di Cirebon. Pada saat Sunan Kalijaga tinggal di sana, dia sering berendam disungai (kali), atau jaga kali.

Dalam satu riwayat, Sunan Kalijaga disebutkan berkahwin dengan Dewi Saroh binti Maulana Ishak, dan mempunyai 3 anak lelaki: R. Umar Said(Sunan Muria), Dewi Rakayuh dan Dewi Sofiah. Maka ajaran Sunan Kalijaga dikesan sinkretis dalam mengenalkan Islam. Ia menggunakan seni ukir, wayang, gamelan, serta seni suara suluk sebagai cara dakwah. Dialah pencipta Baju takwa, perayaan sekatenan, grebeg maulud, Layang Kalimasada, Pentas wayang Petruk Jadi Raja. Lanskap pusat kota berupa Kraton, alun-alun dengan dua beringin serta masjid dipercayai sebagai karya Sunan Kalijaga.

SUNAN KUDUS
Sunan Kudus dilahirkan dengan nama Jaffar Shadiq. Dia adalah putra dari pasangan Sunan Ngudung, adalah panglima perang Kesultanan Demak, danSyarifah, adik dari Sunan Bonang. Sunan Kudus diperkirakan wafat pada tahun 1550.

Sunan Kudus pernah menjabat juga sebagai panglima perang Kesultanan Demak, dan dalam masa pemerintahan Sunan Prawoto, dia ikut bertempur melawan Arya Penangsang. Pada tahun 1530, Sunan Kudus mendirikan sebuah mesjid di desa Kerjasan, Kudus Kulon, yang kini terkenal dengan nama Masjid Kudus.

SUNAN GIRI
Muhammad Ainul Yakin atau lebih dikenali sebagai Sunan Giri (lahir AD 1442 di Blambangan (kini Banyuwangi)) dianggap salah seorang dari Walisongodari Jawa di Indonesia. Ayahnya bernama Maulana Ishak. Sunan Giri juga dikenali sebagai Raden Paku, Prabu Satmata, Sultan Abdul Faqih, Raden Ainul Yaqin dan Jaka Samudra.

Dia dikatakan sebagai anak kepada Dewi Sekardadu dan Maulana Ishak dari Melaka (saudara Maulana Malik Ibrahim, tetapi kemudiannya diambil sebagai anak angkat oleh Nyai Semboja). Secara tradisi dia dikatakan sebagai anak kepada puteri Hindu, yang datang ke Balambangan sebagai pendakwah. Puteri itu terpaksa meninggalkannya ketika krisis dan menghanyutkannya dalam bot kecil, dari mana dia diselamatkan oleh pelaut (cerita menyerupai kisah nabi Musa). Ketika kecil, Sunan Giri berguru pada Sunan Ampel, dan berkenalan dengan Sunan Bonang, yang kemudian bersama-sama pergi belajar ke tanah Arab. 

Setelah kembali ke Jawa, dia mendirikan pondok pesantren di daerah perbukitan desa Sidomukti, Gresik. Nama giri berasal dari bahasa Jawa, yang berarti gunung.

SUNAN MURIA
Sunan Muria dilahirkan dengan nama Raden Umar Said atau Raden Umar Syahid. Nama kecil beliau ialah Raden Prawoto. Menurut Solichin Salam di dalam buku Sekitar Wali Sanga terbitan Menara Kudus, Sunan Muria adalah putera kepada Sunan Kalijaga hasil pernikahan beliau dengan Dewi Saroh, puteri kepada Maulana Ishak. Dari itu, Sunan Muria adalah berpangkat anak saudara kepada Sunan Girikerana Maulana Ishak adalah ayahanda kepada Sunan Giri.

Setelah dewasa, Sunan Muria telah bernikah dengan Dewi Sujinah, puteri kepada Sunan Ngudung, dan telah memperolehi seorang putera yang bernama Pangeran Santri, dan yang di kemudian hari telah diberikan nama julukan Sunan Ngadilangu. Oleh itu, Sunan Muria juga memiliki pertalian keluarga dengan Sunan Kudus, kerana Sunan Kudus adalah putera kepada Sunan Ngudung (Raden Usman Haji). Di dalam usaha mengembangkan ajaran Islam kepada masyarakat umum, Sunan Muria telah turut menggunakan gamelan dan wayang kulit sebagai alat (media) untuk berdakwah. Dan telah dikatakan juga bahawa beliau adalah pencipta bagi tembang Sinom dan Kinanti.

Nama Sunan Muria sendiri diperkirakan berasal dari nama gunung (Gunung Muria), yang terletak di sebelah utara kota Kudus, Jawa Tengah, tempat dia dimakamkan.

SUNAN GUNUNG JATI
Sunan Gunung Jati bernama Syarif Hidayatullah, lahir sekitar tahun 1450. Ayah beliau adalah Syarif Abdullah bin Nur Alam bin Jamaluddin Akbar. Jamaluddin Akbar adalah seorang Muballigh dan Musafir besar dari Gujarat, India yang sangat dikenal sebagai Syekh Maulana Akbar bagi kaum Sufi di tanah air. Syekh Maulana Akbar adalah putra Ahmad Jalal Syah putra Abdullah Khan putra Abdul Malik putra Alwi putra Syekh Muhammad Shahib Mirbath, ulama besar di Hadramaut, Yaman yang silsilahnya sampai kepada Rasulullah melalui cucu beliau Imam Husain.. 

Sunan Gunung Jati adalah salah satu dari kelompok ulama besar di Jawa bernama walisongo. Raden Syarif Hidayatullah mewarisi kecendrungan spiritual dari kakek buyutnya Syekh Mawlana Akbar sehingga ketika telah selesai belajar agama di pesantren Syekh Kahfi beliau meneruskan ke Timur Tengah. Tempat mana saja yang dikunjungi masih diperselisihkan, kecuali (mungkin) Mekah dan Madinah karena ke 2 tempat itu wajib dikunjungi sebagai bagian dari ibadah haji untuk umat Islam.

Babad Cirebon menyebutkan ketika Pangeran Cakrabuawana membangun kota Cirebon dan tidak mempunyai pewaris, maka sepulang dari Timur Tengah Raden Syarif Hidayat mengambil peranan mambangun kota Cirebon dan menjadi pemimpin perkampungan Muslim yang baru dibentuk itu setelah Uwaknya wafat.

Bukit Gambir, Ledang

BUKIT GAMBIR - Kawasan ini merupakan bandar kecil di daerah Ledang, Johor, Malaysia. Ia terletak berdekatan dengan bandar Ledang dan terletak lebih kurang 25 kilometer dari Bandar Maharani, Muar. Dari Bukit Gambir ke pekan Grisek sejauh 5 kilometer boleh terus ke Kundang Ulu di tebing Sungai Muar. Sebelum ke pekan Grisek, terdapat laluan ke Panchor untuk ke tol Pagoh, PLUS.

Di era tahun 60an hingga 70an, pekan Bukit Gambir dikenali sebagai pekan koboi kerana struktur kedainya yang seakan-akan penempatan Cow-boy. Menurut satu sumber nama Bukit Gambir ini dapat daripada aktiviti penanaman gambir dikawasan ini suatu ketika dulu. Disamping keadaan geografinya yang berbukit dan dipenuhi dengan tanaman gambir maka nama Bukit Gambir diberikan oleh masyarakat setempat ketika itu.

Bukit Gambir mempunyai sekitar 40,000 penduduk majoriti berbangsa melayu, cina dan india.

Setelah beberapa dekad berlalu kini Bukit Gambir telah dinaiktaraf menjadi Bandar Baru Bukit Gambir. Kemudahan perbankan disediakan oleh CIMB Bank dan Bank Simpanan Nasional. Kemudahan untuk petrol disediakan oleh Petronas dan Shell.

Langkah transformasi terhadap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gambir itu bermula pada 2000 dengan pembinaan semula bangunan kedai disusuli dengan taman perumahan, pasar raya dan bank-bank.

Apabila pekan itu ditukar statusnya sebagai Bandar Baharu Bukit Gambir pada 2003, kepesatan pembangunan terus berlaku sehingga kini dan dikenali sebagai pusat komersial baharu dengan kedudukannya tidak jauh dari bandar Muar atau Tangkak.Banyak kawasan perumahan baru dibuka yang menyediakan pelbagai kategori bermula rumah kos rendah hingga rumah mewah.

Bandar Baharu Bukit Gambir ketika ini mempunyai mercu tanda sendiri, antaranya Bangunan Pasar Tani Bukit Gambir, bangunan-bangunan komersial yang baharu, Balai Bomba Bukit Gambir dan terbaharu, Plaza Tol Bukit Gambir oleh Plus Expressways Bhd. (Plus).

Kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan ini membabitkan kos bernilai RM1 juta telah dilakukan dua peringkat pada 2009 dan 2010. Satu lagi kawasan Pusat Perniagaan Taman Jingga berhampiran persimpangan Jalan Sengkang juga di naik taraf dengan meminta pihak pemaju supaya memastikan sistem perparitan mengalir ke sungai berhampiran bagi mengelakkan risiko banjir kilat.

Bukit Gambir dikelilingi beberapa buah kampung seperti berikut:-

1. Kampung Sungai Ekor
2. Kampung Sungai Bilah
3. Kampung Sungai Baru
4. Kampung Sungai Meriam
5. Kampung Sungai Rambai
6. Kampung Parit Jarum Laut
7. Kampung Parit Jarum Darat
8. Kampung Parit Haji Ideris
9. Kampung Parit Babok
10 Kampung Haji Riduan
11. Kampung Parit Turun
12. Sawah Ring
13. Sengkang
14. Kampung Parit Kassan
15. Kampung Simpang Lima
16. Kampung Meranti Sundai


Gambar Setempat

Permandangan sawah berlatar belakangkan Gunung Ledang
JETI PARIT JARUM LAUT, BUKIT GAMBIR, LEDANG
Jeti Parit Jarum Laut
[Picture+026.jpg]
Autoshow di Pasar Tani Bukit Gambir
Aktiviti Kemplingan Kg. Parit Kassan
Air Terjun Gunung Ledang terletak 20km dari Bukit Gambir
Aktiviti Peminat Motor Vespa
Aktiviti Pencak Silat Sendeng
Mee Bandung terbaik ada di Bukit Gambir jugak
Kalau sampai Bukit Gambir jangan lupa bawa balik Mee Siput


Permandangan malam Bukit Gambir

12 January 2014

Asal-Usul Parit Jawa

Parit Jawa 1

Dalam pentadbiran Muar, Parit Jawa adalah daerah yang termasuk dalam jajahan Muar. Dalam tahun 1886, Muar dan Kesang diletakkan di bawah pentadbiran Residen Ungku Sulaiman Daud, daerah Parit Jawa pula ditadbirkan oleh Penolong Residen. Parit Jawa terkenal dengan pengeluaran kelapa dan pinang.

Nama 'Parit Jawa' itu dikatakan berasal dari parit yang digali oleh orang-orang Jawa yang berasal dari kepulauan Jawa, Indonesia. Pada mulanya Parit Jawa terletak di tepi Pantai Leka tetapi ia telah dipindahkan kira-kira setengah kilometer dari pantai pada tahun 1916 kerana kawasan asal tersebut sering dilanda ombak laut Selat Melaka.

Kewujudan Parit Jawa ada dinyatakan di dalam "Hikayat Pelayaran Munsyi Abdullah" oleh Muhammad Ibrahim Munsyi semasa kedatangan beliau pada 6 April 1871 tetapi ketika itu Parit Jawa dikatakan dikenali sebagai 'Kampung Baru'. 'Kampung Baru' dibuka di antara tahun 1860 hingga 1870 oleh Haji Jabar Madjati (kini terdapat sebuah jalan di Parit Jawa yang mengabadikan nama beliau) dengan pengikut beliau yang seramai 40 orang yang kebanyakannya lelaki dan beberapa pahlawan. Kumpulan tersebut yang disertai pembantu dan pahlawan terdiri daripada Haji Shamsuri, Haji Amir, Said Demak dan Haji Samad serta diketuai oleh Haji Jabbar sendiri. Kumpulan itu yang belayar di Selat Melaka tertarik dengan pantai Parit Jawa yang cantik dan mempunyai pokok-pokok yang menarik.

Haji Jabbar dan beberapa orangnya dikatakan turun dahulu dari bot. Selepas tiga hari tiga malam, Haji Jabbar memanggil mereka yang berada di dalam bot untuk mendarat setelah beliau memastikan kawasan tersebut selamat untuk diduduki. Haji Jabbar dan orang-orangnya berusaha membangunkan Parit Jawa dengan menanam tebu, pisang, nanas, sayur-sayuran dan buah-buahan. Hasil semula jadi yang terdapat di situ tidak sahaja untuk kegunaan tempatan tetapi juga turut dihantar ke tempat lain terutama gambir, lada hitam, lada putih, kelapa dan lain-lain. Selain itu mereka juga menjadi nelayan selain menjadi pedagang. Hasil usaha Haji Jabbar dan rakan-rakan, Parit Jawa atau ketika itu 'Kampung Baru' menjadi terkenal dan menarik bukan sahaja penduduk Jawa tetapi juga penduduk dari Tanah Besar China. Penduduk China yang berhijrah ke Parit Jawa menjadi nelayan dan pelombong bijih.

Sumber asli di Parit Jawa pada tahun 1871 adalah bijih timah dan diketika itu pelombong memperolehi 194 pikul bijih timah. Cukai bijih timah 10 peratus telah dikutip oleh wakil Sultan Johor iaitu Ungku Abdul Rahman dan dilabel sebagai 'Timah Padang Johor'.

Di kawasan persisir pantai, orang-orang Hokkien Cina menjadi nelayan dan peniaga. Mereka menjual ikan kepada peladang dan pelombong. Mereka juga membuat 'ikan kering' dan menjualnya ke Melaka dan Singapura.

Apabila Bandar Maharani Muar dibuka pada tahun 1884, kawasan hutan dari Parit Jawa ke Bandar Maharani dibuka dan menjadi kawasan perladangan. Untuk mengangkut hasil semulajadi dan penduduk, Kerajaan Bandar Maharani telah menyediakan landasan keretapi 'MSR' atau 'Muar State Railway' dari Parit Jawa ke Parit Sungai Pulai. Pada tahun 1890 Parit Jawa menjadi stesyen keretapi terbesar di Muar. Ketika itu landasan bermula dari Jalan Sulaiman di Bandar Maharani hingga ke Parit Jawa sebelum dipanjangkan hingga ke Sungai Pulai.

Stesyen Tetap ialah Bandar Maharani Muar, Parit Bakar, Parit Jawa, Parit Pechah dan Parit Pulai manakala stesyen sementara ialah Parit Perupok, Parit Kurma, Parit Raja, Parit Unas, Parit Samsu, Parit Jamil, Parit Bulat dan Parit Seri Menanti. Pada tahun 1908, Muar State Railway diketuai oleh Encik Mohd. Taib Abdullah yang menggantikan J.C. Campbell. Pada tahun 1927 pengangkutan penumpang telah dihentikan akibat kerugian yang ditanggung oleh syarikat tersebut. MSR hanya digunakan untuk mengangkut batu-batuan untuk membuat jalan sahaja yang diambil dari kuari Bukit Mor. Kini keretapi MSR di Muar hanya menjadi nostalgia dan kenangan kerana perkhidmatan tersebut telah pun dihentikan. Malah sebahagian besar jalan keretapi tersebut kini telah ditukarkan menjadi jalan raya dan diberi nama Jalan Abdul Rahman.

Rahsia Seks Wanita Menurut Kitab Jawa Kuno


Keindahan wanita dibahas dalam banyak buku atau kitab kuno, baik di China, India, Amerika Latin, Arab maupun nusantara. Seperti primbon Jawa yang telah ditulis pujangga sejak ribuan tahun silam, hingga kini masih bisa dijadikan referensi.

Primbon Jawa sebagai produk kuno masih memiliki penggemar bahkan masih dipakai untuk mengartikan mimpi atau ramalan. Dalam primbon Jawa, pembicaraan watak manusia didasarkan banyak hal, termasuk hari lahir (weton), bentuk fisik, kesukaan atau hobi dan sebagainya.

Gairah seks wanita juga diungkap dalam primbon Jawa, didasarkan pada ciri-ciri fisiknya. Berikut ini beberapa jenis wanita yang dianalisa dari segi fisiknya terkait gairah seks.

Kunci Emas

Tubuhnya panjang, tapi kakinya agak pendek tak proposional. Rambutnya tumbuh subur tebal, demikian pula bulu rambutnya baik di tangan atau kadang kaki, dan dibagian ‘V’. Muka dan payudaranya kecil.

Wanita ini termasuk baik dan setia. Meskipun gairah seksualnya tidak menonjol, tapi ia mampu mengimbangi pasangannya. Kalau pria pasangannya memperlakukannya dengan penuh kasih, ia bisa jadi wanita yang menggairahkan. Tapi, ia cenderung tertarik pada wanita sejenis.

Bunga Restu

Ciri fisik :Tubuh besar, kukuh dan cenderung pendek. Muka dan dahinya kecil, mulutnya agak tebal, rambutnya tebal.

Ia termasuk wanita pendiam, demikian juga di tempat tidur. Ia pasif, tak peduli pada pasangannya. Pria pasangannya perlu kesabaran dan memanasinya, karena pada dasarnya ia bisa menjadi pasangan yang menyenangkan. Apalagi, menurut orang Jawa, tipe wanita ini mendatangkan rejeki.

Bintang berkerlip

Bertubuh tinggi semampai, berpinggang kecil dengan pinggul besar. Rambutnya lurus sedang, mata sayup-sayup tertutup, hidung besar.

Dari penampilan fisik, wanita ini punya sex appeal yang tinggi. Pria membayangkan ia punya gairah seks yang besar, padahal biasa-biasa saja. Ia bukan penikmat seks, tapi lebih memikirkan urusan rumah tangga dan masa depan anaknya. Ia tipe istri yang baik, setia dan tabah dalam menghadapi persoalan.

Bintang Siaga

Tubuh sedang, tidak tinggi, tidak pendek cenderung kecil. Wajahnya bulat, bermata sayup seperti mengantuk. Mulut lebar, bibir atas lebih kecil dari bibir bawah, telinga melebar keluar.

Bukan hanya gairahnya yang kurang, tapi juga dalam hal olah asmara. Ia terlalu monoton, tidak ada keinginan untuk meningkatkan kemahiran dan belajar bagaimana menikmati seks. Seks baginya seperti kewajiban saja, sehingga pasangannya cenderung kecewa.

Seroja Bergoyang

Tubuhnya bagus, meskipun berdada kecil, tapi padat berisi. Beralis tebal, mulut kecil dengan bibir sensual. Pinggulnya tampak seksi berisi.

Secara fisik, ia sangat menarik. Tetapi secara personal, ia bukan wanita yang ceria, cenderung pemuram dan pesimistis. Ia lebih sering cemberut dibanding tertawa dan tersenyum. Pantas kalau ia tampak lebih tua dibanding umurnya. Dalam hal asmara, ia tak semenarik penampilannya. Tapi bagi pria yang egois dan butuh kecepatan, wanita ini bisa saja jadi pasangan yang cocok. Apalagi, Si Seroja bergoyang ini bukan tipe penuntut.

Bunga Indah

Tubuh tinggi dengan payudara besar menelungkup ke dalam sehingga tampak indah. Kakinya juga panjang, kalau duduk sering ditumpangkan satu dengan yang lain, dan kalau berjalan lenggang lenggok. Kulitnya putih, berwajah bulat, matanya suka mengerdip indah.

Dari segi fisik, wanita ini tampak ideal. Dan ia memang tipe wanita yang setia, berbakti pada pria pasangannya, bahkan sebagian rela tak peduli pasangannya punya WIL. Memang meskipun fisik dan perilakunya mengundang hasrat besar pria, tapi tidak demikian reaksi seksualnya. Ia tipe wanita dingin, yang sekadarnya saja dalam olah asmara. Ia sudah merasa cukup dan damai kalau dicukupi kebutuhan materialnya.

Pikat Mutiara

Tinggi dengan punggung agak membungkuk, tapi berpayudara kecil. Leher panjang, dahi lebar, mulut lebar dan dari kejauhan tampak memikat.

Sebenarnya ia tipe wanita yang cerdas, kata-katanya terpilih dan penuh perhatian. Ia tipe teman yang baik. Ketidaksukaannya berterus terang, membuat olah asmaranya dingin kalau pria pasangannya tak menangkap keinginannya. Wanita mutiara ini lebih suka memberikan bahasa isyarat, sehingga pihak pria harus peka dan tanggap. Ia sebenarnya pencinta yang baik, meskipun gairahnya kecil saja. Tapi buka berarti tak ada kebahagiaan, lho.

Sri Tumurun

Tubuh tinggi, kaki panjang, dada tipis. Mukanya bulat, kaki panjang, dada tipis. Mukanya bulat, mulut lebar, bibir tebal, rambut lemas, bertumit besar.

Meskipun tinggi semampai, sex appeal-nya rendah. Ia lebih menarik menjadi teman karena ia ramah, sopan dan pandai bertutur kata. Sebenarnya, ia tipe istri yang baik karena jenis subur dan membawa berkah. Dalam kultur Jawa, ia adalah titisan Sri, Dewa Padi. Tapi dalam olah asmara, wanita Sri ini cenderung dingin, bahkan frigid. Pria pasangannya sering dibuatnya jengkel dan kesal karena itu. Dan Sri tidak begitu peduli.


( Sumber :- http://rahsiarumahtangga.wordpress.com/2010/07/14/rahsia-seks-wanita-menurut-kitab-jawa-kuno/ )

11 January 2014

Cara Buat Pecal


Bahan Untuk Kuah:
500gm kacang tanah
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5 biji cili padi
10 tangkai cili kering
1 inci belacan
Ubi cekur (tidak perlu di goreng)
Gula,garam dan asam jawa secukupnya

Bahan Untuk Sayuran:
1 cekak pucuk ubi-di celur dan potong
100gm tauge-buang ekor dan celur
Kacang panjang-potong dan celur (sis tak letak)
Kangkung-potong dan celur(sis tak letak)
Timun-sagat
Sengkuang-sagat
Tempe-goreng
Tauhu-goreng

Cara membuat kuahnya:
1. Kesemua bahan2 di goreng berasingan dan di tumbuk.
2. Bancuh dengan air panas dan pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
3. Letak bahan yang di celur dan di sagat tadi di dalam satu bekas
4. Semasa hendak makan barulah siram kuah di atasnya

Cara Buat Tempe

File:Sliced tempeh.jpg

Bahan-bahan ( 8 keping -250gram )
1kilogram kacang soya
2gram ragi tempe
8 keping beg plastik sandwich

Cara-Cara

1. Rendam kacang soya semalam. Setelah kembang, pecah-pecahkan kacang soya supaya kulitnya tanggal. Basuh sehingga bersih sambil cuba tapiskan kulitnya sebanyak yang mungkin

2. Rebus selama 45minit ke 1 jam. Sambil tu cuba buangkan kulit kacang yang timbul, tapi jangan gusar kalu masih ada yang tinggal. Ada sesetengah pihak mencampurkan cuka tapi tak perlu pun sebenarnya.

3. Tos kacang soya dan keringkan. Samada biarkan kering sendiri atau goreng seketika atau cara yang saya guna, gunakanlah kipas angin.

4. Campurkan kacang yang sudah kering dengan ragi tempe. Di UK/Europe kami boleh dapati dari kedaiperantau.blogspot.com atau di tempe.info.com Jika di KL, banyak ragi tempe boleh di dapati di Chow Kit.

5. Macam-macam cara untuk membungkus tempe, tetapi oleh kerana daun pisang dan daun rambai (rasanya lebih enak dan lazat) amat sukar didapati di sini maka saya menggunakan plastik sandwich yang dicucuk 1-2cm secara tegak dan melintang. Ketebalan bergantung kepada citarasa masing-masing. Tetapi keluarga saya suka ketebalan +/-10mm, lebih kurang 250g sebungkus

6. Tekan-tekan dan mampat-mampatkan kacang didalam plastik sehingga rata. oo tak perlu gunakan rolling pin ni, anak saya menolong masa ni.

7. Letak di tempat yang panas- jika di UK di tepi heater sehingga dia berpeluh.. jika di Malaysia letak saja di dapur dan tutup dengan kain, selama 36-48jam. Anda akan lihat kulat putih memenuhi kacang anda.

Tahniah, anda telah berjaya membuat tempe anda sendiri.

( Sumber : http://www.myresipi.com )

10 January 2014

Adat TOL Kahwin Dengan Orang Johor



Kalau orang lelaki berkahwin dengan wanita Johor pasti mereka akan kena TOL untuk memasuki rumah pengantin perempuan itu. Kadang-kadang boleh goyang lutut kalau tak biasa berhadapan dengan situasi ni. Kat sini saya nak bagi tips bagi mereka yang bertemu jodoh dengan wanita dari Johor ni.

Adat TOL ini sebenarnya bukanlah sesuatu perkara yang wajib tetapi hanya sekadar untuk memeriahkan majlis sahaja yang boleh dianggap kenangan manis waktu perkahwinan. Cuma pengantin lelaki perlulah membuat persediaan sebarang kemungkinan takut-takut tak lepas nak bayar TOL nanti.

Dalam permainan TOL ni orang yang kena main peranan ialah pengapit anda. Sebab tu kena cari pengapit yang pandai mengawal situasi terutama kanak-kanak barisan paling hadapan pintu masuk tu sebab kanak-kanak ni hyper aktif sikit.. hihihi.. Sebenar tidak perlu TOL yang tinggi. 20sen hingga RM1 sudah mencukupi untuk bayar TOL setiap seorang, mengikut kepada kemempuan pengantin lelaki.

Petua dia sebelum bersanding tu anda tanyalah pada pengantin perempuan bagaimana dengan kehadiran saudara mara dia diwaktu hari persandingan nanti. Kalau dia kata ramai maknanya ramailah yang akan berada di kawasan TOL nanti, kalau tak ramai maknanya anda selamat sikit.

Selepas itu tanya pada pengantin perempuan samada Mak Andam kenakan TOL atau tidak. Kebiasaannya Mak Andam akan beritahu awal-awal kepada pengantin perempuan jika dia hendakkan TOL. Kerana TOL Mak Andam ni adalah TOL terakhir ( Atas Pelamin ). Selalunya kalau dapat Mak Andam yang materialistik ni dia akan tengok dulu berapa wang TOL yang dia dapat, kalau dia tak berpuas hati dia akan minta lagi. hihi.. mau keluar peluh jantan pengantin lelaki. Macam saya dulu sediakan dua sampul untuk Mak Andam tapi bernasib baik sebab Mak Andam tu puas hati dengan TOLnya. TOL Mak Andam ni kena up sikit, tak boleh sama dengan TOL pintu.

Kebiasaannya ada 3 lapisan TOL :
  1. TOL pintu masuk ( majoriti kanak-kanak atau pemuda-pemuda yang rewang kadar TOL 50sen hingga RM1 ).
  2. TOL nak naik pelamin ( majoriti gadis-gadis, rakan atau saudara pengantin perempuan kadar TOL  RM1 ).
  3. TOL Mak Andam ( Big Bos kadar TOL RM10 hingga RM50  ikut kemampuan).
*Tak semua tempat buat sampai 3 TOL, ada yang buat 1 TOL je.. tak boleh nak dijangka.

Haa.. macamne ada berani ? hihi.. boleh keluar peluh jantan macamni. Sebenarnya adat TOL ni sekadar memeriahkan majlis je. Bukan untuk menyusahkan pengantin lelaki, sebab tu pengapit lelaki kena pandai main peranan mengawal situasi. Dan pengantin lelaki pula dapatkan maklumat dulu dari pengantin perempuan sebelum bersanding esok.

Sediakanlah dalam 10 keping hingga 20 keping sampul untuk TOL pintu masuk dan 2 keping sampul untuk Mak Andam. Kalau pengapit pandai mengawal situasi boleh menjimatkan kadar TOL anda dan kalau pengapit anda lurus alamat habislah semua TOL keluar. Kalau ada lebih itu kira rezeki pengapit.

Ada pernah berlaku satu cerita kelakar duit tol pengantin lelaki dah habis tapi orang tol masih tak nak bukak lagi.. Hmm.. pengantin lelaki cakap takpe la kami balik dulu.. Mengelabah pihak perempuan terus mereka buka TOL bagi pengantin naik pelamin.

Apa-apapun adat kena TOL ni pasti akan menjadi kenangan manis bagi pasangan pengantin tersebut dan akan menjadi ingatan sampai bila-bila. Semoga dapatlah sedikit sebanyak membantu anda yang akan mengahwini pasangan anda dari Johor. Ucapan selamat pengantin baru kepada mereka yang akan berkahwin nanti.



Pertanian Dan Orang Jawa


PERTANIAN dan orang jawa memang tidak dapat dipisahkan. Bercucuk tanam adalah hobi dan merupakan sumber pendapatan bagi orang jawa. Lihat saja dimana-mana perkampungan orang jawa, pasti ada ladang samada ladang sawit, getah, sawah atau buah-buahan.

Bagi orang jawa mereka bukanlah tidak mahu mengecap kesenangan di bandar-bandar yang pesat, tapi bagi orang jawa pertanian juga memberi pendapatan yang lumayan dan tidak perlu untuk ke bandar besar untuk mencuba nasib. Disamping itu pertanian juga memberi ketenangan dan kesihatan bagi setiap petaninya. Bagi setiap orang jawa perasaan ingin menjadikan ladangnya lebih maju dan besar adalah perkara wajib, pasti ada saja idea di dalam kepala untuk memajukan ladangnya.

Orang jawa sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai teknologi pertanian daripada baja hinggalah jentera. Mereka pasti akan sentiasa mengubah strategi untuk pastikan ladang mereka itu menjadi ladang yang terbaik.

Bagi mereka yang memberi tanggapan orang jawa ini ketinggalan agak kekampungan bermakna anda silap, Orang jawa lebih gemar hidup gaya kampung walaupun di bandar kerana jati diri mereka yang kuat. Bukan kerana mereka ketinggalan zaman atau kekampungan. Gaya hidup sederhana / Gaya hidup kampung adalah pilihan orang jawa.

Dari kecil mereka telah diajar hidup susah dan didisplinkan dengan tanggungjawab dikebun, bagi orang jawa jika lihat anak-anak kecil kekebun ikut mak ayahnya adalah perkara biasa. Bukan berniat untuk menjadikan mereka buruh paksa (Gurau Je..). Tapi untuk mereka pelajari ilmu kemahiran hidup. 

Disebabkan dari kecil mereka sudah diajar untuk kekebun dan apabila besar mereka menjadi minat untuk menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan yang lumayan. Teringat kata-kata seorang wak ni, dia juga berketurunan jawa dan dah kira berjaya dalam bidang pertanian, dia bagitahu saya. " ko tengok kiri ada apa ? saya jawab "ada pokok". "ko tengok kanan pulak ade apa ? saya jawab "ada pokok jugak". Lepas tu dia bagitahu " Kat mana-mana tempat ada pokok, rugilah kalau tak cuba bidang pertanian ni. Tanamlah apa-apa jenis benih sekalipun dalam tanah pasti benih itu akan hidup menjadi pokok dan akan memberi hasil kepada kita kelak".